Seawal pagi lagi, mak dah minta aku siapkan kari ayam. Katanya, lama tak makan kari ayam yang aku masak. Jadi, selepas aku siapkan kerjaku, aku turun dan masak.
Pukul 2, siap terhidang kari ayam, sambal kelapa, papadom dan telur masin. Memang rosak diet aku hari ni.
Tiba-tiba teringatkan Faiz. Kalaulah Faiz ada. Inilah makanan kegemarannya. Kari ayam dan sambal kelapa. Dan dia akan makan bertambah.
Aku senyum kelat.
"Dah siap masak, Amna?" Tanya mak yang baru turun ke bawah. Mungkin baru lepas solat.
"Dah, mak. Amna naik kejap. Nak solat. Kalau boleh, tunggu Amna kejap. Kita makan sama-sama. Tapi, kalau mak dah lapar. Tak apalah. Makan je dulu." Kataku.
"Pergilah naik. Solat dulu. Mak tunggu." Kata mak.
Aku senyum.
Naik diatas, aku rehatkan badan sekejap. Kemudian, aku mandi dan solat. Usai solat, aku turun untuk makan bersama.
Belum sampai ke bawah, aku terdengar perbualan mak, abah dan Mak Limah. Aku herhenti.
"Bukan macam tu Limah. Aku ni, sayang sangat kat Amna. Sebab dia, Faiz rajin balik rumah aku. Sebulan, 2-3 kali balik. Kalau tak, sebulan sekali je. Tu pun kadang tak balik. Mulanya, aku ingat sebab Faiz dah berubah. Bila Amna lari, dia langsung tak balik. Kalaulah dia balik, dah jumpa isteri dia. Tak adalah sampai hampir gugur." Kata abah.
"Masa dia kata Amna masuk hospital. Jantung aku rasa nak gugur. Lepas dia pergi, aku call Amna. Nak tanya keadaan dia. Sekali, Zimi yang angkat. Tu yang aku komplot dengan si Zimi dan Zafuan. Nak ajar sikit si Faiz tu macam mana nak hargai Amna. Aku suruh dorang tipu. Kata anak dia gugur. Kena pula Amna minta cerai. Masa tu, aku tepuk tangan. Padankan muka dia. Tapi, mujurlah tak cerai." Kata mak pula.
"Kadang, rasanya biar betul-betul cerai. Tak adalah Amna tu terseksa sangat. Kesian aku tengok. Betullah. Isteri kita, kawan kita. Tapi, kalau dah layan isteri macam kawan sampai langsung tak hormat isteri sebagai isteri, apa benda macam tu? Mulut cakap main sedap dia je. Cakap dia je semua nak ikut. Mujur Amna. Kalau Iza, aku tak tahulah." Tambah abah.
"Itu lah tu. Aku harap, Faiz tahanlah dengan Iza. Aku kalau tak sebab korang ni mak bapa Faiz, aku tak percaya korang cakap ni. Berapa hari aku dengan Faiz dan Amna, Faiz layan Amna baik sangat. Tu yang aku terkejut bila kata Faiz nak kahwin dengan Iza. Aku bukan nak burukkan Iza. Tapi, aku sendiri naik rimas. Selalu datang sini cari Faiz. Nak masuk dalam rumah. Nak check sendiri. Kalau Amna ada, memang kami dua buat tak tahu je dia ketuk pintu. Kalau time Zimi dan Zafuan ada, dorang yang halau Iza." Cerita Mak Limah.
"Selalu sangat ke Iza datang sini?" Tanya abah.
"Seminggu, 2-3 kali gak dia datang. Kadang siang. Kadang malam. Ikut suka dia. Mujur jiran-jiran tak ramai lagi. Dan jenis tak ambil tahu." Jawab Mak Limah.
"Entahlah Limah. Aku sampai dah penat nak cakap dengan si Faiz tu. Dari mula nikah. Aku cakap kat dia. Bagi tumpuan kat Amna. Belai dia. Manjakan dia. Dia kata, dia tahulah. Tapi, bila Amna cakap dengan dia, sibuk main handphone. Bukan hal penting pun. Tengok Instagram la. Facebook la. Macam benda tu semua lagi penting dari isteri. Ha. Ha. Ha. Mata dekat telefon. Kalau aku jadi Amna, aku hempas telefon tu. Geram betul aku." Kata mak dengan nada geramnya.
Aku senyum.
"Aku ni risau kan Amna. Kalau Iza buli Amna, macam mana?" Tanya abah.
"Entahlah awak. Kita ni orang tua. Boleh pandang je. Cakap dah cakap. Tapi, kalau lebih-lebih sangat, saya larikan Amna dengan anak dia. Geram sangat nanti, dengan saya pun lari." Jawab mak.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...