"Tok Pa suka bila Dahlia berhenti menari." Kata Tan Sri Ilyas.
"Bapa pun sama. Bukan tak boleh menari tapi bapa tak suka anak bapa terkinja-kinja depan orang ramai. Sekarang, Dahlia belum baligh, tak apa lagi. Nanti bila Dahlia dah baligh, kesian kat bapa. Nak tanggung dosa-dosa yang Dahlia buat. Sengaja atau tak sengaja." Sokong Iman juga.
Dahlia senyum.
Dia juga rasa cukup sekadar itu saja. Dia menari kerana minat. Hobi. Bukan mahu serius dalam bidang ini. Cuma, dia belum puas belajar.
Tapi bila melihat bonda menangis. Bapa dan bonda bergaduh kerana cikgu tariannya, dia perlu berhenti. Dia tak mahu mementingkan diri sendiri hingga bonda dan bapa berpisah. Dia pasti akan rasa bersalah.
Melihat bapanya keluar dari bilik dan bondanya memujuk. Dan mendengar perbualan bapa dan bondanya tentang Cikgu Azwa malam tu, buatkan dia makin bencikan Cikgu Azwa dan sekaligus bencikan tarian.
Dia menyalahkan dirinya. Seumur hidupnya, tak pernah dia melihat bonda menangis. Tak pernah melihat bondanya sedih. Tapi kerana Cikgu Azwa, dia melihat semua tu.
Kalaulah dia tak mengatal ajak Cikgu Azwa makan aiskrim dengan bapanya. Kalaulah dia tak minta bondanya untuk masuk kelas menari, pasti bapa dan Azwa tidak berjumpa.
"Dahlia nak belajar benda lain ke? Kawan mak ngah ada buat kelas memasak untuk kanak-kanak. Dahlia nak join?" Tanya Intan.
Dahlia geleng.
"Lepas ni, tak dapatlah nak jumpa Cikgu Azwa. Aku suka gila dia tu. Open minded. Moden. Bukan macam orang tu. Kampung!" Kata Aznah sambil menjeling Alia.
"Siapa?" Tanya Intan.
Aznah memuncungkan bibirnya ke arah Alia.
"Alia? Dia kan lahir kat bandar. Membesar kat bandar. Mana pula kampung. Kak Na ya lah. Kalau tak sebab belajar kat kota, mesti masih duduk kampung." Kata Intan sambil ketawa.
Aznah jeling marah.
"Betul apa." Dan Intan masih ketawa.
Dia terasa lawak bila Aznah kata Alia kampung. Walhal, Aznah yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan perkampungan Kuala Nerang. Sewaktu menghantar rombongan meminang 15 tahun lepas, dia terkejut melihat rumah Aznah. Jauh beza dengan penampilan Aznah.
Lain perasaan bila pergi meminang Alia. Rasa tenang dan senang. Semuanya lancar tanpa ada sebarang kejutan.
Mungkin sebab dia sudah maklum. Alia memang dari keluarga berada. Taklah kaya sepertinya tapi bukan juga tahap biasa-biasa. Bapanya mempunyai sebuah restoran makanan dan juga katering. Dan ianya agak terkenal dikalangan kawan-kawannya yang sukakan majlis ala-ala melayu traditional.
Cuma yang dia tak faham. Kenapa Alia bekerja di Berwaja Holdings dan bukan Rindu Catering and services.
"Siapa yang handle AGM tahun ni?" Tanya Tan Sri Ilyas.
"Let me handle them." Tawar Aznah.
"Wow. Like seriously? Kak Na?" Intan buat muka terkejut. Kemudian dia ketawa.
"Why not?" Tanya Aznah.
"Bukanlah. Tak pernah Kak Na nak ambil tahu hal syarikat. Tiba-tiba saja. Apa agenda Kak Na?" Balas Intan.
"Biarlah. Bagus juga sesekali tukar. Ini asyik Alia dan Iman saja. Kadang-kadang Kak Intan. Bila ada orang lain yang handle, ada cara baru. Tak adalah sama saja." Sampuk Alia.
"Okey. So, amanah ni untuk kamu Aznah. Papa wish all the best. And, jangan malukan papa." Putus Tan Sri Ilyas.
"Mama can help you." Puan Sri Kalsom menawar diri.
Alia memandang mak mertua dan birasnya. Seperti ada rancangan tersembunyi.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...