54

890 34 2
                                    

Aku tak boleh tidur malam ni. Biasa sebenarnya aku tak boleh tidur malam. Insomnia aku teruk. Kalau dia datang, siang malam aku tak tidur.

Orang lain kena insomnia, siang, elok je dorang tidur. Aku? Langsung. Sampai otak aku jadi lalok.

"Tak boleh tidur lagi?" Tanya Faiz.

Aku angkat kening. Dan senyum segaris.

"Data you banyak lagi tak? Terasa nak tengok movie." Tanyaku.

"Pakai je. Esok, tukar nombor you tu. Pakai postpaid." Arahnya sebelum menyambung tidur.

Aku cebik.

Memang tak lah nak pakai postpaid. Kang kalau dia dah pergi dari hidup aku, siapa nak bayar?

Baik aku jimat cermat dari sekarang. Duit yang dia bagi. Yang dia bebel aku tak guna tu, aku keluarkan sikit-sikit dan masukkan ke akaun aku. Bukan transfer tau. Guna mesin cash deposit. Gagah tak?

Dah? Dia suruh habiskan. Lepas pergi spa setiap minggu pun, masih ada baki. Tak tahu macam mana nak cantikkan diri depan dia.

Hari tu, aku beli baju night dress, dia ketawakan aku. Dia kata nampak pelik. Sebab shape badan aku tegap macam lelaki. Pakai dress, nampak macam pondan.

Lastly, aku kalau nak beli baju, aku ajak dia. Biar dia yang pilihkan. Lagipun, yang nak pandang nanti, dia.

Kan?

Aku buka telefon bimbitnya. Terasa malas nak pakai telefon bimbitku. Kemudian, aku bawa telefon bimbitnya keluar dari bilik. Tak mahu mengganggu tidurnya. Lagipun, esok dia kerja. Pagi.

Aku tutup pintu bilik. Aku duduk di sofa diruang keluarga. Aku membuka YouTube dan mula mencari cerita-cerita yang menarik.

Sebenarnya, boleh je aku tengok movie yang aku dah siap download dalam MacBook ku. Setiap kali balik rumah mama, aku akan download movie. Sampai aku beli hard disk. Hanya untuk movie dan drama.

Tapi malam ni, terasa nak tengok movie Tamil. Aku cari. Dan aku click pada satu movie hanya sebab front image dia menarik perhatian aku.

Aku buka. Dan dalam masa yang sama, ada mesej masuk. Bertalu-talu. Dari Iza.

Iza? Contact Faiz?

Aku teringin nak baca, tapi, nanti dia tahu pula aku baca. Jadi, aku baca sajalah sekadar mana yang menjelma.

Tak berapa faham. Tapi, aku dapat tangkap yang Iza sedang meminta maaf kepadanya. Dan kerana itu, aku makin nak tahu. Aku buka Instagram nya. Klik pada achieve. Aku baca insta story yang dia pernah buat sejak kami bernikah.

Tak banyak tapi tetap juga pujian untuk seorang wanita. Tak diletakkan nama tapi siapa lagi yang dia nak puji. Kan?

Tentunya Iza.

Air mataku mengalir. Membaca tiap bait ayat yang dia tulis. Tak macam ayat biasa yang dulu aku baca. Ayatnya indah dan puitis. Susunan tanda bacaan pun dah betul.

Ayatnya betul-betul menyentuh jiwa. Patut pun Iza sampai boleh datang minta maaf malam-malam buta ni.

Aku masuk ke dalam bilik. Aku buka untuk data sharing. Aku letak kembali telefon bimbitnya ditempat yang aku ambil tadi.

"Dah nak tidur?" Tanyanya. Terjaga disebabkan aku bergerak.

"Tidur lah. I belum nak tidur lagi." Balasku.

"Erm... I mengantuk tapi tak syok tidur tak ada bantal peluk I. Tak lena. Tak nyenyak." Katanya sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepadaku.

Aku senyum segaris. Aku kucup ubunnya.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now