Demam aku makin teruk. Semalam, aku menangis. Lagi.
Ah! Murahnya air mata aku beberapa minggu ni. Sensitif apatah. Terutama sejak aku demam ni.
Tapi semalam wajiblah aku menangis. Membuka aib sendiri pada sesorang yang aku langsung tak kenal. Langsung. Totally strangers.
Jahilnya aku. Jahatnya aku. Mengabaikan keluarga. Tapi, bak katanya.
'Itu je yang you dapat? Langsung tak berbaloi.'
Ya. Aku abaikan mama dan abah untuk mencipta nama dan kerjaya. Waktu itu, aku fikir, bila namaku dikenali, sekiranya syarikat membuangku, aku mudah untuk mendapat kerja dalam bidang yang sama.
Namun, perancangan Allah lebih baik. Aku diberikan amanah lebih besar dengan jawatan yang lebih besar. Jadi, tanggungjawab aku juga bukan hanya untuk diriku. Tapi untuk pekerja dibawahku
Aku makin mengabaikan keluarga. Walaupun ada sentiasa dengan mama dan abah, tapi hakikatnya minda dan jiwaku hanya kerja. Bagaimana mahu kembangkan syarikat dan memberi pendapatan lebih kepada pekerjaku.
Allah betul-betul menyayangiku.
Saat aku makin hanyut dalam urusan duniaku, Allah tarik nyawa abah. Aku kehilangan sumber kekuatanku. Aku jadi lemah. Aku takut nak buat salah dalam semua tindakanku. Aku jadi sangat berhati-hati sehingga aku menghadkan diriku untuk berkembang.
Dan kerana itu, prestasi kerjaku makin menurun. Aku tidak lagi bersemangat seperti dulu. Sehingga aku menghalang orang lain untuk ambil risiko.
Akhirnya, aku perang dingin dengan bakal CEO syarikat. Lama. Hampir setengah tahun dan aku ambil keputusan untuk berhenti kerja.
Bukan kerana perang dingin tu, tapi fokus aku tidak lagi pada kerja. Aku lebih risaukan mama.
Sejak abah meninggal, aku kembali duduk dirumah mama. Dan aku selalu pergi kerja lambat untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas.
Aku lihat mama menangis seorang bila yang lain tiada. Kadang-kadang aku dengar mama bercakap sendirian. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan abah. Dan tiba-tiba dia menyahut seolah-olah abah memanggilnya.
Aku nampak semuanya tapi aku biarkan. Tak aku ceritakan kepada sesiapa. Walaupun ma sendiri.
Dan kerana kerisauanku itu, aku balik awal dari kerja. Kadang-kadang aku tak pergi kerja sekiranya tiada perkara yang memerlukan kehadiranku. Mana-mana kerja yang aku boleh buat dirumah, aku bawa balik.
Dan yang membuatkan aku tekad untuk berhenti dan menghantar notis kerja 24 jam bila aku bergaduh besar dengan bakal CEO.
Mama sangat marah. Adik-beradikku apatah lagi. Pakcik dan makcikku. Semuanya.
Itulah payahnya bila bekerja di syarikat kepunyaan kenalan keluarga. Sekejap saja berita tersebar. Malahan memaksaku untuk kembali ke syarikat kerana pemilik syarikat masih memerlukanku.
Tapi tak ada seorang pun bertanya 'kenapa aku berhenti'. Cemuhan dan kritikan saja yang aku terima bila aku menolak untuk kembali bekerja.
Memang secara logik akal, aku bodoh. Kedudukan aku sudah sangat kukuh. Gaji aku bukan besar. Tidaklah sama seperti orang sepangkat denganku di syarikat besar. Tapi dengan gaji, elaun dan komisyen itu, aku sudah punya 2 rumah teres kos rendah yang aku buat untuk sewa. Malahan aku sudah bayar habis pinjaman bank. Dalam masa 3 tahun bersama penalti.
Aku bukan bodoh nak berhenti kerja macam tu saja. Aku dah ada backup plan aku. Pendapatan pasif dulu adalah pendapatan aktif aku kini. Dan duit tu, aku serahkan semuanya kepada mama.
Betul. Aku pengganggur yang tak mencari kerja. Dan aku pokai. Tak berduit.
Aku hanya duduk dirumah. Orang lain sibuk buat perniagaan online. Aku buat. Tapi kemudian, aku serahkan kepada kawanku bila aku sedar, aku makin mula mengabaikan mama.
Tak boleh. Matlamat aku berhenti kerja kerana mama. Abaikan mama akan buat pengorbananku sia-sia.
Sia-sia juga aku terima dan telan cemuhan dan kutukan saudara sendiri seandainya aku abaikan mama kembali.
Bodoh? Loser?
Yes. I am. So what?
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...