13

3.9K 152 19
                                    

"Dah lama sampai? Maaflah susah-susahkan Azwa hantar Dahlia balik. Iman dengan Alia pergi Melaka tadi. Dah on the way balik pun, sekali Pak Mat call kata tak boleh ambil. Tu yang suruh Dahlia ambil grab saja. Risau tapi lagi risau kalau dia tunggu kami dekat studio tu sendirian. Bila Azwa kata nak tolong hantar, lega rasanya." Kata Alia sambil mengambil Indah yang berada didalam dukungan Azwa.

"Tak apa. Azwa pun risau dia naik grab seorang. Nak bawa dia balik, tak ada kereta. Naik grab sesama. Dah sampai sini, Dahlia suruh masuk dulu. Ni nanti, tak tau macam mana nak balik. Dari tadi cari grab, tak ada." Balas Azwa.

"Tak pe lah. Nanti Alia dengan Iman hantarkan Azwa." Kata Alia.

"Eh. Tak pe. Jangan susahkan diri. Korang pun baru sampai. Penat lagi. Jangan penatkan diri untuk Azwa pula. Tak apa." Tolak Azwa. Namun, dalam hatinya sangat berharap agar Iman yang menghantarnya.

"Tak adalah. Azwa tunggu kejap. Alia nak naik. Iman dah siap mandi kot. Nanti, makan malam kat sini je. Lepas tu, baru kami hantar Azwa balik." Kata Alia dan lantas bangun dan naik ke tingkat atas bersama Indah.

Azwa hanya angguk dan memerhatikan Alia yang sudah melangkah naik ke atas. Sambil itu, dia kembali meneroka setiap ruang rumah ini. Susunan yang mewah. Tona putih menaikkan lagi rasa mewah dan moden seluruh ruang rumah ini.

'Agaknya, macam mana rupa bilik Alia?' Tanya Azwa dalam hati sambil memandang tangga.

Hatinya sangat teringin naik ke atas dan melihat bilik Iman. Dia mahu tahu citarasa Iman. Tak. Dia nak tahu semuanya tentang Iman.

"Cikgu Azwa nak apa-apa lagi ke?" Tanya Kak Lin yang baru keluar dari dapur.

"Call me Miss Azwa." Kata Azwa.

Tersentak sedikit Kak Lin dengan amaran Azwa itu. Namun, dia hanya tersengih.

"Alia suruh I makan disini. Kenapa dari tadi tak ada gaya sesiapa masak pun." Tanya Azwa.

"Mereka tak makan dekat rumah ni. Tapi dekat rumah Tan Sri. Lepas Isyak nanti, baru dorang turun dan pergi rumah tan sri." Jawab Kak Lin.

"What? Lepas Isyak pukul berapa? 9? Then pukul berapa nak makan? Siapa buat schedule macam tu? Gemuk and unhealthy." Balas Azwa.

"Selalu dorang makan lepas Asar. Tapi, kan Alia dan Iman baru balik. So, dorang ganjak ke lepas Isyak. Isyak pun masuk awal sekarang ni. Dalam pukul 8.30 ke 8.45 nanti, dorang turunlah." Jawab Kak Lin lagi.

"Lamanya. Then, I nak buat apa lama-lama ni? Bukan boleh sembang dengan Iman pun. Melekat saja dengan isteri dia." Kata Azwa.

Kak Lin diam. Dia mula mencurigai gadis didepannya. Terasa macam ada agenda untuk meruntuhkan rumahtangga Alia dan Iman.

"Alia dengan Iman memang tak akan turun selagi belum siap solat Isyak." Kata Kak Lin.

"Wait. You panggil dorang dengan nama saja? Where is your respect? Tak ada adab ke? Sepatutnya, you panggil dorang tuan dan puan. They pay for your salary." Ejek Azwa.

"Bonda kata, semua orang sama saja. Tak ada beza taraf dan darjat. Yang membezakan manusia itu, budi pekerti dan adab dan sopan." Balas Mikail yang baru turun dari tangga.

"Mika nak apa-apa ke turun ni? Nanti bonda dan bapa marah Mika tak siap. Dah nak maghrib ni." Tanya Kak Lin.

"Mika haus. Auntie Lin lupa nak topup air Mika." Kata Mikail sambil menunjukkan botol air yang sudah kosong.

"Alamak. Auntie tadi tak sempat kemas bilik Mika. Indah asyik menangis saja tadi. Tu yang auntie lupa." Kata Kak Lin sambil mengambil botol ditangan Mikail.

"Tak apalah auntie Lin. Terima kasih jaga kan Indah. Jaga Mika dan Kak Dahlia." Kata Mikail. Sopan.

"Sama-sama." Balas Kak Lin sambil mencium wajah Mikail.

Azwa memandang dengan jelek. Dia tak suka melihat orang gaji mencium anak majikan.

'Anak aku nanti, jangan nak cium. Aku pecat kau.' Kata hatinya.

"Cikgu tak solat ke?" Tanya Mikail.

Azwa senyum dan terkulat-kulat.

"Mika tak nak panggil cikgu auntie juga ke? Tapi, kalau Mika panggil mama pun sedap juga bunyinya. Mika kan kata cikgu macam bonda Mika." Tanya Azwa menukar topik.

Mikail diam. Kebetulan Kak Lin sudah keluar bersama botol air yang sudah berisi.

"Auntie Lin, tolong tunjukkan cikgu bilik tetamu. Mika nak kena naik sekarang. Nanti bapa marah kalau Mika lambat." Kata Mikail dan terus naik ke atas.

"Yalah." Balas Kak Lin dan terus mempelawa Azwa ke bilik yang dimasukkan Mika.

"Cikgu. Eh. Miss Azwa rehatlah dulu. Kalau nak apa-apa, Kak Lin dekat sebelah saja." Kata Kak Lin sambil membuka pintu bilik tetamu.

"Erm." Dan Azwa terus masuk ke dalam.

Kak Lin menggeleng. Dia kemudian masuk ke biliknya untuk berehat. Walaupun dia duduk serumah dengan majikannya, Alia dan Iman tak akan mengganggunya bila dia sudah habis waktu kerja. Tapi sebab majikannya ada tetamu, maka,dia layankan saja. Dapat gaji overtime.

Usai saja Kak Lin siap melipat telekung selepas solat Isyak, suara Alia bergema didepan pintu biliknya.

"Jom Kak Lin. Pergi makan." Ajak Alia.

"Ha. Kejap. Kak Lin baru lepas solat. Nak pakai tudung kejap." Kata Kak Lin.

"Azwa dekat bilik ni?" Tanya Alia.

Kak Lin angguk. Dia kemudian masuk ke biliknya dan bersiap. Sempat juga dia dengar Alia mengetuk bilik sebelah.

Usai pakai tudung, Kak Lin keluar. Serentak dengan Azwa.

"Jom. Iman dan anak-anak dah pergi. Lapar sangat kot." Kata Alia.

"Eh. Kenapa maid Alia ikut?" Tanya Azwa.

"Makan. Kat rumah ni, jarang masak. Semua makan dekat rumah induk. Masak ke apa ke. Semua kat sana. Kat sini, dapur tu, perhiasan saja." Balas Alia.

"Makan semeja?" Tanya Azwa. Terkejut.

"Kalau ikut Alia, okey saja. Tapi mama Iman tak bagi. So, pekerja makan didapur. Tuan rumah makan dekat ruang makan." Jawab Alia.

Azwa angguk.

"Pak Mat. Dah balik?" Tanya Alia bila terserempak dengan Pak Mat yang sedang berjalan ke dapur rumah induk.

"Maaflah Alia. Pak Mat ni, asyik ada hal saja." Kata Pak Mat.

"Tak apa Pak Mat. Biasalah kita ni. Macam-macam hal yang tak dijangka. Tapi, Pak Mat patut berterima kasih dekat Cikgu Azwa. Dia yang bawa Dahlia balik. Kalau tidak, Alia risau juga nak biar Dahlia balik sendiri." Balas Alia.

"Terima kasih, cikgu." Kata Pak Mat pada Azwa.

"Tak apa, Pak Mat. Sebab Pak Mat, saya berkenalan dengan keluarga ni. Bertuah dapat berkenalan dengan mereka. Orang-orang hebat." Kata Azwa.

"Jom, Pak Mat." Ajak Kak Lin.

Alia dan Azwa juga meneruskan langkah mereka masuk ke rumah induk. Alia memperkenalkan Azwa kepada ahli keluarga yang lain. Yang sememangnya Azwa sudah kenal sewaktu majlis hari jadi Dahlia dulu.

Usai makan, Alia minta diri untuk pulang cepat. Mahu menghantar Azwa pulang.

"Mat dah balik. Kan, Alia? Suruh Mat hantar. Alia dan Iman baru balik dari Melaka. Rest saja." Arah Tan Sri Ilyas.

"Tapi..."

"Mika, panggil Atok Mat. Bapa pun penat ni. Tak larat nak drive habtar cikgu." Arah Iman.

"Tak apalah kalau Iman penat. Alia drive. Iman duk sebelah saja." Bantah Alia.

"Alia..."

"Okey. Okey." Alia mengalah bila Iman memanggil namanya meleret.

Azwa sedikit kecewa bila Iman sendiri menolak untuk menghantarnya. Namun, dia positifkan diri.

'Esok masih ada.'

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now