Doctor menscan perutku.
"Alhamdulillah. Baby masih dalam kedudukan yang betul. Tapi tetap juga kena berhati-hati. You baru lagi. Anak first pula tu. More then extra careful." Ulas doctor.
Alhamdulillah. Lega bila aku dengar. Aku risau dari saat aku jatuh lagi. Malam tadi, aku terasa sakit sangat dibahagian ari-ari. Aku risau kalau-kalau sesuatu terjadi pada janin yang sedang aku kandungkan.
"I rasa you kena rest. At least a day. I still nak pantau keadaan you." Kata Dr. Murni.
"Admitted doctor?"
Dr Murni angguk.
"Please. For sake of your baby and yourself." Pujuk Dr. Murni.
Aku angguk walaupun berat.
Bermakna aku kena menipu Faiz. Apa alasan yang aku nak bagi? Tidur rumah mama? Atau, ada alasan lain?
Dr. Murni memberikan arahan kepada jururawatnya. Aku tak tahu apa yang dia katakan kepada jururawatnya itu. Sebab dalam kepala otak aku, mencari alasan agar aku tak balik ke rumah.
Abi, ibu tak balik rumah.
Rasa nak rest.
Ibu pergi Melaka.
Tidur sana semalam dua.Pesanan WhatsApp aku hantar kepada Faiz. Aku rasa itu lebih tepat. Kalau kata aku tidur rumah mama, buatnya dia balik sana dan tengok aku tak ada. Naya je.
Aku rasa, alasan tu lebih elok. Dia mesti fikir aku nak tenangkan diri selepas berhadapan dengan Iza semalam.
Ya. Faiz tak tahu kewujudan anak ini. Hari aku dapat berita ini adalah hari dimana Faiz menceritakan tentang rasa bahagia yang dia rasa tika itu.
Saat itu, aku putuskan untuk rahsiakan kewujudan anak ini. Biarlah abi dia bahagia. Biar aku bahagia dengan kehadirannya. Jadi, keselamatannya adalah penting untuk aku. Menipu pun, menipu lah. Asalkan anak aku selamat.
Sampai sana nanti, bagitahu.
Jangan lupa singgah jenguk mak dan abah.
Dorang rindu menantu dorang.Mesej balas dari Faiz.
Aku betul-betul lupa. Mertua aku duduk Melaka. Kenapalah dalam banyak-banyak tempat, Melaka juga yang aku ingat. Kan dah memakan diri sendiri.
Apa aku nak cakap ni?
Tengoklah. Tak janji.
Sebaik saja aku hantar mesej itu, telefon aku berbunyi. Mak mertuaku.
Arh! Tension betul!
"Assalamualaikum, mak. Sihat?" Terus mesra suaraku sebaik talian bersambung.
"Waalaikummussalam. Alhamdulillah. Faiz kata Amna ke mari. Tidur rumah mak, ya?" Gembira sangat suara mak.
"Insya Allah, mak. Tapi, bukan malam ni. Malam ni, Amna ada janji dengan kawan. Saja, lama tak jumpa. Maaf ya, mak." Lembut saja aku menolak.
"Tak apa. Janji kamu datang. Rindu betul mak dengan Amna." Balas mak.
Aku rasa bersalah sangat. Lepas menipu suami, aku menipu mak mertuaku. Lepas ni, entah siapa pula aku nak tipu.
Tu sebab orang kata, bila cakap jangan berbohong. Pasti akan ada pembohongan demi pembohongan. Inilah padahnya.
Kumpul dosa banyak lagi, Amna.
"Puan cuba untuk meminimumkan gerak, ya. Kalau boleh, jangan ke mana-mana. Jangan turun dari katil pun." Pesan jururawat yang membawaku ke bilik.
"Nak pergi toilet pun?" Tanyaku.
"Kalau boleh tak payah. Nanti kami bagi tempat kencing. Tapi kalau puan tak selesa, pergi je lah. Tapi perlahan-lahan. Dan jangan merayap pula lepas tu." Jawabnya.
"Saya kencing dekat toilet." Putusku.
Dia angguk.
"Nanti admin datang untuk admitted procedure. Doctor tak bagi puan banyak gerak. So, dorang akan datang dan uruskan semuanya. Puan pakai Insuran atau cash?" Tanya jururawat itu pula.
"Cash. Tapi kena bawa naik mesin debit card. I swipe card. Tak ada cash kat tangan." Jawabku.
Dia angguk dan terus berlalu.
Aku harap, aku ditahan hanya malam ni. Esok, aku kena pergi ke Melaka. Aku perlu untuk menunaikan janjiku kepada mak nertuaku.
Aku mengeluh.
"Dik, jangan stress. Tak baik untuk kandungan." Satu suara disebelahku memberi pesanan.
Aku senyum dan angguk.
"Banyakkan selawat. Doa. Moga-moga Allah mudahkan urusan kita." Sambungnya lagi.
Sekali lagi aku angguk. Dan terus aku pejamkan mataku. Aku bukan dalam keadaan nak bersembang. Aku sedang serabut.
Yang pasti, esok ada cerita lain yang menanti.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...