Majlis pertunangan aku dan Zimi, ringkas saja. Tapi tak murah. Tiga kali menjamu tetamu.
Pertama adalah untuk orang masak makan. Orang yang masak pun, makcik pakcik aku. Kaum kerabat aku saja pun. Yang mana tau, dorang datang. Tak ada jemputan pun. Sebab itu yang selalu abah amalkan.
Yang kedua, selepas majlis bertunang. Menjamu keluarga Zimi. Taklah ramai. Tapi kalau naik bas persiaran tu, penuh lah. Tak ada pelamin ke apa ke. Datang hanya bawa cincin dan tepak sireh. Itu saja.
Yang ketiga adalah majlis besar. Majlis doa selamat dan kesyukuran. Sekali tahlil untuk arwah. Memang penat gila. Mujur ada tenaga tambahan.
Faiz siap tukar shif dengan kawan dia. Dia ambil shif malam. Aku tak tahu kalau dia sempat tidur atau tak. Tapi, dari pagi dia kat sini. Mujur malam ni dia tak kerja. Jadi, dialah yang menguruskan semuanya bersama adik dan sepupuku.
Jangan haraplah abang ipar aku nak tolong. Dia tolong bila semua orang dah balik nanti. Baru dia keluar rumah.
"Huwaaa... Penatnya." Rungut Faiz dan terus menyandar dibahu aku.
Terus saja aku tolak dia.
"Adik buat macam tu tadi, you tak marah pun." Rajuknya.
"Adik tu siapa. Adik I. Mahram I. Wali I. You siapa pula. Haram." Balasku. Tak ada masa nak pujuk.
"Hurmmmm..."
Dan aku lihat dia menyandar tegak ke kerusi dengan mata terpejam.
"Pergilah masuk bilik I. Tidur kejap. Penat sangat you tu. Dari pagi tadi tak rest." Kataku.
"Serius?" Terus mata dia membulat.
"Serius la. Dahlah. I nak tengok apa-apa yang boleh tolong kat luar tu." Kataku dan terus bangun.
"Ingatkan you nak teman I tidur." Katanya dan terus baring dikerusi panjang itu.
"Bongok. I'm not that cheap."
"I know."
Sayup saja suara tu. Bila aku memandangnya, matanya sudah pejam. Dan seolah-olah dia sudah betul-betul tidur.
Aku biarkan dan keluar.
"Itu ke tunang kau, Amna?" Tanya Mak Andak.
"Siapa?"
"Yang duduk sebelah kau tadi tu. Manja betul. Rajin pula tu." Puji Mak Andak.
Aku ketawa dan menggeleng.
Tanpa menjawab persoalan itu secara jelas, aku terus berlalu. Tak ada apa pun yang aku boleh buat. Semua tugasan sudah ada yang mengendalikan. Tak mahu masuk campur. Akhirnya, aku duduk dikalangan makcik-makcikku.
Dengar saja mereka membawang. Perkara biasa. Kejap cakap kuat. Bila ada isu yang sensitif sikit, mereka berbisik.
"Ha, Amna. Tunang kau dah makan? Tadi acik suruh makan, dia kata nantilah. Dari pagi tadi, acik tak nampak pun dia makan. Tak taulah." Kata Makcik Yah.
Aku angkat bahu.
"Pergilah ajak dia makan."
"Siapa?"
"Tunang kau."
"Dia mana ada kat sini."
"Yang menolong dari tadi tu, bukan tunang kau ke?
"Mana?"
"Yang tinggi, tegap, gelap tu."
Dan aku terus ketawa.
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...