62

905 39 8
                                    

Maafkan ibu.
Ibu tak terniat pun nak jadi penghalang hubungan abi dan Iza.
Malam tadi, ibu baca kiriman cinta abi pada Iza.
Ibu minta maaf ceroboh personal abi.

Izinkan ibu pergi.
Andai perceraian kita yang terbaik untuk abi, ibu terima. Dengan redha tanpa sedikit pun rasa marah ataupun terluka.
Sebab perpisahan ini, ibu dah jangka dari hari kita dinikahkan.

Maafkan keluarga ibu jika mereka memaksa pernikahan kita. Mereka tak tahu siapa yang bertahkta dihati abi.

Maafkan kami sekeluarga sepanjang kita kenal, kami ada menyusahkan hidup abi.

Selamat tinggal suami.

Air mataku mengalir saat menulis ayat-ayat perpisahan ini. Surat tulisan tangan itu, aku letakkan di dalam wardrobe yang terisi pakaianku. Seandainya dia buka, dia akan jumpa. Jika tidak, surat ini hanya akan kaku disitu sehinggalah dia jumpa.

Berat untuk aku meninggalkannya. Kerana dia suami dan cinta hatiku.

Walaupun aku sedar, cintanya bukan untukku, tapi hatiku begitu degil. Tetap juga mahu mencintainya. Sepenuhnya. Langsung tak mahu dengar tegahanku.

Kerana itu, aku jadi tamak seketika. Mujur Iza kembali. Mujur aku baca tulisannya di Instagram. Dan mujur aku sedar diri. Berundur sebelum aku dihalau.

Asalnya, aku mahu menunggu dia dan Iza disatukan. Kiranya, sehingga dia 'menghalau' aku dari hidupnya. Tapi, aku tak rasa dia mampu mengatakan hasratnya kepadaku. Atas dasar kawan dan kasihan.

Biarlah aku yang mengambil langkah. Pergi dulu. Memudahkan urusannya. Menghalalkan dua sejoli yang sedang bercinta.

Aku tak nak jadi penghalang lagi. Biar dia bahagia. Biar aku pun bahagia dengan mencintainya dari jauh.

Pakaian ku sudah habis aku punggah masuk ke dalam kereta. Tak ada satu pun yang aku tinggalkan. Aku tak nak Iza sedar kehadiran aku dalam hidup Faiz. Cukuplah dia tahu, aku hanya sahabat Faiz.

Kad debit yang Faiz berikan kepadaku, aku letakkan di meja solek. Bersama dengan kad debit yang aku simpankan duitnya.

Tak. Aku tak nak ambil duit tu. Biar aku simpan sedikit maruahku. Biarlah aku pergi sebagai isteri bukan sebagai pelacur.

Anak ini? Aku masih ada simpananku. Tak banyak. Tapi, Insya Allah cukup. Aku akan gunakan skill aku untuk menjana pendapatan. Moga Allah bantu aku.

Zafuan dan Zimi pun dah janji akan tolong aku. Semampu mereka. Tapi, aku tak percayakan mereka sangat. Aku tahu rapatnya mereka berdua dengan Faiz.

Aku tak ada hala tuju. Aku hanya memandu mengikut gerakan hati dan minda. Dan akhirnya, aku tiba dirumah mertuaku.

Lama aku mempertimbangkan keputusan hati dan minda. Hingga mak keluar mengetuk cermin tingkap keretaku.

Mungkin ini yang terbaik.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now