4

2.5K 70 6
                                    

I mampu apa?
Dia jadi wife pertama, you second.

Kalaulah dia ni depan mata aku sekarang ni, memang aku tumbuk dia. Tak habis-habis nak aku jadi wife dia yang kedua.

You tak fresh.

Ye la.
I bad boy.

Bukan pasal you tu teruna ke tak.
Tapi hati you.
I nak suami yang hati dia just for me.

Hurm

Aku mengeluh. Aku benci betul reaksi dia macam ni. Tapi aku pun tengah malas nak terangkan kenapa dengan lebih mendalam. Sudahnya, aku biarkan saja.

Awak

Satu mesej dari kenalan tinder yang lain. Zaf. Aku tak tau nama sebenar dia. Tak pernah tanya. Aku tak tau apa-apa pun pasal dia. Sama macam aku tak tahu pasal J. Sebenarnya, aku tak pernah tanya apa-apa pun tentang peribadi kawan-kawan di Tinder kecuali kalau dorang bercerita.

Emoji senyum aku berikan kepadanya. Dan bibirku juga turut memberikan reaksi yabg sama.

Perbualan aku dengan dia memang kosong. Tak ada isi. Tak menarik pun untuk dikongsi. Random. Tapi, aku suka. Ketawa dan ketawa bila aku dengan dia.

Dan dia sangat comel. Pipi gebunya buat aku suka mengintai gambarnya. Dengan muka jambu tapi terserlah kenakalannya. Aku suka dia.

Tapi suka sekadar suka. Tak pernah terniat nak jumpa atau berkenalan dengan lebih mendalam. Tarikannya tak sekuat tarikan 'dia'.

Dia yang aku tak tau nama sebenar. Hanya J nama yang tertera di profile nya.

J atau Zaf, keduanya ada tarikan sendiri. Tapi tidaklah sampai aku nak bagi hati pada mereka. Apatah lagi mendedahkan diriku. Walaupun aku ada terniat mahu memberi nama instagramku kepada J.

Tapi, otak aku masih berfungsi dengan baik.

'No personal information will be share.'

Itu prinsip yang aku pegang dari zaman yahoo messenger dulu. Sampai sekarang. Cerita situ, habis situ. Kawan datang dan pergi. Sesuka hati.

Salamku Untuk Kali Terakhir Where stories live. Discover now