14

3.7K 147 6
                                    

Azwa melihat tarikh pertandingan menari yang sesuai untuk Dahlia. Dia mahu memastikan tarikh yang dipilih adalah yang paling dekat. Dia teramat rindukan Iman. Dan dia pasti, Iman pasti akan hadir sewaktu Dahlia bertanding.

Setelah mendapat tarikh yang sesuai, dia menelefon Alia. Sementa dia tak ada nombor telefon Iman. Jika tidak, pasti setiap malam dia akan menghubungi Iman.

"Rasanya macam baru je Dahlia belajar menari. Takkan dah layak masuk pertandingan." Alia menyoal.

"Dahlia tu budak bijak. Cepat tangkap apa yang Azwa ajar. Dan dia dah bersedia untuk ke pertandingan. Lagipun, ini cara dia untuk biasa dengan dunia tarian ni. Cari pengalaman." Jawab Azwa.

"Erm... Nanti Alia tanya Iman. Lepas tu, Alia contact Azwa balik. Ya?" Balas Alia.

"Yalah." Balas Azwa.

Dia mematikan talian telefon.

"Gila kampung. Semua nak kena tanya laki. Macam tak boleh nak buat keputusan sendiri. It's not harmful for your own child." Kata Azwa sendiri.

"Weh. Gila ke cakap sensorang?" Tanya kawan Azwa, Rini.

"Benggang ni. Semua nak tanya Iman. Semua nak refer kat husband. Konon-kono isteri solehah la? Menyampah betul. Tak pasal-pasal kena tangguh semua benda. Kalau bagi jawapan sekarang, kan senang. Boleh proceed." Kata Azwa.

"Kau benggang sebab tanggung ke atau sebab kau tak boleh nak berangan? Tak payah auta, Wa. Aku nampak cara kau tu. Lepas kau jumpa Iman first time dulu, kau layan Dahlia lepas tu, macam anak kau." Sangkal Rini.

Azwa cuma membangkang tapi Rini lebih cepat menyampuk.

"Jangan ingat aku tak nampak semua perubahan kau. Jangan bermain dengan api. Nanti kau sendiri yang susah."

"Kalau ya pun, apa salahnya? Iman mampu kot. Siapa yang tak tergoda dengan Iman tu? Dahlah muda. Handsome. Poket penuh. Hidup terjamin kalau kahwin dengan dia." Balas Azwa.

"Kau ingat, semua lelaki akan terpikat dengan kecantikan kau ke? Ke kau rasa, semua lelaki akan tunduk dengan kau?" Bidas Rini.

"Kenapa tak? Aku tahu, Iman suka kat aku. Yakin sangat. Cuma dia belum berani je nak mengaku. Aku ni, tengah nak cari peluang nak rapat dengan dia." Kata Azwa.

"Kau tak kesian ke kat isteri dan anak-anak dia? Kau fikir tak semua tu?" Tanya Rini. Suaranya sedikit tinggi.

"Alia tu baik. Dia mesti akan terima aku jadi madu dia. Dia tu, agama kuat. Mestilah dia terima konsep poligami ni. Aku yakin, dia okey. Lagipun, aku bukan nak ambil Iman terus. Nak share je." Jawab Azwa.

"Wa, fikir dalam-dalam. Letak diri kau kat tempat Alia. Dahlia tu, bukan kecil lagi. Kalau rumahtangga mak bapa dia berkucar kacir, tak ke dia akan salahkan kau?" Nasihat Rini. Dikendurkannya suaranya. Dengan harapan Azwa akan termakan nasihatnya.

"Ala... Nanti dia dah besar, dia tahulah. Dia akan faham. Cinta datang tanpa dipaksa." Balas Azwa.

"Memang cinta datang tanpa dipaksa. Tak memilih orang mahupun tempat. Tapi, kota ni dikurniakan akal. Fikirlah. Cinta kalau tak dipupuk, tak dibaja, tak akan jadi. Cinta tu, boleh mati." Kata Rini. Sudah malas mahu membalas kata dengan Azwa lagi.

Dia tahu, Azwa tak akan faham apa yang dia cuba sampaikan. Anak manja. Dah biasa. Apa nak, mesti dapat. Kalau tak boleh dapat pun, akan dibuat sampai dapat.

Itulah Azwa.

Jadi, dia tak akan pelik kalau suatu hari nanti, dia dan Iman bercinta. Sebab dia tahu Azwa. Cuma dia harap, Iman orang yang beriman dan menjaga imannya. Jangan terjatuh ditangan Azwa. Moga Iman matang dalam membuat keputusan untuk dirinya dan keluarganya.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now