Mak telefon mahu datang. Katanya, rindukan aku. Dah lama aku tak balik menjengahnya.
Rasa bersalah. Tapi, mak dan abah yang tak izinkan. Dengan keadaan aku yang sedang mengandung 7 bulan setengah. Mak risau aku memandu jauh.
Mak sampai sudah hampir pukul 12 tengahari. Kebetulan, aku dan MaknLimah sedang masak makan tengahari.
"Mak kata nak gerak lepas Zohor. Tak adalah kami nak masak awal." Kataku sambil mempersilakan mak dan abah masuk.
Bilik yang biasa mereka duduk dibawah sudah diduduki Mak Limah. Jadi, terpaksalah mereka naik ke atas.
"Abah kau ni. Tak sabar nak tengok menantu katanya. Tapi mak syak, dia tak sabar nak jumpa Mak Limah." Gurau mak dan terus ketawa kuat.
Kami masih di ruang tamu. Mak dan abah tak nak naik ke bilik lagi. Penat lagi katanya. Tak larat nak panjat tangga.
"Awak ni, itu kisah lama. Kan, Limah?" Balas abah.
Mak Limah didapur hanya mengangguk.
"Aku gurau je Limah. Kau jangan pula kecil hati ke apa. Kang kesian menantu aku. Sensorang je kat rumah ni." Kata Mak.
"Aku dah biasa dah dengan kau. Dah tak rasa apa-apa dah." Balas Mak Limah.
"Eloklah tu." Balas mak.
Aku tahu serba serbi kisah mak, abah dan Mak Limah. Mak Limah dan abah ditunangkan. Atas pilihan orang tua. Tapi mak dan abah bercinta. Mak Limah dan suami dia. Atas persetujuan bersama, mereka memutuskan pertunangan tanpa persetujuan orang tua dan menikah dengan pilihan masing-masing.
Kerana itu, mak dan abah bawa diri ke Muar, Johor. Menetap disana.
Baru 5 tahun lepas, Faiz belikan rumah untuk mereka di Melaka. Berhampiran dengan kampung mereka. Dan kembalilah mereka bermasyarakat dengan kawan-kawan sekampung.
Kisah ni, Faiz yang ceritakan kepadaku sewaktu dia membawa Mak Limah datang tinggal dengan kami.
Aku senyum. Kelat.
Aku rindukan dia.
"Amna macam mana? Dah dua bulan kan Faiz pergi. Dah biasa tak ada Faiz dekat rumah ni?" Tanya abah.
"Awak ni." Kata mak sambil menyiku lengan abah.
Aku senyum sebagai balasan. Tak sepatah perkataan yang mampu mengambarkan apa yang aku rasa sekarang ni. Aku rasa, nak pergi kepada Faiz dan merayunya kembali.
Aku sangat-sangat rindukannya.
"Mak, abah. Meh lah Amna bawakan beg mak abah naik. Amna rasa penat pula. Nak rehat." Kataku.
"Tak payah. Amna naik saja. Rehat. Pandai-pandailah kami." Kata mak.
Aku angguk dan terus berlalu naik ke atas. Sempat aku menjeling mak yang sudah berjalan ke dapur. Pastinya mahu mengorek rahsiaku dari Mak Limah.
Biarlah.
Aku nak naik. Air mataku terasa nak mengalir tika ini. Aku benar-benar rindukan Faiz.
Aku baring. Aku tarik bantal yang selalu digunakan oleh Faiz. Dan aku peluk. Pejamkan mataku. Air mata terus saja laju keluar. Hinggalah aku tertidur.
Azan yang berkumandang di telefon bimbitku, mengejutkan aku dari lena. Aku bangun. Keluar dari bilik dan ke bilik depan. Mengintai, kot abah dan mak sudah naik. Tapi pintu masih terbuka.
Aku turun ke bawah. Perlahan. Aku berhenti sebentar di anak tangga bila aku terdengar perbualan Mak Limah dan mak.
"Harap-harap dia nak lah makan paprik kau masak ni. Dah berapa hari nak makan paprik. Bila aku buat, dia jamah sikit. Lepas tu, dia kata tak sama." Kata Mak Limah.
"Aku dah cakap dengan Faiz. Tapi, Faiz buat tak tahu je. Geram juga aku dengan dorang ni. Sorang rindu, tak nak cakap. Sorang lag pun sama. Nak balik, takut isteri lari. Padahal, isteri tu kempunan masakkan dia. Suruh dia masak, buat bekal, dia kata bukan tu Amna nak. Aku pun tak faham budak berdua tu." Bebel mak.
"Kita pandang kan aja. Nak cakap banyak, dorang lagi tahu apa yang dorang nak. Kita tak tahu apa yang dorang rasa." Kata abah.
"Ye lah. Aku hari-hari tengok Amna tu sedih. Kadang kena marah dengan Zafuan. Kalau mak dia ke adik beradik dia datang, asyik perli dia saja. Kesian aku tengok. Orang tak faham apa dia rasa. Kalau kita kat tempat dia pun, belum tentu kita faham apa yang dia rasa." Sokong Mak Limah.
"Itulah. Tapi dia pandai sembunyi rasa. Dia pendam lama sangat. Sekali dia meletup, rasakan si Faiz tu. Geram je aku tengok dia layan Amna selama ni. Dia buat kawan je. Langsung tak hormat Amna macam isteri. Bila aku tegur, dia kata Amna tak kisah. Dia kata, itulah cara dorang berkasih sayang. Mana maunya. Macam mana pun nak rapat dan mesra, macam kawan. Kena juga ada hormat sebagai isteri. Layan dan sayang sebagai isteri." Sambung mak.
"Kita dah tegur. Dia yang tak nak dengar. Aku rasa, kalau setakat dia kata nak kahwin lain, Amna tak ada sampai nak lari. Sampai nak minta cerai bagai. Aku tau, Amna tu sayang sangat kat Faiz. Tapi kalau layan pun macam tu. Kutuk dia sesuka hati. Tak jaga hati dia. Cakap dia je nak kena dengar. Tak hormat dia selayaknya seorang isteri. Itu belum lagi, asyik-asyik dengan telefon. Amna cakap apa dengan dia pun, dia buat tak tahu je bila dah menghadap telefon." Kata abah pula.
Entahlah. Menitis lagi air mataku. Kenapa mak dan abah boleh nampak semua tu. Tapi bukan Faiz.
Betul. Aku bukan lari dari dia sebab dia nak kahwin lain. Pergilah. Jadikan aku selamanya isteri rahsia dia pun, aku tak kisah. Aku tak kisah pun kalau orang nak kata aku perempuan simpanan dia sekali pun. Asalkan dia layan aku selayaknya seorang isteri.
Aku bukan minta banyak. Hormat aku. Dengar apa yang aku nak kata. Respond. Belai aku. Pujuk aku. Itu je aku minta. Itu pun, dia tak boleh buat. Hanyut sangat dengan perasaan cintanya.
Tentu saja aku faham. Aku ada seorang kawan game yang aku selalu bersembang bersama. Dia sejenis lelaki macam Faiz. Cintanya, hanya untuk seorang perempuan. Tanpa perempuan tu, jiwa dia mati. Tapi, dia tetap akan doakan kebahagiaan perempuan yang dia cintai.
Sama dengan Faiz. Sebab tu, aku minta dia kahwin dengan Iza. Bina rumahtangga dengan Iza. Kerana itu yang dia nak. Doa dia setiap hari.
Dan bagi dia buat keputusan itu, hanya alasan. Aku tahu, dia tetap akan memilih Iza. Bukan aku. Tak mungkin aku. Takkan aku.
Aku minta cuti setahun adalah sebagai persediaan untuk aku bila dia memilih Iza. Sama ada cerai atau madu. Macam mana pun, aku kena belajar untuk hidup tanpa dia.
Sebab, bila dia memilih Iza, pasti aku akan lebih diabaikan. Walaupun kami ada anak. Dan kerana anak ini, dia akan pulang. Tapi, pastinya anak ini juga akan terabai bila dia dan Iza dikurniakan anak. Jadi, kami berdua perlu belajar untuk hidup tanpa dia.
Aku bukan tahu apa akan jadi nanti. Tapi, aku kena jangka, apa yang bakal terjadi. Dan aku kena ambil langkah berjaga-jaga. Untuk aku dan anak kami.
Betul, boleh jadi, Allah tetapkan hati dia untuk aku. Kalau tidak, takkan dia layan aku dengan baik seminggu sebelum dia pergi. Kan?
Tapi, boleh juga jadi, dia akan tinggalkan kami.
Segalanya mungkin. Dan aku perlu bersedia dengan segala macam kemungkinan.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...