74

1K 47 1
                                    

Dunia perniagaan ni tak semudah yang aku sangka. Aku ingatkan dengan pengalaman aku membangunkan syarikat dulu boleh membantu aku untuk bangunkan syarikat aku sendiri.

Tak. Tak banyak membantu.

Aku dan syarikat dulu bukan bermula dari mula. Aku masuk saat sistem sedang dibangunkan. Itu pun, bukan aku yang terlibat. Aku hanya membantu sedikit. Bila aku dah dinaikkan pangkat, aku cuma menambah baik sistem yang sedia ada.

Dan sistem tu yang aku, Zafuan dan Zimi masih belum jumpa. Bidang yang kami ceburi ini betul-betul lain daripada kepakaran kami. Itulah cabarannya.

Kami banyak bertanya kepada usahawan yang berada dalam bidang yang sama. Kami cuba dan masih gagal. Cuba tiru, tapi tetap tidak berjaya. Tapi tak pernah rasa nak outus asa.

Kata Zimi, kerana kita tak ada connection dengan pelajar sekolah dan universiti. Kami hanya bergantung pada internet marketing untuk sampai kepada mereka. Tapi langsung tak ada human connection.

Memang sekarang semua benda dihujung jari. Tapi, mereka tetap manusia yang perlu untuk disentuh hati, dibelai dan membuatkan mereka percaya dan memberi peluang untuk kami memberi perkhidmatan kepada mereka.

Dan masalah paling besar. Macam mana kami nak bina sistem pemasaran yang betul? Yang boleh reach the target. Selain internet marketing.

"Kita buat carboot sale. Human need touch. Kita print out baju yang ada design yang unik. Sebab target kita pelajar perempuan. Kita print kpop artis or nama-nama kpop band, then kita jual. Tapi dalam masa yang sama, kita kenalkan kualiti cetakan dan material pada mereka." Kata Zafuan.

"Copyright?" Tanyaku.

"Boleh je kan kita buat. Tak payah nak kisah pasal tu semua. Kita bukan nak tarik untung dari situ. Kita just nak kenalkan nama kita pada dorang." Kata Zafuan mendapat anggukan dari Zimi.

"Tak boleh. Mana boleh main nak suka hati langgar. Tapi idea tu, ada. What if, kita create our own design and sale it? Buat lah design yang gempak. Yang kena dengan jiwa muda belia." Cadangku.

Aku sebenarnya tak berapa yakin dengan cadanganku. Cadangan Zafuan lebih menarik. Kalau aku sebagai pelajar perempuan pun, aku lebih teruja untuk beli baju yang ada cetakan artis yang aku minat. Must have items.

"Or else, kita approach koperasi sekolah. Dapatkan kedai dekat universiti as kita punya operations office." Cadang Zimi pula.

"Itu plan akan datang, bolehlah bang. Bila dah established. Buat masa sekarang, kita kena buat marketing down to zero cost to create awareness. Kita belum mampu nak ada tapak fizikal. Tapi kalau kita mampu untuk create tapak maya, baru kita boleh fikirkan tapak fizikal." Tolak Zafuan.

"Approach koperasi tu, mungkin boleh buat. Tapi, apa yang kita nak offer?" Tanyaku.

"That's our task to think. Hari pun dah lewat ni. Tulat kita gather idea. Mana yang iklan kat ig and fb tu, aku continue. Jangan lupa update meeting kita kat ig and fb memasing. Bukan nak kata poyo or menunjuk-nunjuk. Tapi, biar orang tahu apa kita tengah buat. Untuk dorang tahu apa benda yang kita nak kenalkan. Supaya melekat dekat otak dorang. Apa yang kita sedang tawarkan." Kata Zafuan yang sedang mengemas meja tempat kami mesyuarat.

Aku kerling jam di dinding. 9 malam. Memang dah lewatlah. Dorang datang tadi pun dah lewat. Hampir Maghrib. Makan malam dulu. Lepas Maghrib baru bincang.

"Tumpang Isyak lah." Kata Zafuan.

Zimi angguk.

Kami sama-sama isyak. Mak Limah ikut juga. Berjemaah. Sama seperti Maghrib tadi.

Usai solat dan mengaminkan doa yang dibaca oleh Zimi, mereka berdua bersedia untuk pulang. Belum sempat sampai ke pintu rumah, terdengar kekecohan di luar.

Kami berpandangan sesama kami. Mak Limah terus menjengah ke luar. Aku, Zimi dan Zafuan mengikut langkahnya.

"Kau jangan keluar, Amna. Bahaya untuk baby." Kata Zafuan.

Dia dan Zimi kemudian keluar. Berdepan dengan tetamu yang tak diundang.

Alhamdulillah. Ada Hamdan yang mengawal didepan. Kalau tidak, pasti sekali lagi aku terpaksa berdepan dengan Iza. Dan alhamdulillah. Saat dia hadir, Zimi dan Zafuan masih ada dirumah.

"Amna okey ke ni?" Tanya Mak Limah.

Aku angguk.

"Pergilah naik atas. Rehat. Jangan dihiraukan hal kat luar tu. Ada 3 lelaki. Takkan dorang tak boleh nak boleh nak selsaikan. Ye dak?" Kata Mak Limah.

Aku angguk dan bergerak naik ke atas. Air mataku entah kenapa mengalir.

Penat. Aku nak Faiz. Aku rindukan Faiz.

Baru sebulan setengah Faiz pergi. Aku masih belum boleh buang dia dari hidup aku. Setiap hari, aku akan ingatkan dia. Buka mata, aku teringatkan dia.

Walaupun kami dah lama tak bersama sejak aku keluar rumah dulu, tapi, seminggu yang terakhir itu sangat membuai perasaanku.

'Kenapa abi wujudkan moment bahagia saat abi nak keluar?'

Itulah ayat yang selalu aku tanya. Kalaulah kami tak ada moment itu, aku rasa, aku mudah untuk lupakan dia. Bukanlah mudah yang mudah. Tapi lebih mudah.

Kini, ada satu soalan yang sangat mengganggu kepala otak aku.

Mampukah aku hidup tanpa dia seandainya dia memilih Iza atau perempuan lain?

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now