"Alia happy tengok Intan sekarang." Kata Alia. Dia memeluk Iman yang sedang memandang ke laman rumah. Melihat anak-anak yang sedang bermain riang.
"Iman risaukan Intan." Kata Iman.
"Kenapa?"
"Iman rasa, dia cuma pura-pura happy. Supaya kita semua nampak dia happy. Supaya kita tak susah hati dengaj keadaan dia." Jawab Iman.
Alia mengerut dahinya.
"Intan tu sebenarnya sayang sangat dekat kita semua. Intan tak macam abang Saleh. Abang Saleh, ikut saja apa pun yang Kak Nah nak. Intan, dia halang Hafiz dari gunakan dia untuk kepentingan sendiri. Sebab tu, dia buat-buat jadi pemboros. Pinjam duit mama, Alia. Selalu minta duit dari papa. Supaya papa sekat semua perbelanjaan dia suami isteri. Supaya papa marah dan tak nal tolong Hafiz." Sambung Iman.
"Mana Iman tahu semua ni?" Tanya Alia.
"Intan cerita. Alia ingat masa Intan depress dulu? Kan Iman selalu duduk dengan dia. Temankan dia. Sikit-sikit, Intan buka cerita. Iman pun ada jumpa Hafiz. Walaupun Hafiz tak cakap, tapi hati Iman kata, Hafiz ceraikan Intan sebab dia dah tak boleh nak dapatkan apa-apa dari Intan. Dan Iman ada siasat. Perempuan yang dia nak nikah tu, anak seorang ahli perniagaan juga. Anak Tan Sri Ayob. Junita. Alia kenalkan?" Jawab Iman.
Alia angguk.
"Tan Sri Ayob yang sanggup buat apa saja asalkan anak dia gembira. Junita anak tunggal dia. Janda. Khabar angin kata, bekas suami dia dah jatuh muflis. Tinggal di setinggan dengan keluarga dia. Lagipun, bekas suami Junita tu kaya sebab Tan Sri Ayob yang bagi modal semua." Kata Alia.
Iman angguk.
"Iman takut yang sebenarnya hati Intan masih parah. Iman nak suggest dia pergi pakar psikologi. Tapi, Iman takut orang akan kata dia gila. Lagipun, mama mesti tak setuju." Luah Iman tentang kebimbangannya.
"Kita guna cara lain. Alia ada kawan. Dia dulu pakar psikologi tapi dia ubah cara rawatan. Bukan hospital tapi dia buka macam tempat untuk belajar agama. Nanti Alia cuba tanya dia. Kalau dia boleh diagnos Intan. Kalau betul jiwa dia masih belum aman." Cadang Alia.
Iman angguk.
"Iman nak cuba semua cara untuk lihat kakak Iman tu kembali ceria. Apa saja, Alia." Mata Iman sudah berkaca.
Alia peluk Iman. Erat.
Dia tahu hati Iman. Hati Iman lembut. Apa saja berkenaan keluarga, dia akan jadi sangat sensitif. Dia sangat prihatin. Dan sangat melindungi.
Alia janji pada dirinya. Dia akan bantu Iman sedaya upayanya. Supaya Iman terus gembira dan bahagia. Kerana itulah kebahagiaannya.

YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RastgeleAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...