45

858 28 3
                                    

You, buat apa?

Merendek.

Kat mana?
Jom breakfast kat Skypark.

Jauhnya.
Tengoklah kalau rajin.

Jom lah.
Dari buang minyak merendek.
I tong you punya duit minyak.

Full tank.
1 footlong subway.

Of course la.
Takkan you makan, I tengok je.

1 footlong untuk I sorg.

Makan ke melantak?
Datang je la.

Jap. Tanya mama.

Of course your mom tak bagi.
😏

Hahaha.
Dah tau, ajak la lagi.

Aku pun tak faham mama. Aku pergi mana seorang diri, dia tak kisah. Kalau aku nak keluar dengan kawan-kawan aku, jangan harap dia nak bagi. Walaupun kawan perempuan. Walaupun yang dia kenal.

Pengecualian untuk encik Tunang. Itu pun bukan berdua. Mesti ada teman. Dan kereta asing2.

Tak faham.

Aku masuk gear dan terus memandu. Tak ara arah tuju pun. Saja nak memandu. Dan tak semena, aku nampak perkataan Lapangan Terbang Subang.

Parah.

Aku letak keretaku ditempat parking dihadapan pintu masuk. Dan aku ambil gambar pintu masuk. Kemudian, aku jalan menuju ke Subway. Sekali lagi aku ambil gambar dan update di insta story ku.

Pada Encik Tunang, aku khabarkan pertemuan aku dengan Faiz. Bukan minta izin tapi aku tak nak dia fikir yang bukan-bukan. Walaupun, aku tak rasa dia nak fikir apa-apa. Namun, aku ambil cara ini sebagai latihan andai kami sudah nikah nanti.

Sedang aku menunggu makananku siap, seorang makhluk Allah sudah berdiri sebelah aku. Tercungap-cungap.

"Cepat sampai. Rasanya baru je update dalam insta." Kataku.

"I nampak you." Katanya.

Aku mencebik.

Aku check viewer story aku. Dia orang pertama. Nak kata nampak konon. Nampak kat ig la tu.

Aku ketawa dalam hati. Kelakar lah dia ni. Entah dari mana. Tercungap-cungap macam tu sekali.

"Dik, tambah satu lagi. Sama macam dia." Katanya.

Aku senyum. Ketawa halus.

Dia buat subway ni macam kedai mamak je. Suka hati dia je nak order macam tu. Mujur tak ada sesiapa. Kalau tak, mahu kena marah dengan orang belakang. Potong queue.

"Kata nak ambil footlong."

"Takut you tak datang."

"Nak tukar?"

Aku geleng.

"Tambah?"

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now