Aku punya berbolak balik nak pergi buat check up. Dah siap dah ni. Tinggal nak start enjin dan pergi ke klinik. Boleh pula aku pergi tukar baju. Pakai baju duduk rumah.
Mama punyalah benggang. Tak payah cakap lah. Aku rasa kalau tak fikir aku ni dah besar, mau dia sebat aku dengan batang penyapu.
"Tanggung lah sakit tu. Suruh makan ubat, tak nak. Nak pergi klinik check up pun payah?"
Aku hadap sajalah mama punya marah. Memang salah aku pun.
Aku masuk bilik, tutup lampu, aku baring. Comforter aku ambil dan berselubung. Tak tahan. Sejuk sangat. Tapi kipas tetap pasang. Tala kat aku saja. Pastu buka paling maksimum.
Nanti hilang gigil ni, aku buanglah comforter ni. Mana boleh berbalut selalu. Mana haba nak keluar. Makan ubat pun tak guna.
"Dah makan ubat ke tu?" Jerit mama dari dapur bila dengar aku batuk teruk.
Aku bangun. Ambil roti putih sekeping yang aku bawa masuk bilik tadi, aku makan. Bukan tak lalu nak makan. Mama tak masak lagi. Sarapan tak ada atas meja. Jadilah, roti sekeping. Buat alas perut. Untuk makan ubat.
"Dah." Jawabku selepas aku telan ubat.
Yang mama tak tau. Aku tak telan pun ubat batuk. Mujur mama. Kalau abah, dia tau lah. Aku kalau telan ubat batuk, mesti muntah punyalah.
Tu sebab aku langsung tak percaya perempuan lebih prihatin dari lelaki. Abah dan mama, abah lagi faham anak-anak gadis dia. Dia tahu apa yang kami perlu. Dan dia tahu perilaku kami adik-beradik.
Berbanding mama, makanan kegemaran aku pun dia hentam saja. Kalau tanya abah, abah mesti cebik. Atau dia jawab,
"Dia makan je apa yang dia rasa nak makan."
Dan itu pun sebenarnya.
Apa makanan kegemaranku? Memang aku suka makan sup, tapi, kalau tiba aku tak nak, aku tak nak lah. Kalau paksa makan, silap-silap, aku muntahkan balik.
Macam durian. Bukannya aku memang asalnya tak makan. Aku makan. Abah pernah belikan aku sebakul durian. Tapi kongsi lah dengan yang lain sama. Tapi sekarang ni, bau durian dari jauh dah buat kepala aku pening.
Sebab apa? Sebab dulu durian bermusim. Masa tu, aku teringin sangat tapi tak ada. Lepas tu, bila musim datang, abah bawa pergi makan durian, aku muntah. Pening macam nak pengsan. Drama sangat.
Sama gak dengan meatball IKEA. Punyalah aku minat. Sekarang, bau pun aku tak lalu.
Aku dah kata, aku complicated. Korang je tak nak percaya.
"Jom siap. Kita pergi makan." Kata mama depan pintu bilik aku.
Dengan perlahan, aku bangun. Sakit gila lah pinggang aku ni. Baring sakit, duduk sakit, berdiri, berjalan? Lagilah sakit.
Namun, gagahkanlah juga. Bangun. Lapar kot perut aku. Semalam petang makan cekodok ikan bilis. Lepas tu, tadi makan roti sekeping. Kalau perut korang tak lapar, tak tau lah. Perut aku dah lapar gila.
Aku dah siap. Pergi panaskan enjin. Duduk tunggu yang lain siap. Ya. Seperti biasa, aku lah driver. Sakit macam mana pun. Tetap aku yang kena memandu. Walaupun ada kakak dan adik yang boleh memandu.
Bertabahlah.
"Hai."
Dan aku pandang orang yang dah tarik kerusi sebelah aku. Selamba je. Siap hulur tangan kat adik. Adik memang blur lah. Kali pertama jumpa. Mama dan Az, senyum membalas senyuman dia.
Ini bala ke apa?
"Rindu I tak?" Bisiknya ditelingaku. Tak lah dekat betul-betul kat telinga. Tapi rapat gak la.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...