Allah.
Aku buka mataku. Air mataku mengalir.
Mimpi yang sangat indah bila Faiz datang dan merenungku yang sedang tidur. Membelai perutku. Merasai tendangan anak kami. Dan dia mencium ubunku sebelum dia pergi.
Allah. Terima kasih untuk mimpi ini. Terasa semangatku kembali pulih. Rasa bertenaga untuk melalui hari-hari ku yang mendatang.
Aku bangun dan siap mandi dan solat subuh. Kemudian, aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.
Namun, semuanya sudah tersedia. Pasti mak yang sediakan. Lauk paprik semalam yang mak masak pun masih panas. Tapi, nampak macam baru masak.
Aku ambil mangkuk. Aku isikan sedikit paprik ayam itu dan rasa. Sedap. Aku bangun dan pergi ke periuk nasi.
Nasi baru. Makan dengan paprik ayam. Telur dadar yang sudah terhidang diatas meja. Nikmatnya.
Bertambah aku makan. Betul-betul kena dengan tekakku. Ini lah yang aku mahukan tapi aku tak tahu macam mana nak sampaikan.
Bukan paprik yang Mak Limah atau mak masak tak sedap. Tapi, kombinasi rasa tak kena dengan tekak aku. Ini baru betul. Nasi yang baru masak, dimakan panas-panas bersama nasi. Paprik yang secukup rasa. Tak juga terlampau sedap. Ada-ada je rasanya.
Tekak aku, bukan nak paprik yang sedap. Aku nak paprik biasa. Yang newbie masak. Bukan pakar masak. Dan ianya sama macam yang Faiz pernah sediakan. Bukan sedap sangat. Tapi bolehlah nak makan. Paprik Bujang kata Faiz.
Usai makan, aku naik ke atas. Bersedia untuk mulakan hariku. Pagi ini, Zimi dan Zafuan akan datang. Ada tempahan baju dari sebuah sekolah di Salak Tinggi. Baju telan diambil oleh Zimi semalam. Hari ni, kami akan repack semula. Menggunakan kertas tercetak logo syarikat kami.
Kami akan lipat seperti baju berada dalam plastik. Tapi, demi menyahut seruan global untuk mengurangkan penggunaan plastik, kami gantikan dengan kertas. Sehinggakan sellotape pun, kami gunakan yang jenis kain.
Dan tak sangka, kempen itu menjadikan website kami menerima lebih ramai kunjungan dan mula mendapat tempahan. Ini semua hasil geliganya otak Zafuan.
Dia yang cadangkan agar kami membuat e-commerce website. Yakni, tempahan semua dilakukan melalui website. Tidak perlu WhatsApp atau DM. Semuanya melalui website.
Kurang melayan kerenah pelanggan. Dan yang betul-betul berminat saja yang akan terus membuat tempahan dan bayaran.
Kempen 'Balut Baju Pakai Kertas', dijalankan di Facebook dan Instagram. Berbayar dan percuma. Kami betul-betul giat melakukan kempen ini.
Dan disitu menarik minat ramai untuk membaca dan mengenali kami. Soft sales. Tak ada pun ayat menjual. Hanya menceritakan tentang kami sokong kempen 'mengurangkan penggunaan plastik' dan mengajak lebih ramai yang prihatin tentang keselamatan alam sekitar.
Alhamdulillah.
Tapi, aku sedar, kami tak boleh harapkan satu saja. Mesti sentiasa ada perkara-perkara baru dalam perniagaan kami sambil memantapkan lagi apa yang telah sedia ada.
"Aku rasa, kita dah bersedia untuk ke langkah seterusnya." Kataku memulakan bicara.
Zimi dan Zafuan pandang aku.
"Why not, kita collab dengan beberapa Insta famous dan YouTubers untuk guna t shirt kita. Kita pack t shirt design kita. Minta dorang review. Kena bayar tu, biasalah kan. Takkan dorang nak buat free. Tapi kalau ada yang nak buat free pun, lagilah best." Kataku.
Mereka berdua masih memandangku. Berhenti tangan mereka dari kerja-kerja membungkus.
"Pagi tadi aku dah hantar dm dekat beberapa insta famous. Tapi, aku belum check lagi feedback dorang. Since korang pun dah sampai. Kita pun sibuk nak repack." Sambungku.
"Kau mimpi apa malam tadi?" Tanya Zafuan.
Aku memandangnya.
"Haah. Lain macam semangat dia. Tadi kata nak ikut pergi hantar barang. Sekarang bagi idea. Siap dah ada action. Bagus. Ini baru Amna yang kami kenal. Bukannya sugul dan tak bermaya." Kata Zimi.
Zafuan angguk.
Aku sengih.
Wajiblah aku happy. Bersemangat. Aku mimpi suami aku datang.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...