Tan Sri Ilyas memandang menantunya yang sedang membaca berita untuknya. Raut wajah itu dipandang dengan penuh rasa sayang. Sayang seorang ayah kepada anaknya.
Kenapalah tak ada seorang pun anaknya seperti Alia? Alia dididik oleh seorang bapa. Tanpa ibu. Tapi, dia dan kakaknya sangat pandai dan bijak dalam semua tindakan. Sudahlah memiliki paras yang cantik, budi bahasa pun cantik.
Kenapa anak-anaknya tidak menjadi seperti anak-anak besannya? Walhal, dia ada isteri untuk menguruskan anak-anak. Sepenuh masa. Isterinya tidak bekerja. Menjaga anak mereka sepenuh masa. Tapi, sayangnya, kedua anaknya mengikut perangai isterinya. Boros dan hanya tahu berhibur. Langsung tak menghargai penat lelahnya membangunkan syarikat.
Salahnya juga. Langsung tak ambil peduli hal anak-anak. Hanya ikut kehendak mereka. Mujur, Iman mengikut perangainya. Tapi, Iman hanyalah anak bongsu yang patuh kepada orang tua. Sehingga Alia muncul dalam hidupnya. Barulah Iman berani bersuara.
Dan kini hubungan Iman dan Alia sedang digoncang. Entah kenapa, hatinya kuat mengatakan, Alia membawa masuk Azwa kedalam syarikat ada kena mengena dengan isterinya, Puan Sri Kalsom.
"Pa?"
Alia merenung papa mertuanya yang sedang ralit memandangnya. Mata bertentang mata.
"Alia tak nak cerita hal sebenar pada papa?" Tanya Tan Sri Ilyas.
"Hal apa?"
"Azwa dalam Berwaja Holdings."
"Tak ada apa-apa, papa. Don't worry. Macam Alia cakap. I just felt that she has value for the company." Jawab Alia sambil melarikan matanya dari Tan Sri Ilyas.
"Lie."
"Nope."
"Yes. You are."
"Pa...."
"Tell me, Alia."
"Pa..."
"Just tell me the truth. Mama force you, right?"
Lama Alia diam sebelum menggeleng.
"I knew it."
Diam Alia adalah jawapan. Tak ada keraguan. Dia pasti. Sangat pasti walaupun Alia menafikan.
"Pa... Please."
"Tak. Alia yang kena tolong diri Alia. Ini menjerat diri ni." Sangkal Tan Sri Ilyas.
14 tahun. Dia yang banyak luangkan masa dengan Alia berbanding Iman atau sesiapa pun. Dari seorang bos dan setiausaha kepada bapa mertua dan menantu. Masa Alia, banyak dengannya. Jadi, dia lebih kenal Alia.
"Apa yang mampu Alia buat, pa? Mama ugut. Alia perlu lindungi Iman dari mama. Dalam masa yang sama Alia nak pertahankan rumahtangga Alia. Alia nak anak-anak Alia dibesarkan oleh ibu dan bapa mereka sendiri. Alia tak nak mereka rasa kurang kasih sayang. Walaupun papa Alia besarkan Alia dan kakak dengan sepenuh kasih dan sayang, tapi, kasih seorang bapa tak sama dengan kasih seorang ibu." Adu Alia.
Tan Sri Ilyas menarik senyum segaris. Akhirnya, Alia membuka juga mulutnya bercerita.
"Realiti dah macam tu. Iman cintakan Azwa. Dan mimpi pun, Alia mimpi Iman tinggalkan Alia. Kalau tak sebab papa dan anak-anak, Alia rasa, Alia dah tertekan. Mahu jadi mental." Sambung Alia.
"Sayang..." Iman segera mendekati Alia. Dipeluknya Alia. Erat.
"Iman. Kenapa Iman ada dekat sini? Kan Iman dah pergi kerja." Alia menolak tubuh Iman.
"Iman tertinggal sesuatu. Iman cari tapi tak jumpa. Tu yang Iman cari Alia. Tapi, tak sangka. Iman dengar rahsia yang selama ni Alia simpan." Kata Iman dan kembali menarik Alia ke dalam pelukannya.
"Rahsia apa?" Sekali lagi Alia menolak pelukan Iman.
"Sebab Alia menangis dalam tidur. Terjaga dan menangis." Jawab Iman.
"Tu je Iman dengar?" Tanya Alia ingin kepastian.
Iman angguk.
"Iman cari apa?" Tanya Alia.
"Resit. Iman letak dalam poket seluar. Seluar tu tak jumpa. Apatah lagi resit." Kata Iman.
"Alia dah keluarkan dah. Ada dalam laci. Kejaplah, Alia pergi ambil." Kata Alia dan terus berlalu keluar dari bilik Tan Sri Ilyas.
"Iman dengar semua, kan?" Tanya Tan Sri Ilyas.
Iman angguk.
"Papa jangan beritahu Alia. Iman tak nak dia tambah stress." Pinta Iman.
Tan Sri Ilyas angguk.
Dia berharap, Iman boleh fikirkan sesuatu. Selama ini hidupnya bergantung kepada orang lain. Kali ini, dia kena bergantung kepada keupayaannya sendiri.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...