53

892 35 1
                                    

Kalau ikutkan perancangan aku, aku nak satukan Faiz dan Iza. Walaupun selepas kami dah nikah.

Tapi... Entah lah.

Mungkin aku mata duitan. Aku enjoy hubungan FWB ni. Aku dapat duit, dia dapat kepuasan.

Dah macam pelacur kelas atasan pun ada rasanya. Macam dia sugar daddy aku. Tapi dalam hubungan yang halal.

Tak kisahlah. Aku dah bulat suara. Aku tak nak satukan dia dan Iza. Aku nak ambil kesempatan yang ada ni, nak happy dan gunakan duit dia sepuas hatiku.

Walaupun tak banyak pun dia bagi.

Dia bagi aku debit kadnya. Setiap bulan, RM3000 akan di kreditkan ke dalam akaun tu. Kau jangan tanya aku gaji dia berapa ribu. Aku tak tahu. Dia kerja apa pun, aku tak pernah tanya.

Masa aku kenal dia kat Tinder dulu, dia tulis, Aircraft Engineer. Kau ingat, aku nak percaya ke? Walaupun dia tunjuk gambar kapal terbang dalam workshop.

Gambar tu, kat memana boleh nampak. Kat IG dia pun, tak jelas pun sebenarnya dia kerja apa. Aku memang tak fahamlah benda yang dia cerita pasal kerja dia.

Yang aku tahu, dia pergi kerja pakai baju macam pilot tapi tak ada wings. Dan di kerja kat Skypark.

Itu je aku tahu.

Benda lain, aku tak pernah ambil tahu. Aku langsung tak tahu. Tak perlu pun kan untuk aku tahu?

Entah. Aku rasa tak perlu. So, aku tak kisah pun.

"You, kenapa baki dalam akaun yang you pegang tu banyak lagi? You tak guna ke?" Tanyanya.

Aku angkat kening.

"Ni ha. Berapa sebulan you belanja? Ada baki RM3500. Dah 2 kali I masukkan duit. Kenapa baki masih banyak? You tak belanja ke?" Tanyanya lagi. Dengan keadaan lebih terperinci.

"Belanjalah." Jawabku.

"You belanja apa? Banyak lagi ni." Tanyanya lagi.

"Beli barang dapur. Isi minyak. Pergi makan." Jawabku.

"You tak pergi shopping ke? Beli baju ke? Alat make up ke? Spa ke?" Tanyanya.

Aku angkat bahu.

Aku suka shopping barang dapur je. Dan aku suka shopping minyak wangi. Tapi disebabkan minyak wangiku masih banyak, jadi, aku tak perlukannya.

Bukan aku rajin pakai pun.

Oh. Lagi satu. Aku suka shopping barang laptop. Tapi sebab dia bagi aku mac book, aku dah tak perlukan yang lain.

Ingat tak barang hantaran yang Zimi suruh dia belikan. Rupanya, dia belikan aku mac book. Korang jangan tanya model apa ke series apa. Aku tak tahu. Yang aku tahu, MacBook dan touch screen. Idaman aku dari dulu.

Jadi, aku nak shopping apa?

Kalau ikutkan, RM3k tu, tak banyak pun. Aku pernah pegang duit lebih dari tu. Masa aku kerja dulu. Tapi, aku memang sejenis tak minat shopping sebab aku rasa membazir. Jadi, aku lebih suka simpan.

Kalau asyik shopping, habis duit. Habis duit, lagi buat aku tertekan. Nak buat macam mana? Aku memang lebih suka tengok baki akaun aku sentiasa bertambah dari jadikan shopping sebagai terapi stress.

Tu bukan terapi. Tu buat aku berapi bila tengok baki akaun sikit.

Tapi sebab berjimat cermat tu la, aku dapat bayar duit hospital mama dan abah. Terutama abah. Bil hospital bila dia admitted. Bila dia pergi buat check up.

Kalau orang kata, duit aku habis kat hospital, aku kata, ya. Sebab abah dan mama. Duit habis pun tak apa. Janji dorang selesa dan sihat.

"Jangan buat macam ni. I bagi you duit, supaya you belanjakan. Barang dapur, I dah allocate kan. You tak payah risau. You minta je, kita pergi sama-sama bila I tak kerja. Tapi duit yang I bagi you, tu you punya. Belanjakan je." Pesannya.

Aku angguk.

"Angguk. Angguk. Buat." Katanya bersama amaran. Ditariknya hidung aku.

"Sakitlah."

"Pergi buat plastik surgery. Hidung tu mancung sangat. Geram betul." Dan sekali lagi, dia menarik hidung aku.

"Sakai la dia ni. Sakit tau." Tepis aku.

"Sakai ya?" Dan dia menggomol hidungku dengan hidungnya.

Aku ketawa geli. Ditambah lagi dengan dia mengeletek aku.

Sewel.

Aku memang tak boleh nak lepaskan dia. Biar waktu yang menentukan. Aku tak nak usaha apa-apa untuk kebahagiaan dia dan Iza.

Tak.

Biar aku rasa bahagia sekarang. Ini waktu aku untuk bahagia. Waktu Iza dan dia. Nanti. Bila Allah kata jodoh mereka berdua tiba.

Jangan harap aku nak tolong.

Tak sama sekali.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now