Bukan aku tak ajak, dah berkali-kali aku minta mama hantar aku ke hospital. Bukan minta pergi hospital bayar pun. Hospital kerajaan.
Alasan mama, kena dapat surat dari klinik kawasan la. Kena tunggu klinik harian kat hospital buka la.
Kalau lah aku masih bekerja, masih punya duit yang aku simpan sendiri, aku pergi je hospital swasta. Senang. Terus boleh masuk.
Ini kalau aku minta duit yang mama pegang selama ni, mau kena maki dengan adik beradik aku. Sebab mereka anggap, duit sewa rumahku yang aku berikan kepada mama setiap bulan tu sebagai duit belanja untuk hidup seharian aku.
Apa-apalah. Malas nak bertekak. Kemampuan aku ke hospital kerajaan. Yang pastinya banyak protokol dan proses.
Aku mengeluh.
Aku dah mula risau. Satu lagi tanda denggi aku kena. Cirit birit. Pinggang aku pun dah mula sakit. Badan dan sendi jangan cakap la. Cuma aku tak tunjuk je.
Air 100 plus dah jadi peneman setia aku. Aku ingat kata mama dan sepupuku. Sewaktu mereka dirawat kerana denggi.
'Nurse bagi air 100plus saja.'
Jadi, itu yang aku pun ber 100plus. Namun, kerisauan itu, tetap juga ada. Cuba untuk tak risau. Serahkan semuanya kepada Allah.
Nampak macam aku tak usaha untuk sihat, kan? Tak pergi jumpa doktor bukan bermakna aku tak usaha. Usaha aku cara lain.
Sejak abah kena penyakit buah pinggang, aku memang berhati-hati untuk makan ubat. Susahnya hidup sebagai seorang pengidap penyakit buah pinggang, aku dah saksikan.
Nak pergi mana-mana pun, susah. Kena dapatkan kebenaran doktor. Nak kena buat tempahan di pusat dialisis tempat yang ingin kita kunjungi.
In fact, abah meninggal selepas balik dari buat rawatan dialisis.
Jadi, aku tersangatlah takut nak ambil ubat. Walaupun sekadar paracetamol.
Aku tau, biarkan diri tanpa dirawat lagi bahaya. Untuk aku, biarlah aku cari rawatan lain dulu sebelum serahkan diri kepada doktor untuk dirawat.
Dah terlambat?
Aku tak tau. Kan aku cakap, aku bodoh.
Korang ni, macam orang dalam tinder tu ke? Aku dah tulis terang-terangan, tapi still tak nak percaya.
Haila...
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...