43

800 33 4
                                    

Alhamdulillah. Mama benarkan aku keluar dengan Zimi, Faiz dan Zafuan. Syarat mama, aku yang memandu. Pakai kereta aku. Aku kena pakai pelikat pants aku sebab ada poket. Boleh letak kunci kereta denganku.

Terima saja syarat mama tu. Lagipun, dah petang. Nak ke Cyberjaya. Kemungkinan malam baru balik. Susah mama nak izinkan. Tapi, aku terangkan sebab musababnya. Disokong oleh Zimi, maka, mama benarkan.

Sepatutnya, kami ke Cyberjaya dimana Iza selalu makan malam dengan kawan-kawannya. Tapi kerana kami sampai awal dari sepatutnya, kami terus ke Medan Selera Taman Warisan Putrajaya.

Boleh saja kami makan di Futurise Center, tapi, aku dan Zafuan teringin nak makan roti john dan coconut shake Putrajaya. Dah lama tak pekena. Walaupun sebenarnya baru minggu lepas kami melantak dua makanan tersedap kat sini.

Aku duduk di meja bersebelahan dengan Zimi. Zafuan dan Faiz pergi membeli makanan. Mereka yang tawar diri.

"Main-main mata pula korang. Tampar kang." Usik Zafuan.

Aku dan Zimi ketawa.

Memandai je kami main mata. Padahal, Zimi baru lepas betulkan tudung aku. Katanya senget dan ada rambut terkeluar.

Walaupun aku rasa tu alasan. Sebab aku masih rasa lagi ketatnya ikatan rambut aku ni. Kalau ikutkan hati, aku buka dah getah rambut tu. Sakit. Tapi, dah dia kata macam tu, layankan je la.

Tunang nak bermanja.

"Tepi sikit." Faiz menolak Zafuan yang duduk dihadapan aku.

"Duduk la sana." Arah Zafuan. Tak mahu mengalah.

"Ala... Kau duduk la sana. Aku nak duduk depan bakal isteri aku ni." Kata Faiz.

Zimi hanya ketawa.

Aku mencebik.

"Banyak kau punya bakal isteri. Tu. Zimi the Mr Fiancee tu nak letak tang mana?" Marah Zafuan.

Makin kuat tawa Zimi.

"Dinda, dorang ni rebut dinda macam kanda ni arwah dah." Seloroh Zimi.

"Kanda..." Marahku.

Aku memang sensitif kalau sebut tentang mati. Tak suka. Sakitnya kehilangan tu, masih lagi terasa.

"Mengada je." Kata Zafuan dan terus beralah.

Faiz duduk didepanku. Dengan selamba mengunyah satay yang dibelinya.

"Satay sepinggan macam ni, boleh share kan?" Tanya Faiz.

Aku angguk.

Aku kunyah roti john yang dibeli oleh Zafuan. Aku berkongsi pinggan dengan Zafuan.

"Selamba je kongsi dengan budak ni. Tak ada pantang larang pun." Rungut Faiz.

"La... Kau tak tau ke? Aku dengan Amna ada pertalian darah? Tapi jauhlah. Sebab tu abah dia tak terima aku. Kalau tak, dah lama dah Amna dengan aku nikah. Silap-silap, anak kami dah sekolah dah." Terang Zafuan.

Aku ketawa halus.

"Jodoh dia dengan abang." Ulas Zimi.

"Jangan dengan orang sebelah ni, dah la." Sambut Zafuan.

"Eh? Apasal lak?"

"Merana hidup Amna."

"Apa lah doa yang bukan-bukan." Tegur Zimi.

"Cakap je." Zafuan mempertahankan dirinya.

"Kata-kata tu kan doa." Pesan Zimi.

Aku senyum pada Zimi. Dia jarang menegur. Dia tak sarkastik macam aku dan Faiz. Tapi tegurannya buat orang sedap dengar.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now