Kenapa lah? Kenapa masa jiwa aku tengah rapuh, kau kacau aku????!!!
Ah!!! Stress lah!!!
"Kau kan pandai. Kau kan paling berdedikasi. Paling memikirkan syarikat. Kau fikirlah sendiri! Kenapa nak panggil aku? Kenapa nak minta tolong dengan aku?" Suara, aku tahan supaya tak menjerit.
"Aku ke panggil kau datang? Kau yang tiba-tiba datang." Selamba saja jawapan dia.
"Sebab mak kau minta aku datang. Aku ni pegang amanah bapak kau untuk pantau syarikat kau ni." Sarkastik dan menekan-nekan perkataan mak dan bapak.
"Aku boleh handle. Kau blah je." Dia langsung tak pandang muka aku. Siap buat tangan suruh aku berambus.
"Fine! Kau selesaikan sendiri." Dan aku terus berpaling dan berjalan ke pintu keluar.
Tak sempat nak keluar, Puan Zuriah sudah terpacul depan pintu. Dengan wajah yang penuh mengharap. Matanya seakan merayu untuk aku tolong anak dia yang bodoh sombong tu.
Aku menghela nafas. Aku melangkah mendekati Zafuan. Fail yang berkenaan aku ambil dan dengan selamba aku duduk didepannya. Meneliti butir projek yang sedang mereka kejar sekarang ni.
"Bodoh. Costing pun salah. Of course la quotation pun salah." Selamba saja mulut aku membodohkan orang. General. Aku tak tahu siapa yang siapkan kertas kerja itu.
Zafuan pandang aku.
"Cara kerja pun tak detail. Harap client faham kerja yang kau nak buat. Banggang." Sekali lagi aku mengomel.
"Jahanam semuanya." Tambah aku lagi.
"Kau pergi keluarlah." Katanya. Benggang dengan lata-kataku.
"Mirza, masuk." Tanpa menghiraukannya, aku menyuruh pembantu peribadinya masuk melalui interkom yang berada disisi Zafuan.
"Yes, Amna."
"Siapa buat proposal ni?"
Mirza tunduk. Matanya sempat memandang Zafuan. Diam. Tak bersuara.
"Kau pergi ambil pen dan kertas. Kalkulator sama. Sekarang!" Arahku.
Aku juga suruh Mirza duduk sebelah aku. Dan aku ajar dia cara untuk mengira costing dan meletakkan harga. Semua tips yang aku belajar dari bapa orang depan aku ni, dan dari pengalaman aku sendiri, aku turunkan pada Mirza dan aku harap orang kat depan tu, dengar sama.
Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan syarikat ni. Kalau boleh, dengan orang kat depan ni.
"Mirza, kau keluar dulu." Lembut saja suara Zafuan mengarah.
Cuba kalau dengan aku, tak pernah nak lembut macam tu. Sakai.
"Kau ada masalah ke dengan aku? Dari first day aku masuk, kau tak pernah suka aku. Bukan. Dari kita kecil, kau benci gila dengan aku. Kenapa ya?" Tanya Zafuan setelah Mirza menutup pintu bilik.
Aku diam.
"Jawablah!" Tengkingnya.
"Kau kalau dengan aku, tak boleh ke nak sopan sikit? Aku ni tua lagi dari kau tau." Marahku.
"Dengan kau, cakap elok-elok, bukan nak dengar. Kau buat bodoh aja. Dah tengking, baru nak buka mulut. Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak berubah." Balasnya. Dia bangun dan berdiri bersandar dimeja. Dekat denganku.
"Engkau pun sama je. Dah lah sombong. Bodoh pula tu. Orang ajar, tak nak dengar. Nak ikut kepala otak kau je. Kalau betul tak pe. Ini semua salah." Balasku pula.
"Apa yang kau ajar aku? Pernah ke kau ajar aku selama ni? Kau ajar pekerja lain. Tapi kau tak pernah ajar aku." Dia tunduk. Tangannya menongkat di tempat letak tangan dikerusiku.
"Kau pun tak pernah nak tanya." Kataku dan memalingkan muka ke arah lain.
"Pekerja tu semua pun tak tanya pun kau. Tapi kau ajar. Kau tegur dengan baik. Bagi tips semua bagai. Dengan aku, kau cari semua salah aku. Kau pointing all my mistake even the smallest one. Kau rasa tercabar ke?" Tanyanya.
Aku diam.
Aku langsung tak pernah rasa tercabar dengan kehadirannya. Aku cuma tak selesa nak berbaik dengannya. Seandainya dia faham, itu cara aku nak mengajarnya. Supaya dia jadi lebih bagus dari aku. Dan dari semua pekerja lain.
Learn from mistake.
Kerana cara itu abah ajar aku. Dan cara tu juga aku belajar tentang kerja dan kehidupan. Macam mana sakitnya jatuh, macam tu juga kuatnya aku untuk bangun dan betulkan kesalahan yang aku dah buat.
Tiba-tiba air mataku mengalir.
Aku rindukan diri aku yang itu. Diri aku yang tak pernah mengalah dengan kehidupan. Tak pernah walau sekalipun menyalahkan sesiapa. Aku terima setiap kesalahan yang aku buat atau orang lain buat sebagai pemangkin untuk aku lebih tahu.
"Kenapa kau menangis?" Dia cuak. Tangannya pun dengan laju menyeka air mata yang jatuh dipipiku.
"Tepilah." Aku tolak tangannya. Kemudian, aku tolak dadanya.
"Jangan panggil aku lagi. Jangan gunakan mak kau untuk buat aku datang sini lagi." Aku memberinya amaran sebelum kaki aku melangkah.
Baru saja aku berpaling, aku rasa ada tangan menarikku. Dan tangan itu melingkar ke pinggangku. Sebelah lagi tangan itu mengusap kepalaku.
"Menangis kalau kau rasa nak menangis. Aku ada ni." Bisiknya ditelingaku.
"Bongok ke apa?" Tanyaku. Masih diposisi yang sama.
Dia diam.
"Kau ingat, kau ada lesen ke nak buat aku macam ni? Ke kau fikir aku perempuan murah. Sesuka hati kau nak buat apa pun?" Sarkastik dalam nada terkawal.
Terus dia melepaskan pelukan itu. Mengangkat tangannya. Dan tersengih.
"Selagi kau tak ada lesen, jangan sekalipun kau letak tangan kat badan aku. Not even my face." Kataku dan terus berlalu.
Bodoh!
YOU ARE READING
Salamku Untuk Kali Terakhir
RandomBerkenalan di aplikasi Tinder. Bertemu tanpa sengaja. Berkawan. Bercerita. Perhubungan tanpa nama. Bukan kawan sebab perasaan itu, lebih dari seorang kawan. Tapi tidak juga bercinta. Sebab si dia sudah punya pilihan hati. Hadirnya Zafuan dan Zimi. Z...