"Amna okey?" Tanya mak.
Aku membuat pandangan pelik. Roti yang aku makan, aku letakkan kembali. Aku sisip air kosong. Kurang sikit rasa bersalah pada diri.
Mak dah buat french toast. Roti, telur dan kaya. Karbohidrat, protein dan lemak. Makan selepas berpuasa 12 jam. Memang terbaik. Harap-harap gula aku elok masa check up nanti.
Sejak aku mengandung, aku memang kurangkan tempoh berpuasa. Pukul 8 malam adalah waktu akhir aku akan makan. Kemudian, aku akan sarapan dalam pukul 8 atau 9. Pukul 2, makan tengahari dan sebelum pukul 7 makan malam.
Tak mahu menyeksa diri dan anak aku. Biar makan sikit tapi kenyang dan sihat.
"Amna okey tak ni?" Tanya mak sekali lagi.
Aku senyum. Kemudian, aku habiskan roti aku. Terus aku minta diri untuk naik ke atas.
Aku tak nak kemurungan aku datang semula. Ianya akan menjejaskan kesihatan aku dan anak. Yang paling aku takut, postpartumn depression (PPD) atau dalam bahasa masyarakat melayu, meroyan.
Jadi, lebih baik aku jaga diriku. Dan fikirkan tentang anakku. Aku tak nak terjadi apa-apa masalah pada fungsi mindaku. Kalau apa-apa jadi padaku, anakku bagaimana? Dia tak punya sesiapa kalau sesuatu terjadi padaku.
Memang dia masih ada atok, nenek dan apak. Ada makcik-makcik dan pakcik-pakcok saudara. Ada abi dan bakal ibu tiri. Tapi pada siapa yang aku boleh harapkan untuk menjaganya sebaik aku, seorang ibu yang menjaganya?
Nak ke abinya menjaganya? Atas alasan apa? Nak kata anak kandung kepada isterinya? Isteri yang jelas-jelas tak suka aku. Jadi, aku nak harapkan Iza jaga anak aku? Tak payah.
Takkan nak harapkan mama, mak dan abah? Mereka dah terlalu tua untuk menjaga anakku. Betul, darah daging dia tapi pada usia mereka, dah tak perlu risau pasal cucu. Patut fokus untuk berjumpa pencipta. Banyakkan amalan dan melakukan aktiviti bebas mereka. Bukan bebankan mereka dengan anak aku.
Takkan aku nak harapkan adik beradik dan ipar duaiku. Mereka punya keluarga sendiri. Takkan nak tambahkan beban lagi. Tak. Tak boleh.
Anak aku perlu dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang. Aku nak dia menjadi seorang manusia yang berani dan kuat menghadapi cabaran hidup. Aku mahu dia menjadi seorang manusia yang tetap pendirian dan yakin dengan segala apa yang dia lakukan.
Dan tentu sekali, seorang yang penyayang dan sentiasa disayangi oleh semua orang. Walau di mana pun dia pergi.
Untuk itu, aku sendiri kena jadi kuat. Pertanyaan keadaanku atau sebarang nasihat, hanya akan buat aku fokus pada sakit yang dihadiahkan suami.
Jadi, aku perlu mengalih pertanyaan sebegitu kepada sesuatu yang lain.
If something happen to me, janji dengan aku, korang jaga anak aku. Korang kena pelihara dia macam korang jaga anak korang sendiri.
Permintaan aku mungkin melampau. Tapi, kalau boleh, korang tak payah kahwin. Jaga anak aku. Didik dia dengan sebaik mungkin. Jangan manjakan dia.
Kalau boleh, sembunyikan dia dari abi dia. Abi dia tak perlu tahu kewujudan dia. Aku tak nak Faiz jaga anak aku.
Pesanan itu aku hantar dalam Line group yang ada aku, Zimi dan Zafuan.
Amna merepek apa ni?
Saja buat pesanan.
Tak lama lepas tu, Zimi menelefonku.
"Anxiety attack?"
"Hurm."
"Amna, listen. Zimi jaga anak Amna. Zimi takkan kahwin kecuali kalau bakal isteri Zimi sayang anak Amna lebih dari segalanya didunia ni." Janji Zimi.
"Terima kasih."
"Tapi, Amna kena janji juga. Amna akan fight untuk anak Amna."
"Amna janji." Janjiku.
Aku menangis.
Kerana ini, aku terima Zimi walaupun aku sudah berjanji pada diriku untuk tidak terlibat dalam urusan emosi. Tak terlibat dalam apa-apa hubungan yang melebihi kawan.
Zimi lain. Dia sentiasa faham dan sentiasa sabar denganku. Dia sentiasa menyokongku. Menasihatiku. Dan caranya, tidak buat aku rasa makin tertekan. Dia lembut dalam menguruskan isu aku.
Salah aku. Aku tak pernah bercerita tentang masalah kesihatan mindaku kepada sesiapa. Kecuali kepada Faza dan Zimi. Dua manusia ini yang selalu membantuku. Menemaniku berjumpa pakar. Sentiasa ada dengan aku bila aku kemurungan.
Mereka tak paksa aku untuk keluar dari kemurungan. Mereka tak menempelek aku bila aku keresahan. Tak ada pun share pasal agama dan keresahan. Mereka hanya menjadi seorang pendengar.
Tapi, Faza sudah sibuk dengan urusan keluarganya. Dia pun jauh. Jadi, hanya Zimi yang ada.
Dan hanya Zimi yang tahu setiap kali aku mengalami keresahan sejak aku nikahi Faiz. Dan pada Zimi juga aku selalu bercerita. Tentu saja Zimi tahu dan jelas masalah rumahtangga ku.
Bukan aku tak nak bercerita pada Faiz. Aku cuba tapi dia yang tak nak dengar. Dia hanya mahu aku dengar ceritanya. Tapi ceritaku? Dia abaikan.
Jangan salahkan aku bila aku cari lelaki lain untuk berkongsi perasaanku. Zimi, tak ubah seperti abang aku. Dia penyokong aku paling kuat. Dia berdiri teguh, memautku tika aku hampir jatuh. Dan dia jugalah yang sentiasa mengelap air mata ku.
Bukan saja nak cari Zimi. Kalau Faza ada, aku cari Faza. Halnya, Faza sendiri ada isu tersendiri dalam hidup rumahtangganya. Dia sendiri tertekan. Dan aku tak mahu menambahkan tekanannya.
Biarlah Zimi. Biarlah apa yang orang lain nak kata. Curang? Menghampiri zina? Cakaplah apa saja.
Sebab mereka tak ada dalam keadaan aku. Mereka tak tahu masalah aku. Dan, mereka tak faham aku.
Manusia, hanya pandai menilai tanpa cuba untuk faham dan meletakkan diri dalam situasi sebenar orang yang dia katakan.
Menjatuhkan hukuman lebih mudah dari memahami situasi. Jadi, silakan fikir apa saja yang korang nak fikir. Aku tak ada hak nak menghalang.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...