Aku tak sangka, mama betul-betul buat apa yang dia katakan. Selama ni, dia hanya suruh aku buat itu dan ini. Memaksa tapi tetap ianya adalah pilihan aku. Sama ada aku nak buat atau tak.
Tapi, pagi tadi aku bangun tidur lewat. Pukul 10 baru bangun. Aku tidur pun dah pukul 4.45am. Ada kerja yang aku perlu siapkan.
Bila aku bangun, aku sedar macam ada sesuatu yang hilang tapi aku tak pasti apa. Yang pasti, tak ada sesiapa pun kat rumah. Hanya aku sendirian.
Bila mama balik, dia balik bersama dengan adik beradik abah. Bukan semua. Maklang, Pak Itam, Pakcik dan Uteh. Tak tahu kat mana dorang terserempak. Tapi semua yabg perempuan berbaju kurung termasuklah mama.
"Selesai. Minggu depan kita tunggu pinangan pula la ya, Kak Long?" Tanya Pak Itam.
"Haah. Itu planning nya la. Tapi memang nak buat kenduri arwah pun. Sekali je la." Kata mama.
"Ok la macam tu. Kak Long nak masak ke nak catering je?" Tanya Uteh.
"Masaklah kot. Jimat sikit. Kota ramai. Boleh. Buat sorang sikit. Kak Long duduk je. Tak payah buat apa-apa. Arah je." Kata Pakcik.
"Ikutlah. Mana-mana pun tak apa." Balas mama.
"Ada orang nak masuk minang Noi ke?" Tanyaku yang sedang meletak air yang siap dibancuh ke atas meja makan. Dimana semua sedang berkumpul.
"Noi apa pula. Kakak dia tak lepas lagi." Balas Maklang.
"Orang kan dah tunang. Tengah tunggu tarikh je." Balasku.
Semua mata memandang mama. Aku turut sama. Hati aku rasa macam tak sedap. Aku pegang jari yang aku sarung cincin tunangku. Tiada.
Tiada?
"Kami baru balik putuskan pertunangan kau." Kata mama. Tenang.
Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Antara percaya dan tidak.
"Kanda."
Nama itu terus aku panggil bila panggilan aku bersambung dengan Zimi. Air mataku mengalir laju. Bersama esak dan tangis.
"Kanda tau, dinda tak tahu hal ni." Pujuk Zimi.
"Apa lagi tu, Amna? Dah putus. Putuslah. Orang tak sudi, jangan kita ni nak sorong pipi macam orang tak ada maruah." Kata mama.
Aku salin pakaianku. Aku sarung tudung. Aku ambil duit yang aku simpan dalam almari. Aku ambil kunci kereta dan aku keluar.
"Nak pergi mana?" Tanya mama.
Aku diam dan terus keluar. Hilang rasa hormatku pada semua orang yang telah memutuskan perhubungan amu dan Zimi.
Seperti mana mereka tak menghormati keputusan aku.
Aku memandu menuju ke rumah Zimi. Aku tak nak pertunangan ini dibatalkan. Aku sanggup tunggu Zimi walaupun pengakhirannya belum tentu memihak kepadaku.
Aku tak kisah asalkan bukan dengan Faiz.
"Kanda, dinda depan rumah mak." Kataku bila talian telefon bersambung.
Tak lama selepas itu, wajah Zimi muncul. Dengan seluar pendek dan berbaju pagoda, dia keluar menyambut aku.
Sebuah senyuman kelat dihadiahkan buatku.
"Kanda..." Air mataku mengalir lagi.
Kalau akal warasku hilang, sudah aku peluk dia. Aku mahu dia menenangkan perasaanku. Kesedihanku.
"Datang buat apa? Dah putus, kan? Balik. Jangan kacau anak aku lagi." Kata mak dari dalam rumah.
"Kenapa dinda datang sini?" Tanya Zimi.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...