TR54

5K 182 8
                                    

"Tak pasal-pasal anak kita dicop gila. Ini kalau kawan-kawan I dapat tau, malunya I." Marah Puan Sri Kalsom.

Tan Sri Ilyas hanya geleng. Dah faham sangat dengan perangai isterinya itu. Kerana itu, dia tak pernah sahut cabaran Alia untuk berbaik dengan isterinya.

"I tak kira, Intan kena keluar dari tempat tu. At all costs. She is our only daughter. Takkan you nak biar dia kat situ? Kalau orang nampak, tak ke malu kita nanti?" Sambung Puan Sri Kalsom.

"Ma, chill sikit. Boleh, kan?" Balas Saleh.

"Bukan anak Leh dalam tu." Sergah Puan Sri Kalsom.

"Adik Leh. Lagipun, Intan bukan kat hospital gila pun. Bukan gak kat tempat rehab. Orang akan puji mama sebab anak mama jadi sukarelawan dekat rumah orang tua-tua." Balas Saleh.

"Leh ni sekarang asyik nak melawan mama je. Kenapa? Leh pun dah kena angin kus-kus papa ke? Ke dah jatuh hati kat Alia? Ha?" Tanya Puan Sri Kalsom. Marah.

"You jatuh cinta kat Alia? So, betullah selama ni apa yang I syak? You suka Alia?" Tanya Aznah pula.

"Merepek apa ke?" Sangkal Saleh.

Hakikatnya dia memang sudah jatuh cinta. Untuk kali yang kedua. Papanya sendiri tahu. Malah, Alia dan Iman juga tahu. Aidil juga. Dan mereka semua merestuinya.

Cuma, dia saja yang tak bagitahu kepada tuan punya badan. Masih tak punya kekuatan untuk meluahkannya.

Biarlah halnya dengan Aznah selesai dulu. Kemudian, barulah dia akan fikirkan semula perasaannya kepada wanita yang telah berjaya menjerat hatinya.

"You jangan nak macam-macam. Kalau I dapat tahu you main kayu tiga dengan I, I minta cerai." Ugut Aznah.

Saleh mencebik.

Dia sudah muak dengan ugutan demi ugutan dari Aznah. Dia rasa, tidak boleh lagi mahu bersua muka dengan Aznah. Sikap Aznah yang tak pernah berubah. Sudah pelbagai teguran dengan pelbagai cara yang dia lakukan untuk ubah Aznah. Tapi Aznah tetap tak mahu menerima tegurannya. Tak mahu juga berubah.

Tapi, bukan itu yang buat hatinya berubah. Mungkin penyebab tapi hati Saleh tak boleh menipu lagi. Sememangnya sedari dulu, wanita itu yang selalu berjaya menarik perhatiaannya. Cuma, dia pilih Aznah kerana dia rasakan Aznah lebih menarik.

Peliknya hati. Walau sudah berjauhan lebih dari 15 tahun, hatinya masih lagi tertarik kepada wanita itu. Tapi hatinya tetap seperti dulu. Masih memilih untuk mendahulukan Aznah.

"You dengar tak ni?" Tanya Aznah sambil menampar kuat lengan Saleh.

Saleh buat tak tahu dan terus bangun.

"Ini kata dari Leh. Jangan kacau Intan dekat sana. Kalau Intan bagitahu Leh yang ada orang kacau dia, Leh akan masukkan Intan ke dalam hospital sakit jiwa. Biar dia terima rawatan disana. Dan biar semua kawan-kawan mama tahu. Jangan cabar Leh." Kata Saleh dan terus meninggalkan ruang tamu.

"Kalau Saleh tak buat, I yang akan buat. I warning both of you. Jangan kacau. Jangan dekat pun dengan Intan. Don't even contact her. Biarkan dia buat apa yang dia suka." Putus Tan Sri Ilyas.

Dia turut bangun dan meninggalkan Puan Sri Kalsom dan Aznah.

"Mama tak kira. I want Intan keluar dari tempat tu. Anak mama bukan semurah tu taraf dia. Dia bukan orang gaji nak jaga orang-orang tua. Dia anak mama. Ada standard. Ada class yang tersendiri." Kata Puan Sri Kalsom.

"Tapi ma... Papa tu..."

"Let me handle him. Sekarang ni, kita kena plan, macam mana nak bawa Intan keluar dari situ. You tahu kat mana dorang sorokkan Intan?" Tanya Puan Sri Kalsom.

Aznah geleng.

"Stupid lah you ni. Benda simple macam tu pun, you tak boleh nak handle. Apa guna you jaga rumah ni kalau kat mana Intan pun,you tak tau." Marah Puan Sri Kalsom.

"You ingat I tak ada kerja lain ke? Nak hadap muka semua orang setiap masa?" Balas Aznah pula.

Puan Sri Kalsom menjeling Aznah yang sama naik suara dengannya. Dasar menantu hantu. Tak reti menghormatinya.

"Esok, you follow papa you. Ikut saja dia ke mana pun dia pergi. Dari jauh." Arah Puan Sri Kalsom.

"Mama ingat, Nah ni tak kerja ke? Suruh lah spy mama." Bangkang Aznah.

"Suruh buat kerja sikit pun tak boleh. Tahu nak pehabis duit laki aku je." Kata Puan Sri Kalsom dan terus bangun menuju ke bilik kerjanya. Dia perlu aturkan sesuatu dengan orang upahannya.

Yang pasti, selepas dia dapat Intan, dia akan sorokkan Intan. Supaya suaminya tidak mengamuk. Dan supaya Intan tak dihantar semula ke sana.

Tapi dimana?

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now