49

834 36 0
                                    

Dia memandu keretanya ke arah Elite Highway. Aku memandu keretaku. Mengikut belakangnya. Berkerut juga dahiku. Setahuku, rumah sewanya di Kampung Melayu Subang.

Ke dia kelentong aku?

Dia memberi isyarat masuk ke persimpangan Gamuda Cove. Aku hanya ikut sehingga sampai di sebuah rumah teres dua tingkat. Dia keluar dari keretanya menuju ke keretaku. Aku turut keluar.

"Kita ada nak jumpa sesiapa ke kat sini?" Tanyaku.

"Rumah I." Jawabnya.

"Kata rumah sewa you dekat Kampung Melayu Subang." Kataku.

"Tu rumah sewa. Ni rumah I beli. Baru siap. Tapi jauh pula nak ulang alik. Dulu kerja kat KLIA. Dekat la. Sekarang dah kat Subang. Jauh pula. Tapi, tak apalah. Takkan nak hiar je rumh ni kosong." Katanya.

"Kalau jauh, tak payah lah. Duit minyak pergi balik. Dah berapa? Penat lagi. Duk je la kat rumah sewa you." Kataku.

Aku tahu, dia tinggal sendiri di rumah sewanya. Jadi, tak ada masalah pun kalau nak pindah situ.

"I dah pulangkan dah." Katanya.

"Kita cari rumah sewa lain. Yang dekat dengan tempat kerja you. Rumah ni, nanti je la you fikir." Balasku.

"Tak payah nak susah-susah. Duduk je rumah ni. Apa yang susah sangat?" Suaranya dah mula menyampah mahu melayanku.

Aku cebik dan angkat bahu.

"Suka hatilah." Kataku dan terus masuk ke dalam kereta semula. Mengambil telefon bimbitku dan mematikan enjin kereta.

Aku masuk ke dalam dulu setelah pintu rumah dibuka. Dia menyerahkan kunci rumah kepadaku sementara dia keluar semula.

Aku membuat penerokaan. Melihat setiap ruang di dalam rumahnya. Ada bilik di bawah. Berhampiran dapur. Dan ada bilik air sendiri di dalam. Sama macam bilik aku. Bezanya, bilik ni ada access ke taman mini. Syok.

Aku naik ke atas. Ada bilik utama yang besar. Siap ada balkoni lagi. Ada ruang wardrobe. Dan semestinya bilik air.

2 bilik yang kecil sedikit. Tapi memanjang. Juga punya bilik air sendiri. Memang besarlah rumah ini. Di ruang atas juga, ada ruang keluarga.

Aku angguk.

Untung Iza. Dapat rumah ni nanti. Aku tumpang dulu la. Sementara jadi isteri dia. Nanti, Iza ambil lah semula.

"Nanti you tolonglah hias. Ikut selera you. I tak kisah sangat. Rumah ni pun fully furnished. So, you nak tambah ke nak ubah ke. Ikut suka you lah." Katanya yang sudah menjinjit beg pakaiannya masuk ke bilik utama.

Aku angguk.

Suka hati aku, ya?

Okey lah.

Aku turun ke bawah. Terus keluar ke keretaku. Mengambil beg bajuku. Dan terus  aku bawa masuk ke bilik di bawah. Senang.

Dapur dan bawah.

Aku buka kipas. Dan terus aku baring ke atas katil yang sudah siap bercadar. Nyaman. Selesa.

Tiba-tiba perut aku lapar. Teringat yang aku belum bersarapan. Mama tak buat sarapan pagi ni. Faiz pula, nak cepat. Dia kerja malam ni. Jadi, dia mahu uruskan aku pindah dengan segera. Rupanya, dia pun sama pindah.

Kahwin koboi. Semua pun koboi. Aci ada je.

Aku bangun dan mahu mengajak Faiz keluar. Jam pun sudah jam 11.30 pagi. Sekali makan tengahari.

Baru je aku berdiri, aku lihat dia sudah terpacak di pintu bilik.

"Punyalah I tunggu you kat atas. You selamba je lepak kat bawah ni." Katanya.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now