33

782 30 1
                                    

Aku pandang cincin yang tersarung dijariku. Masih tak percaya, aku sudah disunting. Dan dalam masa 3 minggu, aku akan bergelar isteri.

Bersediakah aku? Boleh ke aku terima yang aku adalah isteri kepada Hazimi Redza?

Ting!

Macam mana you boleh terima Zimi lepas beberapa minggu lepas you confuse your feeling toward me?

Panjang gila mesej dari Faiz.

Aku fikir sejenak. Betul. 3 hari pertama selepas aku memberitahunya tentang perasaanku, aku sangat malu dan sangat rasa diri aku bodoh. Aku sampai tak mahu membalas mesejnya.

Tapi, itu untuk 3 hari saja. Selepas itu, hatiku semakin tenang. Aku maafkan diriku untuk tindakan bodoh tu. Dan aku maafkan Faiz sebab dia buat aku tergoda dengannya.

Walaupun bukan salah Faiz. Tapi aku tetap mahu memaafkannya. Supaya aku tenang. Dan aku boleh maafkan diri aku.

Ting!

I ingatkan, you betul2 sayang kat I.
I sampai fikir nak move on.
Tapi, bila tahu you dah nak bertunang.
I rasa sedih dan kecewa.
Tak tahu kenapa.
I rasa macam dia yang bertunang.
Sakitnya tu.

Aku sebenarnya, tak tahu nak reply apa. Dia dalam mood serius. Kalau aku balas dengan nada sarkastik, boleh tak?

Aku tarik nafas.

Aku biarkan. Biarlah. Aku tak ada idea nak balas apa. Tak tahu nada apa yang perlu aku gunakan. Tak tahu.

Suara Dato' Siti Nurhaliza menyanyi di telefon bimbitku. Lagu yang seakan kena dengan keadaanku kini.

Kasihanlah kepadaku sayang.
Tiap hari juga wajahmu terbayang.
Ampunkanlah segala dosaku.
Seandainya kita tak lagi bertemu.

Tolonglah Faiz. Kesiankan aku. Kau memang berjaya tukar perasaan rinduku dan sayangku pada Zimi selama ini berubah. Walaupun aku tak kenal siapa kau. Walaupun saat aku tak tahu apa-apa tentang kau.

Tapi, selangkah saja lagi, kakiku akan nelangkah untuk menjadi milik Zimi. Dan aku akan serahkan semuanya untuk Zimi, suamiku. Kerana cintaku hak mutlak suamiku.

Jadi, tolonglah jangan tanya. Kenapa hatiku cepat berubah. Kerana ia tak pernah ada pada sesiapa.

Sekali lagi suara Dato'Siti Nurhaliza berkumandang. Itu adalah nada dering telefon bimbitku.

"Assalamualaikum." Suara Zimi dihujung talian.

"Waalaikummussalam." Jawabku.

Kemudian kami diam. Lama. Tak ada sesiapa yang mulakan perbualan. Sampailah tiba-tiba Zimi ketawa.

"Kita ni guna telepati ke nak bercakap?" Tanyanya.

Aku turut ketawa.

"Dia, nak tanya sikit." Kataku sebaik tawaku reda.

"Apa dia? Untuk Amna, tanya sampai esok pagi pun, Zimi boleh jawab."

Aku ketawa sekali lagi.

"Tanyalah, Amna. Kanda tak sabar ingin menjawab." Selorohnya.

Aku ketawa kecil.

"Adinda cuma ingin bertanya. Kenapa tiba-tiba, tiada khabar, tiada berita, kanda datang meninang adinda." Tanyaku. Mengikut rentak bahasanya.

"Kerana kanda mimpi, adinda dipinang lelaki lain. Kanda tak mahu melihat dinda dimiliki lelaki lain." Jawabnya masih dengan bahasa melayu klasik yang dirojakkannya.

"Kalau tak mimpi, tak de la nak datang meminang?" Tanyaku. Nadakh sedikit merajuk.

"Zimi tak yakin Zimi boleh tanggung Amna. Diri Zimi sendiri pun, masih terumbang ambing. Kan Amna kata, nak suami yang stabil. Yang ada rumah sendiri. Zimi masih berusaha untuk ke arah tu. Zimi belum ada rumah lagi. Zimi pun masih menumpang rumah mak. Rumah mak ni pun, masih dalam loan bank. Zimi nak kena tanggung semua ni. Sebab Zimi anak sulung. Lelaki pula tu. Tapi mimpi tu, buat Zimi tak senang duduk. Zimi tak nak hilang Amna." Panjang dia menerangkan keadaannya.

"Zimi jatuh hati kat Amna dah lama dah. Tapi Amna macam tak minat kat Zimi. Berapa kali hint Zimi bagi kat Amna. Tapi Amna biat tak layan saja. Tapi satu hari tu, Zimi dapat tangkap sesuatu. Amna suka pada Zimi. Amna balas hint Zimi. Zimi happy sangat tapi Zimi jadi takut. Boleh ke Zimi nak tanggung Amna? Sebab tu, Zimi langsung tak ambil apa-apa tindakan. Zimi tak nak beri harapan. Takut tak tercapai. Zimi ingat, Zimi boleh biarkan Amna kahwin dengan orang lain. Tapi, mimpi tu buat Zimi sedar. Zimi tak boleh." Sambungnya.

Rasa nak menangis. Tapi aku tahan.

"Almost 10 tahun kita simpan perasaan kita. Pejam celik. Pejam celik. Tam sedar masa berlalu. Sekarang, Zimi dah stabil sikit. Tak ada rumah. Tak ada harta. Tapi, Zimi yakin, Zimi boleh sara hidup Amna dan anak-anak kita nanti." Sambung Zimi lagi.

Aku senyum.

Pertama kali selama kami berkenalan dan sejak kami bertunang, dia bercakap tentang dirinya. Jujur. Aku terharu.

"Zimi tak janji bintang dan bulan, tapi Zimi janji, selagi ada nyawa, selagi Allah izinkan, Zimi akan bahagiakan Amna. Dunia dan akhirat." Janjinya.

Inilah juga pertama kali dia berjanji untuk bahagiakan aku. Selama ini, dia hanya kata, dia mendoakan kebahagiaan aku.

Yes. I'm melting.

Tapi aku masih jaga hatiku untuk tidak lalai dan tenggelam dengan janjinya. Tak termakan dengan kata manisnya. Hati ini hanya milik suamiku. Cintaku hanya untuknya.

Tunang bukan suami. Jadi, tidak akan aku serahkan apa-apa kepadanya. Tidak sekali-kali.

Itu janjiku. Pada suamiku. Akan aku pelihara cinta dan hati ini. Hanya untuk dia.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now