52

925 38 1
                                    

Suruh aku ambil apa je yang aku nak? Haaa.... Silap besar lah.

Memang aku ambil barang-barang ikut selera tangan aku je. Periuk yang besar sikit dari yang aku ambil dari mama. Kuali yang kecil sikit. Sesuai untuk masak 2 mulut. Kuali grill pun aku ambil. Sudip, senduk, aku bantai ambil penyepit yang aku tau, aku tak guna. Saja buat ada.

Semua jenis-jenis Jamie Oliver punya standard. Kisah apa? Dah dia suruh ikut aku.

Beelagak sangat. Mampu sangat, kan? Hambek. Aku memang benggang orang berlagak dengan aku.

Amna, yang kau nak ketuk tu, poket suami kau. Beringatlah sikit.

Tak. Aku nak ajar dia. Biar dia beringat sikit. Jangan pandang orang tak ada mata. Dia ingat aku jenis cokia, selera aku pun cokia ke? Aku jadi cokia sebab itu je aku mampu.

Dia kan mampu. Apa salahnya.

Aku gelak jahat. Tapi dalam hati je la.

Menjeling gak dia nak bayar. Hampir RM2000 untuk perkakas dapur saja. Termasuk perkakas meja. Pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu. Pisau makan pun aku ambil. Tah nak buat apatah. Ambil sampai 5 set setiap satu ada 10 batang. Banyakkan? Nak guna, 2 orang je.

Lantak lah. Dia jeling je pun. Bukannya dia marah.

Kemudian, kami ke Pasaraya Aeon. Dia yang bawa. Bukan aku. Kalau aku, pergi Mydin je. Tapi mungkin dia nak beli barang basah kot. Barang basah, memang Aeon je selalu yang segar. Elok. Kalau nak dibandingkan dengan Mydin.

Tapi untuk aku yang rajin ni, aku beli barang dapur dekat Mydin. Barang basah kat Aeon. Sebab Mydin tak ada sayur organik. Dan kat Mydin pun, seafood dia tak sesegar Aeon.

Tapi dari segi harga, Mydin banyak lagi barang yang murah. Tapi, ada gak barang yang mahal berbanding Aeon. Tapi kalau aku, memang aku pergi dedua tempat. Sebab selalunya beza barangan tu sampai rm5-10. Bukan beza sikit. Banyak tu.

"I beli apa je yang I nak gak ke?" Tanyaku.

Dia angguk.

Aku cebik.

Apa yang aku nak, ya? Okey.

Kami mula dari barangan bilik air. Untuk basuh baju, lantai dan badan. Tak lupa handwash dan sabun basuh pinggan.

Kemudian, bergerak ke tisu, botol-botol sos. Kami skip bahagian teh dan kopi. Aku tak nak ada benda-benda tu kat rumah. Aku tak minum. Aku dah memang cut off minuman bergula. Dia pun sama.

Masuk bahagian yang paling aku suka. Bahan masak. Macam-macam jenis rempah aku ambil. Oh. Macam biasa, bukan jenama ajishio. Tu biasa-biasa. Aku ambil McCormick. Sos pun tak ambil life. Kita pakai Heinze.

Baru nampak mampu. Kan?

Kemudian, kami gerak ke barang basah. Ini part, dia yang pilih. Aku ambil mana yang aku nak tapi dia tak ambil.

Ya. Kalau semalam aku rasa nak jaga harta dia. Tak bagi dia membazir, hari ni, aku decide untuk pehabiskan duit dia.

Tiba-tiba pagi tadi aku bangun dan aku rasa benggang dengan ayat dia. Salah tarikh la kau pilih bawa aku shopping.

Semua sekali hampir RM1000. Hambek kau.

Nak sangat shopping kat tempat mahal. Nak menunjuk ke apa ke. Aku pun tak faham.

"Makan sini je la." Cadangku.

"Dah tu, beli macam-macam ni, nak buat apa? Hiasan?" Balasnya.

Aku pandangnya segaris bersama gigi yang aku ketap. Geram betul.

Yang nak masak kang, aku gak.

Mujur aku makan lahap pagi tadi. Perut aku kenyang lagi. Nak balik makan kat rumah sangat kan? Okey.

Sampai saja dirumah, aku terus naik ke bilik. Mandi dan aku tidur. Pura-pura tidur asalnya. Tapi kemudiannya, aku benar-benar tertidur.

Bila aku tersedar, dia sedang memandangku. Menongkat kepala merenungku yang sedang tidur.

"Pukul berapa dah? Tertidur." Kataku.

"Dah nak pukul 7 dah."

"Ha?"

Alamak!!! Pukul berapa nak masak, nak makan. Pukul 8 dah tak leh nak makan. Kang pukul berapa pula aku nak makan esok. 16jam puasa. Takkan nak skip?

Aku terus bangun dan turun ke dapur. Aku dengar dia ketawa. Lantaklah.

Turun ke bawah, gelap. Ada bayang-bayang cahaya. Tiba-tiba, aku rasa ada tangan yang merangkul tanganku.

"Come."

Dan dia memimpin tanganku ke meja makan. Dimeja makan sudah terhidang steak dan air kosong. Dipasangnya lilin ditengah. Macam candle light dinner.

"Celebrate our wedding." Katanya.

"Bila you tempah semua ni?"

"I masak lah."

Aku cebik. Macam aku nak percaya.

"Don't underestimate me. I power tau."

"Ya. Ya. Boleh makan tak?"

Dia mempersilakan aku makan dengan bahasa tangannya. Aku angkat garfu dan pisau.

Bismillah...

Aku terpaksa akui. Ini dia masak. Bukan tak sedap tapi tak kena dengan tekak aku. Kalau nak muntahkan, boleh tak? Dia kecil hati tak?

Telan je Amna. Kau bukan baru sekali ni makan makanan yang rasanya teruk. Lagi teruk dari ni pun kau dah pernah makan, kan?

Makan je. Jaga sikit hati dia. Dah la hari ni, kau ketuk duit dia kaw-kaw.

Eleh. Aku beli untuk dia gak. Kira macam duit hantaran yang mama tak minta lah.

Dia bayar mas kahwin je pun. Itu pun, dia bagi aku senaskah Al Quran dan sebentuk cincin emas. Itulah cincin nikah, tunang dan mas kahwin.

Majlis bersanding pun tak ada. Nikah. Lepas tu buat kenduri doa selamat. Tu je.

Aku ketuk sikit je pun. Takkan tu pun nak berkira.

Amna... Amna. Yang kau duk marah, duk kutuk, duk ketuk tu, suami tau. Bukan kawan.

Ya. Suami. Aku tau. Tapi lebih tepat, FWB. Kan?

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now