24

915 33 2
                                    

Maafkan aku. Bagi aku ruang selepas memalukan diri sendiri meluahkan isi hati aku dengan terlalu jujur.

Aku sangat-sangat malu dengan perbuatan sendiri. Biarkan aku betul-betul tenang untuk menghadapi dia.

Ya. Aku tersangatlah malu. Dan akhirnya otak aku sedang ligat menimbang untuk uninstall aplikasi Tinder. Hanya untuk hilangkan rasa malu pada diri sendiri.

Dan supaya aku tak terus menunggu dia.

Entahlah, aku tak faham dengan diri aku. Apa yang aku sedang fikirkan? Apa yang sedang aku buat pada diri sendiri?

Aku rasa macam aku sedang menghancurkan diri sendiri.

Sejak aku berkawan dengan orang-orang di Tinder ni sebenarnya banyak menyedarkan aku. Membuka hati aku untuk keluar dari gua aku. Menerima diri sendiri sama seperti aku terima diri aku sewaktu masa dulu.

Aku juga mula tanya diri aku. Dimana hala tuju hidup aku? Kawan-kawan aku di Tinder, betul-betul bagi aku positive vibes.

Kalau selama ini aku terima tohmahan hanya kerana aku berhenti kerja, duduk dirumah dengan alasan nak jaga mama. Tapi disini, aku terima pujian dan penghormatan. Kata mereka, tak ramai anak yang sanggup berkorban macam yang aku lakukan.

Walaupun lepas tu dorang hilang.

Perkara biasa. Orang install Tinder ni kebanyakannya untuk mencari jodoh. Siapa yang mahu jodoh orang yang tak bekerja. Kebanyakan lelaki mahu perempuan yang bekerja dan bekerjaya. Bukan yang duduk dirumah. Buang masa.

Dalam berjuta yang ada Tinder, rasanya segelintir saja macam aku. Yang tak ada tujuan. Tapi aku jumpa pelbagai jenis manusia. Dan aku belajar macam-macam dari mereka.

Blub!

Kenapa nak uninstall Tinder sebab dia?
Kau boleh jumpa bahagia lain di Tinder.

Setelah berjam aku tanya pendapat kawan baik aku yang seorang ni, baru sekarang dia jawab.

Ada ke bahagia lain? Selain dari rasa malu?

Soalan paling utama, kalau dia tak dapat cari aku di Tinder, dia tahu saja rumah aku. Bila-bila pun dia boleh datang. Jadi, apa point aku nak uninstall Tinder?

Ye dak?

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now