Bila doctor kata, aku kena stay atas katil saja sampai tak boleh turun, aku dah risau. Berak kencing semua atas katil. Siapa nak tolong aku buat semua tu?
Macam mana pun, aku perlukan Faiz. Takkan nak harapkan jururawat? Ini hospital kerajaan. Jururawat banyak kerja lain nak buat. Dah tu? Manusia dua orang ni? Gila ke?
"Degillah kau ni. Kalau jadi apa-apa kat kau, macam mana?" Marah Zafuan.
"Dah tu? Takkan nak suruh kau cebuk kencing berak aku?" Balasku semula.
Dia diam. Kemudian dia keluarkan telefon bimbitnya.
"Faiz, datang hospital."
"Wei. Kau dah kenapa? Banggang!" Jeritku dan cuba merampas telefon Zafuan.
"Kau diam. Ini je solutions yang aku nampak." Kata Zafuan kepadaku.
"Nanti kau ambillah cuti ke apa ke. Wife kau ni, doctor tak bagi turun katil. Tapi dia degil sangat. Kalau jadi apa-apa kat dia, kita juga yang susah." Kata Zafuan kepada Faiz.
"Tak payahlah." Kataku. Kuat. Menghalang Faiz dari datang.
"Ok." Tu je Zafuan katakan sebelum dia matikan talian.
"Kau ni! Nak buat apa susahkan dia? Hadoi..." Aku menggeleng kepala.
"Aku rasa, kalau dia datang, lagi serabutkan kepala otak aku. Lagi tak baik untuk kesihatan aku. Aku dah cukup tenang dia tak ada dekat dengan aku." Sambungku.
"Amna, kalau dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, dia akan jaga kau walaupun kau benci dia." Kata Zafuan. Lembut.
"Sebab aku tahu dia seorang yang bertanggungjawab aku halang kau tadi. Dia akan datang dan jaga aku. Aku pasti. Tapi untuk apa lagi? Untuk buat aku rasa diri aku ni menyedihkan? Untuk buat dia kasihankan aku? Aku tak perlukan semua tu." Balasku.
"Kau terlalu banyak memikir. And kau reject semua positive thoughts yang otak kau fikir. Kau punya feelings unwanted tu, boleh bunuh hubungan korang." Kata Zafuan.
"Aku salah ke? Dia sendiri yang menagih cinta Iza. Sejak dari kami kenal. Sebelum kami nikah. Padahal, dia tahu. Kami bukan hanya sekadar nak tunang tapi nikah. Tapi dia masih merayu Iza. Kalau kau kat tempat aku, kau rasa ke yang dia betul-betul nak kan aku?" Balasku. Suaraku naik senada.
"Kau ada baca luahan hati dia lepas korang nikah?" Tanya Zafuan.
Aku angguk.
"Sebab tu, Iza datang kembali. Terima dia. Masa Iza hantar mesej minta maaf semua tu, aku tengah pegang handphone dia. Aku baca. Walaupun tak sepenuhnya. Dan sebab itu, aku buka Instagram Faiz dan baca ayat-ayat tu semua. Lagi mendalam. Lagi jiwang." Jawabku.
"Kau tak rasa ayat-ayat tu semua tuju kat kau?" Tanya Zafuan.
"Jauh disudut hati aku, aku rasa ayat tu semua untuk aku. Tapi aku sedar, siapa aku berbanding Iza. Bukan sekadar luaran cantik, dalaman pun cantik. Bijak, bekerjaya. Aku? Apa yang aku ada?" Menitis air mataku.
Aku paling benci membandingkan diriku dengan sesiapa pun. Aku rasa kekalahan tu. Aku benci bila aku sentiasa kalah.
"Kau ada hati yang besar. Nampak ignorance tapi sebenarnya, kau manusia paling care dengan surrounding kau. Kau letak semua orang yang kau sayang kat depan. Kau push semua orang untuk lagi berjaya dari kau. Kau ingat, aku tak tahu ke? Kau berhenti kerja sebab kau nak adik-beradik kau fokus pada kerja mereka. Tak payah risaukan mak kau? Kau ingat, aku tak tahu ke yang kau marah aku sebab kau nak aku lagi berjaya dari kau? Kau biarkan aku buat salah supaya aku belajar. Kau ingat, aku tak tahu ke? Aku tahu semua tu. Aku faham. Sebab tu, rasa cinta aku dekat kau dulu, makin mekar dan besar. Tapi, aku pun sedar, kau takkan jadi milik aku. Antara kami bertiga, kami tahu, hati kau dah terpaut pada Faiz. Aku dan Zimi lama dah kesan. Tapi, kau tetap kau. Kau nak Faiz tu bahagia. Sebab tu, kau tolak lamaran dia. Sampai sekarang, kau masih tolak dia." Panjang lebar Zafuan menjawab soalanku.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...