35

866 25 2
                                    

"Kami minta maaf. Bukan niat kami nak melambatkan majlis. Kami faham. Benda baik, elok dicepatkan." Kata Pakcik Harun. Bapa saudara Zimi.

"Tak apalah. Lagipun, benda tak dijangka. Mungkin belum tiba jodoh budak berdua ni. Insya Allah, bila jodoh dorang datang, bersatu juga." Balas mama.

Entah kenapa aku lega.

"Tentang persediaan semua, keluarga kami akan tanggung semua kerugian." Kata Pakcik Harun.

"Eh. Tak payah. Tak ada apa pun yang nak ditanggung. Kita dah setuju majlis nikah saja. Jadi, kami jemput saudara terdekat saja. Masak pun, gotong royong. Secara jujurnya, kami tak buat apa-apa lagi. Baru jemput mulut. Kad pun tak buat." Tolak mama.

Hakikatnya, banyak kerja nak dibuat untuk tangguhkan majlis ini. Maklum saja, majlis tinggal tak sampai 2 minggu. Tiba-tiba, mak Zimi jatuh pengsan dan tak sedarkan diri.

Zimi dah maklumkan perkara ini kepadaku. Keluargaku juga sudah tahu tentang ini. Zimi sendiri datang memberitahu. Kedatangan Pakcik Harun hanyalah sebagai adat dan adab kita sebagai orang Melayu.

Make it official, orang putih kata.

Tarikh baru, kami tak tahu. Menurut Zimi, hingga maknya sedar dan pulih. Doktor kata, serangan darah tinggi maknya telah terkena saraf otak. Kerana itu, maknya koma.

Walaupun aku risaukan keadaan bakal ibu mertuaku, tapi dalam masa yang sama, aku lega. Entahlah. Aku lega sangat.

Mungkin aku belum bersedia untuk menikah?

Jangan fikir semuanya sebab Faiz. Tak ada sekelumit pun dia sebagai punca untuk aku merasa lega. Ini bukan penafian tapi hakikat.

Faiz hanya kawan.

Tapi kau suka dia.

Suka bukan cinta.

Macam mana kau tau, kau hanya suka dia?

Hati aku, aku tahulah.

Kau tak harap dia gantikan tempat Zimi?

Langsung tak.

Kau pasti?

Sangat pasti.

Hatiku suka bercakap sesama sendiri. Orang kata, bila hati kita bercakap, ianya adalah perbualan hati dab otak.

Penafian selalunya dari hati. Persoalan semua dari otak. Dan aku percaya, otak akan terima jawapan hati dan pahatkan sebagai memori. Supaya hati dan itak boleh bekerjasama dengan baik.

Harap-harap la...

Suara Dato'Siti Nurhaliza berkumandang di telefon bimbitku sebaik saja Pakcik Harun dan rombingannya balik.

"Amna, pakcik dah balik?" Tanya Zimi selepas aku menjawab soalannya.

"Baru je." Balasku.

"Zimi minta maaf. Zimi...."

"Dia... Shhh... Tak payah minta maaf. Dia tak salah pun. Keadaan yang memaksa." Pujukku.

"Zimi tahu, kalau mak sedar pun, mak akan marah dengan keputusan Zimi. Mak macam tahu saja. Dia pesan kat Zimi lepas kita tunang dulu. Apa-apa pun, kena buat majlis seperti yang kita rancang. Jangan tangguh. Tapi, Zimi buat macam ni, untuk kebaikan Amna. Zimi tak nak Amna terbeban dengan hal ni selepas kita nikah. Zimi nak Amna rasa nikmatnya pernikahan sama macam pasangan yang lain." Terang Zimi untuk kesekian kalinya.

"Dia. Dia dah terangkan hal ni banyak kali dah. Kita faham. Kita terima semuanya. Mungkin ini cara Allah nak siapkan diri kita berdua. Kita dua memang dah kenal lama tapi kita tak pernah bercakap dari hati ke hati. Kita lebih pada seorang kawan. Kita bertunang pun tak lama untuk menyelami hati masing-masing." Balasku.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now