23

953 32 0
                                    

Sedang aku melakukan rutin pagiku, berjemur depan matahari, mesej masuk.

Adoi. Entah kenapa aku bawa telefon pagi ni. Selalu, telefon bukan kawan baikku. Kalau kata tertinggal telefon dekat rumah pun, aku buat tak tau saja. Jangan harap nak patah balik walaupun aku masih depan pagar rumah.

Janji, game aku dalam keadaan selamat.

Tengok nama dia. Adoi. Apa weh? Kenapa dia cari aku lagi? Aku dah tenang dah. Aku harap, dia pergi dari hidup aku.

Bosanlah tu.

Okey. Alasan diterima. Jadi, kalau dia bosan, dia cari aku? Wow. Rendahnya kedudukan aku.

Sedar dirilah weh. Orang macam kau, layak ke nak duduk carta tertinggi dalam hidup seorang lelaki?

Apa weh salah aku? Bukannya aku ni buruk sangat. Sampai aku tak layak untuk menjadi bidadari seorang lelaki.

Kau sendiri yang merendahkan diri kau. Kau tak pernah nak hargai diri sendiri. Kau sendiri yang rasa kau tak layak.

Tapi, tu hakikat. Kan?

Berapa ramai manusia yang tak diberikan kecantikan, dipandang hina? Tak diterima dengn baik dalam masyarakat.

Cantik itu subjektif.

Betul. Tapi, masyarakat kita dah setkan apa itu cantik. Perempuan yang kurus, putih, tinggi lampai, kulit licin, itu cantik. Untuk lelaki, badan berotot, tinggi, itu kacak. Untuk lelaki, warnakulit tak menjadi masalah.

Jadi, cantik ke aku? Dengan kulit hitam manis, dagu dan lemak yang berlapis, tak tinggi mana pun. Pakai pun sememeh je. Tak kisah langsung padanan warna. Pergi Pavilion pun, aku hentam pelikat pants dengan tshirt lusuh. Cantik ke?

Muka tak cantik, asalkan perangai cantik.

Itu lagi satu perkara yang aku tak ada. Mulut aku puaka. Tak peka dengan sekeliling. Tak ringan tulang pun nak menolong. Dan selalu buruk sangka dengan orang. Cantik ke perangai macam tu?

Aku ni terlampau faham dengan diri sendiri. Aku sedar dimana kekurangan aku. Cuma, aku tak pernah nak ambil kisah. Apatah lagi nak membetulkan diri.

Sebab tu, aku tak nak berpacaran. Apatah lagi ada suami. Benda-benda yang aku selesa nak buat, aku kena fikirkan semula untuk buat. Demi menjaga hati dan air muka pasangan.

Itu lah perkara paling aku cuba untuk elakkan. Aku tak suka buat sesuatu untuk menjaga hati orang lain. Bukan aku.

Aku tak suka jaga hati orang sebab hati aku, tak ada orang yang nak jaga. Tapi....

Aku tak boleh nak sakitkan hati orang-orang yang aku sayang.

Aku lebih rela telan apa saja yang mereka lakukan kepadaku. Apa saja yang dorang kata, aku terima saja. Baik ke, buruk ke. Bahagia dan derita, buatlah. Aku terima.

Dan kerana perangai tu lah, aku mengelak dari menambah bilangan manusia yang aku sayang.

Hurmmmm...

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now