"Zimi dengan Zafuan boleh je bawa dia keluar. Kenapa saya tak boleh?" Tanya Faiz kepada mama.
"Itu bersebab. Lagipun, makcik tak percayalah kat kau ni. Lagikan kat dalam rumah ni pun, kau selamba je. Masuk bilik dia. Pegang-pegang dia. Kau ingat, makcik diam sebab makcik tak nampak ke?" Balas mama.
Aku gelak. Padan muka kau.
"Dia diam je. Tak de pun marah." Cemberut saja wajah Faiz.
"Sebab tu, dia tak boleh keluar sesuka hati. Makcik kena jaga dia extra. Sebab dia terlalu open. Sampai orang peluk dia pun, dia kata normal. Hidup zaman moden. Kalau jadi apa-apa kat dia, macam mana? Kau nak jawab ke?" Tanya mama pula.
"Bukannya saya nak rogol dia pun. Nak keluar. Minum-minum kopi je. Lepak depan tasik sambil hirup udara segar." Jawabnya.
"Memanglah sekarang ni kau tak ada niat nak rogol dia pun. Tapi, manalah tau. Tiba-tiba syaitan hasut kau. Kena pula time tu dia tengah tidur. Siapa nak selamatkan dia? Itu kes lain. Kalau dia jatuh ke apa ke. Kau larat ke nak angkat dia? Ke kau tinggalkan dia aja?" Bidas mama.
"Takkanlah saya nak tinggalkan dia. Mestilah saya tolong." Balasnya.
"Sekarang ni, kau katalah macam tu. Kalau betul-betul jadi, kau tinggalkan je dia. Sebab kau malu nak tolong. Macam mana dia masa tu?" Bidas mama lagi.
Dia diam.
"Tapi tadi keluar bertiga. Dengan Zimi. Tapi Zimi ada hal. Ni saya hantar dia balik la." Terang Faiz.
"Itu, 6jam yang lepas. Zimi balik, dia call makcik. Bagitahu Amna dengan kau. Takkan dari Plaza Alam Sentral ke sini amek masa 6jam?" Balas mama.
"Alang-alang dapat keluar." Rendah saja suara Faiz.
"Haah. Alang-alang kau tu, buat makcik ni tak senang duduk. Kau faham tak? Risau? Nanti kau dah jadi bapa, kau tau la." Ayat biasa yang selalu keluar dari mulut mama bila dia marah.
Mama terus masuk dalam biliknya. Az dan adik memang selalu tak ambil kisah. Tak suka nak campur tangan. Melainkan sesuatu yang besar terjadi.
"Your mom benci gila kat I." Adu Faiz.
Aku ketawa.
Dia cemberut.
"Mama bukan benci, dia risau. Kalau dia benci you, tak adanya dia nak tengok muka you. I know my mom." Pujukku.
"Makcik, saya balik dulu." Pamit Faiz.
"Hati-hati. Lain kali, jangan nak biasa sangat bawa anak dara orang keluar sesuka hati. Kalau mak bapa lain tak kisah, makcik kisah. Setiap anak-anak, lain cara mak bapa dia protect dia. Jadi bapa dulu, buat anak ramai. Baru kau tahu." Pesan mama.
"Macam mana nak jadi bapa? Makcik pilih Zimi. Bukan saya." Faiz masih lagi nak membalas kata-kata mama.
"Dah kau lambat. Siapa suruh? First come first serve." Ejek mama.
"Ala... Makcik memang tak suka saya. Saya lagi handsome dari Zimi. Kerja pun stabil. Gaji pun besar." Faiz mengakat dirinya sendiri.
"Riak sangat tu. Benda tu semua tak janjikan bahagia. Kalau nak ujur handsome, handsome lagi Zimi. Tahi lalat kat atas bibir dia tu, pemanis. Kulit dia pun, cerah lagi dari kau. Air muka dia, lembut. Kau, air muka sombong. Memang kena pun dengan perangai kau." Bidas mama.
Aku ketawa.
Memang betul pun. Dari segi rupa, memang Zimi menang. Tapi dari segi kerjaya dan gaji, aku tak tahu. Sebenarnya, aku tak pernah tahu apa kerja Zimi. Aku tahu dia bekerja disebuah syarikat makanan. Tapi, aku tak tahu dia sebagai apa.
Tak pernah tanya.
Mungkin yang jaga kaunter. Mungkin juga bahagian dapur. Aku tak tahu.
Nak tanya pun, tak ada sebab. Aku bukan siapa-siapa. Sekarang ni, bakal tunang. Tapi, aku masih rasa belum ada keperluan nak tanya. Dan aku tak nak dia fikir, aku memandang semua tu.
Aku nak terimanya seadanya dia. Walau siapa pun dia.
"Hantaran you tu, pakai untuk nikah nanti, kan?" Tanya Faiz bila kami sudah dekat depan kereta dia.
Aku angguk.
"Then, I have plenty of time nak cari." Sambungnya.
"Merepek la. Sebulan lebih je lagi. Nak hantar barang tu semua untuk digubah. Ini pun, tak tahulah nak hantar ke siapa. Silap-silap, hantar ke kedai je. Senang tapi mahallah sikit." Bidasku.
"Mana ada benda murah. Perempuan je murah. Bila-bila nak, boleh ambil." Katanya kemudian ketawa.
Aku jelingnya dan menolaknya masuk ke dalam kereta. Menyampah bila dia cakap macam tu.
"Apa? Betul apa? I boleh dapat perempuan free je. Anytime. Anywhere." Katanya.
Aku tolak kuat pintu keretanya dan terus masuk ke dalam rumah. Langsung tak toleh ke belakang.
Bukan semua perempuan murah. Kalau ada perempuan yang tak pandai nak menghargai diri dan maruah diri, jangan samakan dengan semua perempuan.
Pilihan masing-masing. Nak dihargai atau nak dikeji.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...