17

4K 168 5
                                    

Seperti biasa sebelum tidur, Alia akan sapu lotion dikaki Iman sambil mengurutnya. Cuma bezanya, Alia tak banyak bercakap. Fikirannya seperti melayang jauh. Tidak focus.

Iman risau. Alia semalam tak begini. Sebelum dia keluar rumah pun, Alia tenang saja. Macam selalu. Tapi, sejak dia balik dari pejabat, Alia...

Entah. Dia sendiri tak tahu mahu menilai sebagai apa. Alia jadi diam. Senyum pun macam dipaksa. Bercakap hanya perlu.

Ada juga ditanyakan kepada anak-anaknya, tapi semua pun tak tahu. Semua pun, pelik. Malahan, Mikail menuduhnya membuat Alia jadi begitu. Walhal, dia sendiri tak tahu. Benarkah salahnya?

Alia menghantar bekas lotion ke meja solek. Dia kemudian duduk disisi katil belahnya. Meneguk air dan nenelan ubat. Ubat apa, Iman tak pasti.

"Alia tak sihat ke? Makan ubat apa?" Tanya Iman.

Alia geleng dan terus baring. Membelakangkan Iman.

Iman mengerutkan dahinya. Ini bukan cara Alia tidur. Dia cuba dekat tapi Alia dengan pantas berkata,

"Give me some space."

Terus Iman baring dan menghadap belakang Alia. Timbul rasa menyesal membeli katil sebesar ini. Bila Alia jadi begini, rasa jauh sangat dengan Alia. Rasa susahnya nak tidur tanpa menghidu haruman tubuh Alia.

Tapi, dia juga tak mahu memaksa. Pasti ada sesuatu yang sedang bergolak dalam fikiran Alia. Seandainya Alia ingin berkongsi, pastinya dia akan cerita dari tadi. Ini pasti ada sesuatu yang berat yang tak mampu Alia mahu ceritakan kepadanya.

Jadi, apa yang mampu dia lakukan? Memaksa bukan sifatnya. Menunggu pun, bukan dia.

Iman mengeluh. Mendengar dengkuran halus Alia, dia mula mendekati Alia. Bila dia pasti Alia sudah tidur, dia tarik Alia ke dalam pelukannya.

Dalam keadaan tak sedarkan diri, Alia membalas pelukannya seperti biasa.

Iman senyum dan mula memejamkan matanya. Baru saja matanya mahu lelap, dia terdengar tangisan dan esakan Alia. Dia membuka matanya.

"Alia, kenapa ni?' Tanya Iman. Risau.

Alia memukul-mukul dada Iman.

Iman hanya membiarkan. Menahan rasa sakit ditampar oleh Alia. Bukan kuat pun.

"Told you. I need space." Kata Alia.

"Iman tak boleh tidur bila Alia jauh." Balas Iman.

Alia bangun dari katil. Dia bergerak ke arah pintu. Iman segera bangun.

"Alia nak pergi mana?" Tanya Iman menahan Alia dari keluar dari bilik mereka.

Alia menjeling Iman sambil cuba untuk membuka pintu. Tapi Iman lebih tahu apa yang Alia sedang cuba untuk lakukan. Dia terlebih dulu memegang tombol pintu. Bersandar dipintu.

"Alia...."

Alia berjalan kembali ke katil mereka.

Iman menggeleng sambil mengikut langkah Alia. Dia duduk disebelah Alia. Tangan Alia dicapai dan diusapnya.

"Cuba cerita dengan Iman. Apa yang Imab buat sampai Alia marah sangat ni?" Tanya Iman. Lembut.

Alia hanya memandang tangannya yang berada didalam genggaman Iman. Sedikit pun dia tak terusik dengan usapan lembut Iman.

Makin dia fikirkan apa yang Tan Sri Ilyas katakan, makin dia yakin apa yang cuba Tan Sri Ilyas sampaikan.

Iman juga ada perasaan yang sama seperti Azwa.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now