Aku keluar dari kereta.
"Amna, kau tak payah lah masuk. Risau pula aku." Kata Zafuan.
"Mak dan abah ada. Takkan dia nak meroyan pula, kan?" Balasku.
Semuanya gara-gara kereta Iza terparkir dihadapan rumah.
Dengan perlahan, aku masuk ke dalam. Memberi salam. Berjalan ke ruang tamu, Iza sedang duduk disebelah mak. Memaut lengan mak. Manja sekali.
Aku senyum.
"Bila sampai, Iza?" Tanyaku. Mesra.
"Baru je. Akak memang dah menetap dekat sini ke? Dah tak ada rumah? Suami akak tak reti nak sediakan rumah untuk akak ke? Asyik menumpang rumah Faiz je." Tanya Iza pula.
"Iza." Tegur mak.
"Ke akak mengandung anak luar nikah? Tapi kata hari tu, gugur. Ada lagi rupanya." Sinis sekali Iza menembakku.
Aku diam. Tetap senyum.
Zimi dan Zafuan turut masuk ke dalam. Mereka terus ke meja makan dan duduk di situ. Mereka menghalakan tubuh kenarah ruang tamu. Aku berjalan ke arah mereka. Turut melakukan hal yang sama.
Mak Limah datang dan menghidangkan air.
"Maaflah Mak Limah. Susahkan Mak Limah saja. Patut suruh lelaki-lelaki gagah ni siapkan semua." Usikku.
Aku selalu rasa bersalah bila Mak Limah buat kerja dalam rumah ini. Memang dia diupah untuk menjadi orang gaji dalam rumah ini. Tapi itu bukan tujuan dia diupah. Dia disini hanya untuk menemaniku.
"Tak apalah. Korang mesti penat. Minumlah. Mak Limah nak buat cucur ikan bilis. Teringin pula." Kata Mak Limah dan terus berlalu ke dapur basah.
"Manja sangat tu. Dah kenapa?" Bisik Zafuan sebelum meneguk air kosong yang dihidangkan Mak Limah.
Kami kan geng air kosong.
"Mana lah aku nak tahu." Jawabku.
"Mujur mak ada, kalau tak, dorang ni langsung tak bagi Iza masuk. Macam lah rumah ni, rumah dorang." Adu Iza.
Aku angkat kening sambil ketawa sinis. Halus saja. Hanya aku, Zimi dan Zafuan saja boleh dengar.
"Iza datang sini, nak buat apa?" Tanya mak.
"Cari Faiz lah, mak. Mana Iza tahu yang dia dah tak tinggal sini." Jawab Iza.
"Kenapa nak cari sampai rumah? Kan tak manis. Anak dara datang rumah lelaki." Tegur mak.
"Kalau seharian call, mesej tak jawab. Iza risau lah mak. Takut dia sakit ke apa ke. Dia bukan ada ramai kawan pun. Mak pun jauh. So, Iza risau. Sakit ke jatuh ke apa ke. Siapa nak tau." Balas Iza.
"Untung Faiz. Ada perempuan care pasal dia. Kita ni je kesian. Kan, bang?" Sampuk Zafuan.
Zimi angguk.
"Baru Iza perasan. Abang ni, tunang Kak Amna. Kan?" Tanya Iza sambil menunjuk ke arah Zimi.
"Bekas tunang." Zafuan membetulkan fakta itu.
"Habis tu, betullah Kak Amna mengandung anak luar nikah? Ini mesti kes kena halau dari rumah. Kan?" Celupar saja mulutnya berkata. Sama je spesis dengan Faiz. Cakap tak fikir orang.
Memang sesuai.
"Iza. Tak baik cakap macam tu." Tegur mak. Nampak seperti mak dah mula nak marah.
"Kesian Faiz mak. Dia beli rumah ni. Bayar rumah ni. Tapi dia kena menyewa sebab nak sorokkan perempuan ni. Entah-entah. Orang gaji dengan pak guard kat luar tu pun, Faiz yang bayar. Silap-silap, belanja dia semua Faiz sponsor. Tu pasal dia selalu kata penat. Kena extra work lah. Nak nikah dengan Iza pun, kena kumpul duit lagi. Kesiannya dekat Faiz. Mujur Iza ada simpanan sikit. Boleh tampung majlis kami." Kata Iza.
"Betullah. Untung Faiz. Ada perempuan kesiankan dia. Sanggup berkorban untuk dia." Kata Zafuan lagi. Terasa sinis.
"Bila kita sayangkan seseorang, kenalah sanggup berkorban." Balas Iza.
"Betul ke?"
"Betullah."
"Macam tu, tinggalkan Faiz. Bi...." Dan tak sempat dia nak habiskan kata-katanya, aku siku perutnya.
"Tak pasallah nak tinggalkan dia. Penat aku pujuk dia cepatkan pernikahan kitorang. Oh. Lupa nak cakap. Kami nikah 2 bulan lagi. Erm... Tak sampai pun. Nah, kad untuk korang." Iza meletakkan kad yang dikeluarkan dari tas tanganya dan diletakkan diatas meja.
Zimi bangun dan menarik keluar kad yang diberikan. Dia membuka dan membaca. Dia memandangku.
Aku senyum kelat. Cuba untuk memaniskan senyumanku. Tapi, aku tahu, masih lagi kelat.
"Jap. Anak yang akak kandung tu, bukan anak Faiz. Kan? Faiz tu, kawan akak je. Kan?" Tanya Iza.
Aku senyum membalas pertanyaannya.
"No worries, Iza. Cinta Faiz just for you. Not to anyone else. He is deeply in love with you." Balasku.
"Kalau macam tu, akak tolong cari rumah lain. Keluar dari rumah ni. Iza nak duduk rumah ni. Iza suka rumah ni. Kawasan dia. Dekat dengan rumah parents Iza. Tempat kerja Iza. Tolong ya. Nanti Iza datang, make sure, akak dah keluar. Jangan sampai Iza halau akak keluar pula. Iza lagi berhak atas rumah ni." Kata Iza.
"Selagi belum nikah, tak payah nak cerita pasal hak. Tak layak lagi." Sinis saja Zafuan membalas.
Aku menjengilkan mataku.
"Faiz kata, lepas nikah, korang akan duduk di Indonesia. Ada training dekat sana." Kata mak.
"Takkan Iza nak ambil cuti berbulan-bulan. Nanti kalau Iza kena buang, macam mana?" Balas Iza.
"Kata sanggup berkorban untuk orang yang kita sayang. Belum apa-apa, dah banyak bunyi." Perli Zafuan.
"Agaklah nak korbankan kerja. Ingat senang ke nak dapat kerja? Nak-nak zaman sekarang ni. Lainlah kalau kutu macam korang. Semua sponsor." Balas Iza.
Kami bertiga ketawa. Sinis saja.
"Iza jangan risau. Nanti bila Faiz suruh akak keluar, akak keluar lah. Iza jangan risau, tau. Tak payah datang sini nak halau akak. Akak duduk sini pun, Faiz yang suruh. So, kalau dia suruh akak keluar, akak keluarlah. Selagi dia tak cakap apa-apa, tak payahlah Iza nak memandai. Ya?" Kataku setelah tawa kami mati.
"Ah! Faiz tu lembut hati. Kalau akak tak nak Iza drag akak keluar, better akak keluar dengan hormatnya. Akak tau apa yang Iza mampu buat. Kan?" Ugut Iza.
"Iza. Apa kurang ajar sangat ni?" Marah mak. Mungkin sabarnya dah hilang.
"Mak. Dorang yang kurang ajar. Tak sedar menumpang." Balas Iza.
"Akak sedar, Iza. Terlebih sedar. Tak perlu nak sedarkan apa-apa lagi. Nanti, Iza bincang dengan Faiz. Bagitahu akak kata putus Faiz." Kataku dengan suara yang lebih tinggi.
Tak suka nada yang dia gunakan menjawab teguran mak. Padaku, suara tu tinggi untuk bercakap dengan orang tua. Kerana orang tua ni, hatinya lembut. Senang terluka. Senang tercalar.
"Tak payah nak tunggu Faiz. Iza pun ada hak nak tentukan hidup kami. Iza kata kelaur. Keluarlah." Kata Iza dan terus kelaur dari rumah.
Aku bangun. Berjalan perlahan dan duduk di sofa satu tempat duduk. Antara mak dan abah.
"Mak. Abah. Ini sebenarnya tujuan utama mak dan abah datang. Kan? Faiz dah buat keputusan." Tanyaku.
Mak dan abah diam.
Aku bangun. Tak perlu nak cakap apa-apa. Aku sendiri tahu. Aku berjalan ke arah tangga.
"Kau okey tak ni?" Tanya Zafuan. Menghalang langkahku.
Aku angguk.
"Just give me some times untuk aku bertenang. Bila aku dah okey, aku bagitahu korang. Korang keep doing what should you do. We already have a deal. So, make it with or without me." Kataku dan terus naik ke atas.
Aku masuk ke bilik. Ambil wuduk. Aku buka Instagram Jay Shetty. Ayat-ayatnya selalu buat aku fikir,
'I need to do something for myself'.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...