TR51

5.8K 203 1
                                    

Aza memandang Azwa yang berada didepan matanya. Dari dia sampai 5 minit tadi, mata Aza tak lekang dari memandang Azwa.

"You nak apa? Dari tadi pandang I je." Sergah Azwa.

"You ni, memang kurang adab erk?" Tanya Aza.

"Apa?" Berkerut dahi Azwa.

"Dahlah sampai lambat. Minta maaf pun tak. Salam I pun tak. I ni, tua lagi dari you. Tau? Hormat sikit. Tak boleh ke?" Balas Aza.

Azwa diam. Melilaukan matanya.

"Straight to the point je la. You nak apa jumpa I?" Tanya Azwa. Malas mahu melayan Aza yang tak pernah sebulu dengannya.

Aza mengeluh.

"Dasar keras kepala. Mak pak ajaq suh respect orang. Tak mau dengaq. Degil. Ikut perangai sapa tak tau." Bebel Aza dengan suara yang halus. Hanya untuk dirinya.

"Apa?"

"Dahlah. Menyampah tengok you lama-lama. Meluat." Dan Aza terus bangun dan meninggalkan Azwa.

Azwa tercenggang. Dia turut bangun akhirnya bila dilihat Aza keluar dari cafe itu. Dia mengejar langkah Aza.

"You suruh I datang jauh-jauh ni, just nak kata tu je ke?" Tanya Azwa yang sudah berjalan beriringan dengan Aza.

Aza buat tak tahu. Dia terus berjalan sehingga tiba disebuah rumah teres berhampiran dengan cafe tadi.

"Masuk." Arah Aza.

Azwa bertambah keliru. Otaknya tak dapat fikir apa-apa. Namun, dia hanya menurut. Bila saja masuk ke dalam rumah tersebut, Azwa bertambah keliru.

"Ini rumah ke pejabat?" Tanya Azwa.

"Bisinglah. Jom." Jawab Aza dan terus masuk ke dalam biliknya yang bertanda 'CEO - Norrazah Hilmi'.

Terpegun sebentar Azwa membaca papan tanda nama tersebut.

"Waktu kerja kat sini, Isnin-Jumaat. 9pagi ke 5petang. Tapi Jumaat, pukul 3 petang sampai 9 malam." Kata Aza.

"Tak tanya pun." Balas Azwa.

"I bagitau. Sebab tu, sekarang ni tak ada orang. Semua belum sampai lagi. Sekarang baru pukul 1. Tapi selalu pukul 2.30 dah ada yang sampai." Kata Aza sambil membuka penghawa dingin dibiliknya.

Dia kemudian duduk dikerusinya dan mempersilakan Azwa duduk dihadapannya. Dia menyerahkan sekeping kertas yang tertera. Surat perlantikan jawatan.

Azwa terlopong seketika membaca isi kandungan surat itu.

"I tak apply pun kerja kat sini. Tak interview ke apa ke. Tiba-tiba I dapat surat perlantikan. Gaji pun, not bad. Macam gaji dekat syarikat besar. Tapi tengok gaya, ini macam company kecil. Office pun buat kat rumah. Nama company pun tak familiar." Balas Azwa.

Kecil saja Aza memandang Azwa tika ini. Kalau ikutkan rasa hatinya, mahu saja dia penyek-penyekkan Azwa sekarang ni. Tapi dia tetap bersabar.

"You je yang tak tahu. Company ni dah beroperasi lebih 15 tahun. You nampak garden kat depan tu? Tu bukan saja buat hiasan. Itu promotion. Kenapa rumah? Because here is our base territory. For you to attract people, you need to be unique. Right? And we are doing it." Kata Aza selepas bertenang dengan kelancangan mulut Azwa.

"Company bapa you erk?" Tanya Azwa.

"Company Alia." Jawab Aza.

"I tak nak. This must be one if her trick." Tolak Azwa.

"Seriously? You confirm tolak offer ni?" Tanya Aza.

Azwa angguk.

"Alhamdulillah." Terus saja Aza ambil surat didepan Azwa dan dikoyakkan serta merta.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now