TR44

4.6K 174 1
                                    

"I told you. Alia akan bawa anak you tu lari one day." Provok Puan Sri Kalsom.

Tan Sri Ilyas hanya diam. Dia sebenarnya sudah tahu rancangan Alia. Dan rancangan tu sudah dirancang sejak berbulan-bulan yang lalu. Sebelum Iman dan Alia pergi berbulan madu lagi.

Alia kata, dia dah penat. Tak mampu nak tunjuk muka manis padahal dalam hatinya terguris. Tak mampu nak jadi kuat depan anak-anak.

Dan paling utama, Alia nak Aznah, Saleh dan Puan Sri Kalsom tahu. Hidup ini bukan hanya duit dan harta. Kasih sayang itu yang paling utama. Dan Alia juga mahu mengajar Intan tentang tanggungjawab. Bukan semua benda tersedia. Siap didepan mata.

Alia juga sudah melengkapkan rumah yang didudukinya kini dengan semua kelengkapan. Tan Sri Ilyas turut membantu dalam urusan Alia menyiapkan rumah itu.

Cuma tak sangka waktu yang ditunggu itu datang tiba-tiba. Tak dirancang dan tak dijangka.

Berat sebenarnya mahu melepaskan Alia dan Iman. Tapi, dia kena kuat agar rancangan ini berjaya. Dia juga mahu melihat rumah ini dilimpahi dengan kasih sayang. Saling hormat menghormati. Dan saling bekerjasama. Dia mahu semua anak-anaknya bersatu bersama menguruskan legasi yang bakal ditinggalkannya.

Jadi dia perlu bersabar. Dia perlu terima rancangan Alia. Doanya, semuanya berjalan seperti yang dirancang.

"Tu sebab I suruh Iman kahwin dengan Azwa. Azwa tak akan bawa Iman keluar. Jauh dari kita. Sebab Azwa sayang kita. Bukan macam Alia. Nak bolot Iman seorang. Menantu tak guna." Sambung Puan Sri Kalsom.

"Apa yang you mengarut ni?" Panas telinga Tan Sri Ilyas bila Alia dihina.

"I mengarut? You. You tak sedar lagi ke? Alia tu, nak pisahkan kita dari anak-anak kita. You dah lupa impian you? Nak anak-anak kita duduk serumah? Nak anak-anak kita sama-sama jaga company you? Dah lupa ke? Then, apa jadi? Mula-mula, dia buat Iman dan Saleh bergaduh. Sampai Iman halau Saleh dari syarikat. Sekarang? Dia bawa Iman keluar dari rumah. Dahlah rumah dorang memang dah asing dari kita. Sekarang pindah entah ke mana. Kita pun tak tahu." Balas Puan Sri Kalsom.

Tan Sri Ilyas geleng. Tak tahu nak balas apa. Dia tak pernah lihat Alia jadi punca semua ini. Apa yang terjadi antara Iman dan Saleh hanyalah atas rasa tanggungjawab Iman mempertahankan syarikat. Agar syarikat terus maju dan berkembang. Supaya pekerja-pekerja terus ada pekerjaan untuk memberi kesenangan kepada keluarga mereka.

Itu yang Alia terapkan kepada Iman. Salah ke?

Sebagai peniaga, bukan hanya fikirkan keuntungan tapi juga kebajikan. Kebajikan pekerja adalah keutamaan syarikat. Kerana tanpa pekerja, syarikat tak mampu melangkah lebih jauh. Dan pekerja yang bermasalah perlu diberi masa untuk perbaiki. Jika tidak, buang adalah langkah terakhir.

Dan perkara itu juga yang dilakukan Iman. Dia memberi Saleh tempoh untuk berubah. Tapi, Saleh yang tak mahu berubah.

Dan dalam perniagaan, selagi dia dibayar gaji, bermakna dia adalah pekerja. Walau apa pun jawatan mereka. Jadi, Saleh adalah pekerja dan patut diberi layanan sebagai pekerja. Jadi, tak salah tindakan Iman.

Jadi, dimana salah Alia?

"Ni. Iman dah jauh dari kita. Mesti lagi kuat Alia tu menghasut Iman supaya tinggalkan kita." Kata Puan Sri Kalsom setelah lama mendiamkan diri.

Tujuannya hanya satu. Menimbulkan keraguan dan rasa benci suaminya kepada Alia.

Sejujurnya, dia lega bila dikhabarkan Alia pindah keluar dari rumah. Dia memang menantikan saat Alia dan suaminya berjauhan. Sebulan Alia tak ada, dia nampak suaminya mula memberikan perhatian kepadanya. Mula dengar apa yang dia mahukan. Apa yang dia minta.

Tapi, bila Alia pulang, suaminya terus mengikut telunjuk Alia. Semuanya Alia. Apa-apa yang dia minta, semua kena mendapat kebenaran Alia.

Dia makin membenci Alia. Dia nak suaminya nampak kewujudannya. Dia mahu suaminya memberi kepercayaan kepadanya menguruskan rumah mereka. Dan sepatutnya, dia yang uruskan rumah ini. Bukan Alia. Dia ibu dirumah ini. Bukan Alia.

Dan paling utama, dia mahu suaminya tahu yang dia lebih layak untuk semua kemewahan dan kekayaan yang ada. Bukan Alia. Kerana dia adalah isteri. Isteri yang paling layak untuk merasai semua ini. Bukan menantu yang tak sedar diri tu.

"Apa-apa lah you." Tan Sri Ilyas malas mahu melayan isterinya. Dia baring dan menarik selimut.

Sempat didoanya didalam hati supaya tetap bersabar dan bertahan. Teringat pesan Alia.

"Yang penting, papa percayakan Alia. Jangan pernah sekali pun meragui Alia."

Dia akan ingat dan pahat pesanan itu didalam hati. Dia tahu hati budi Alia. Dia tahu betapa sayangnya Alia kepada keluarganya. Dia yakin, Alia hanya mahu yang terbaik untuk semua.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now