"Alia, makanan hari ni tak sihat langsung. Tak fresh pula tu. Kau tak tengok ke apa yang dorang masak? Kau tak check ke apa yang dorang beli?" Rungut Aznah.
Alia diam. Dah biasa mendengar rungutan itu. Aznah sentiasa mahu mencari salahnya sejak dia mula diberi tanggungjawab untuk menguruskan rumah ini 12 tahun lalu. Jadi, rungutan Aznah itu, sedikit pun tak memberi kesan padanya.
"Papa tengok, kau makan tadi habis. Elok je sekarang ni. Tak ada pun food poisoning ke apa ke." Bela Tan Sri Ilyas.
"Ala... Papa tu, kalau Alia semua betul. Nah ni, semua buruk kat mata papa. Sebab tu, papa tak pernah nak bagi apa-apa kat Nah. Alia, kahwin je dengan Iman, terus dapat semuanya." Balas Aznah.
"Takkan nak bagi kat kau pula, Nah. Melingkuplah papa. Nak harapkan Saleh, lagilah." Perli Intan.
"Diamlah kau. Kau apa tahu. Tidur je. Makan pun salad je. Konon nak kurus. Huh. Tidur banyak. Exercise tak de. Nak kurus apanya?" Bqlas Aznah.
Alia malas nak masuk campur. Dia minta diri untuk balik ke rumahnya. Anak-anaknya semua pun dah melentok. Mengantuk. Iman juga turut sama mengikut Alia.
"Eloklah. Keluarga tengah berkumpul, balik. Menyombong saja. Mentang-mentang ada pangkat besar. Gaji besar. Pewaris Berwaja Holdings. Mana nak bergaul dengan kita ni." Perli Aznah.
"Eh. Biarlah dorang nak balik. Esok nak kerja lagi. Anak-anak dorang nak sekolah. Lainlah korang. Tahu pehabis beras dalam rumah ni je. Tolong apa pun tak." Balas Tan Sri Ilyas.
"Iyalah. Menantu dan anak kesayangan papa. Awak ni, Nah. Jangan usik dorang. Jaga hal awak je." Saleh pula campur tangan. Turut sama memerli papa, Iman dan Alia.
Alia geleng. Iman hanya buat tak tahu. Menarik Alia dan anak-anak mereka keluar dari rumah ini.
"Pak long dengan mak long tu, tak habis-habis kan bonda, bapa." Rungut Dahlia.
"Dahlia, tak baik macam tu. Macam mana pun, mereka ahli keluarga kita. Baik buruk, itulah keluarga kita." Kata Alia menunduk sama paras mata dengan Dahlia. Tanda dia memberi amaran.
"Tau." Balas Dahlia.
Mereka masuk ke dalam rumah. Dahlia ke biliknya. Mikail juga. Alia dan Iman masuk ke bilik anak kecil mereka yang baru berusia 3 tahun, Indah. Anak itu sudah tidur sewaktu mereka ke rumah induk untuk makan malam. Bila melihat Indah masih tidur, mereka keluar dan ke bilik Mikail. Sebaik saja Mikail sudah siap dan baring di atas katil, Alia menepuk-nepuk Mikail hingga tidur. Akhir sekali, barulah ke bilik Dahlia.
"Bonda, mujur kita duduk rumah asing, kan? Kesian dekat Abang Aidil. Dia selalu kata tension. Hari-hari dengar Pak Long dengan Mak Long gaduh. Kadang dengan Tok Pa. Kadang dengan Mak Ngah. Dia nak study pun susah." Adu Dahlia.
"Abang Aidil cakap macam tu ke?" Tanya Iman.
Dahlia angguk.
"Bila balik sekolah, Dahlia ajaklah abang Aidil datang sini. Study. Lepas study baru balik rumah sana." Cadang Alia.
"Dah. Tapi, mak long marah dia. Mak Long tak bagi Abang Aidil datang sini. Dia kata, nanti bonda hasut Abang Aidil jadi jahat macam bonda. Tapi, Dahlia tengok, bonda dan bapa sayang je dengan abang Aidil. Sama macam bonda dan bapa sayang kami bertiga." Cerita Dahlia lagi.
"Yang penting, apa yang Dahlia nampak dan percaya. Orang lain, belum tentu cakap benda yang betul." Balas Iman.
Alia angguk.
"Dah. Tidur. Baca Al Fatihah, 3 qul, ayqt qursi dan doa tidur sekarang. Bapa nak dengar." Arah Iman.
Dahlia mengikut arahan Iman. Selesai saja, Iman mencium dahi Dahlia.
"Terima kasih, bapa." Kata Dahlia dab terus mencium pipi Alia yang berada disebelahnya.
"Terima kasih, bonda." Dan dia terus baring dan menarik selimutnya.
Iman memeriksa suhu bilik aircond bilik Dahlia. Kemudian, dia menunggu Alia dipintu.
Alia mencium dahi Dahlia dan terus menapak mendekati Iman.
Iman menghulurkan tangannya. Alia menyambutnya dan mereka berjalan beriringan ke bilik mereka ditingkat atas.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...