TR60

7K 244 25
                                    

"Bapa?"

Iman memandang belakang. Dilihat Mikail sedang memandangnya dengan kerutan didahi.

"Mika."

Lama Iman diam. Matanya hanya memandang anaknya. Tak berkelip. Seperti sedang berbicara dari hati ke hati.

"Bapa datang nak ambil Mika dengan kakak dan Indah." Kata Iman.

"Bonda?"

Iman diam.

"Bapa!!!" Dahlia dan Indah berkejaran mendapatkan Iman. Mereka memeluk Iman dengan gembira. Melepaskan rindu.

Iman tunduk mencium ubun anak-anak daranya. Kemudian dia mengangkat Indah dan didukungnya.

"Jom."

Dahlia memegang tangan Iman. Dan mengikut langkah Iman. Tapi Mikail kaku. Sikit pun tak bergerak.

"Mika..." Iman berhenti sebentar bila dirasakannya Mikail tidak mengikutnya.

"Tak. Mika nak stay dekat sini. Mika nak jaga bonda. Itu tanggungjawab Mika sebagai anak lelaki. Protect bonda." Kata Mika dan terus masuk ke dalam rumah uwan pa nya. Rumah keluarga Alia.

Dahlia melepaskan pegangan tangannya dan turut sama mengikut Mikail.

"Dahlia?"

"Bonda adalah orang yang kakak sangat sayang. Melebihi semuanya dekat dunia ni. Kalau bonda tak ikut, kakak tak nak ikut. Kakak nak ada dengan bonda." Dahlia turut sama melangkah masuk ke dalam rumah.

Indah menangis dan meronta untuk turun. Sebaik Iman meletakkannya ke bawah, dia terus berlari mengikut Dahlia.

Dahlia berhenti seketika menunggu Indah dan beriringan masuk ke dalam rumah.

Iman terkaku ditempatnya berdiri. Sambil memandang anak-anaknya yang sudah hilang dari pandangan mata.

Air matanya mengalir.

Dan dia membuka matanya. Meraba pipinya yang sudah basah dengan air mata.

Dia membaca doa mimpi buruk.

Sememangnya itu adalah mimpi paling buruk yang pernah hadir.

Dahlia dan Indah yang lebih rapat dengannya berbanding Alia pun, turut menyebelahi Alia. Apatah lagi Mikail yang semua tahu. Anak kesayangan Alia.

Tapi, kenapa mimpi itu hadir?

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now