Sebulan dah aku duduk dengan mak. Nombor telefon pun aku beli lain. Hanya mak dan abah saja tahu nombor telefonku.
Zimi dan Zafuan, aku hubungi melalui aplikasi Line. Aku dah kata, aku ada cara lain nak hubungi mereka. Kami jarang guna WhatsApp sebenarnya.
Nak kata aku derhaka, Faiz suruh aku delete nombor telefon mereka. Unfollow mereka di Instagram. Dia tak kata jangan berhubung dengan mereka.
Aku tahu. Tu alasan. Tapi, biarlah. Aku lebih perlukan mereka dalam hidup aku. Mereka berdua hadir dulu dalam hidup aku sebelum Faiz. Dan mereka sebahagian dari hidup aku.
Lagipun, bukannya kami borak kosong atau bermadu kasih. Kalau tak ada apa-apa, tak adanya kami nak berhubung. Masing-masing tahu jaga batas. Kalau Faiz tak percayakan aku, aku nak buat apa? Benda bukan aku boleh kawal.
"Amna, Faiz nak balik." Kata mak yang datang dari dapur.
Aku yang sedang menyidai kain, terus memandang mak.
"Faiz dah on the way balik. Dah nak sampai kot. Dia call tadi. Tanya mak nak kirim apa-apa. Dia dah dekat tol." Kata mak lagi.
Segera aku masuk ke dalam. Menukar pakaianku. Menyarung tudung dan aku ambil baik duit dan kunci keretaku.
Terus aku keluar selepas bersalam dengan mak.
Aku harap, Faiz tak perasan kereta aku keluar dari kawasan perumahan mak. Atau terserempak dimana-mana.
Dan kini, aku tak ada hala tuju.
Mana nak pergi ni? Duduk hotel? Aku tak sempat nak pack barang aku. Barang?
Allah.
Barang aku penuh kat dalam bilik Faiz. Tuala yang aku pakai tadi pun, masih basah dan tersidai di rak. Pastinya dia akan sedar kehadiranku dirumah mak.
Kenapa cuai sangat Amna?
Bukan cuai. Tapi tak mungkin aku sempat kemas semua tu dan keluar sebelum dia sampai.
Lantaklah. Sekarang ni, paling penting. Aku nak pergi mana?
Balik rumahlah Amna. Jumpa mama. Lama dah kau tak jumpa mama. Call mama pun tak.
Jumpa mama?
Aku mengeluh.
Aku pandu juga keretaku. Terus ke rumah mama. Aku perlu ke rumah mama dulu untuk mengambil pakaianku. Di rumah Faiz, tiada pakaianku langsung.
Sampai saja di rumah mama, sunyi. Tak ada orang. Mujur, kunci rumah mama sentiasa ada dalam kereta. Aku ambil dan membuka pagar. Aku masuk ke dalam rumah. Terus ke bilikku. Dan aku terus mandi.
Usai mandi, aku baring dan tidur.
Aku terjaga bila aku rasa ada tangan yang sedang bermain dengan rambutku. Aku buka mata, mama sedang duduk disebelahku.
"Ha. Tau balik rumah? Kau ke mana sebulan ni? Faiz tu, dah macam orang gila cari kau." Bebel mama.
Aku bangun dari baringku. Aku salam mama dan aku peluk mama. Insan yang aku janji untuk menjaganya sepanjang hayatku. Insan yang buat aku putuskan untuk tidak berkahwin demi untuk menjaganya. Dan mama juga insan yang menikahkan aku dengan Faiz tanpa bertanyakan kepadaku.
"Rindu sangat kat mama." Dan aku cium pipinya. Bertalu-talu.
"Ini kalau Faiz tahu kau kat sini, mesti dia suka." Kata mama.
"Ma, please. Jangan bagitahu dia." Pintaku.
Mama memandangku.
"Tak rindu kat dia?" Tanya mama.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...