7

4.1K 168 18
                                    

"Iman, tolong ambil Dahlia dekat studio dancing, boleh tak? Alia dengan papa ni. Dekat Ampang. Ada meeting. Pak Mat kena pergi hospital. Cucu dia jatuh almari. Tak sempat nak ambil Dahlia." Kata Alia sebaik saja panggilan telefonnya dijawab Iman.

"Okey. Iman pun tak busy ni. Nanti Iman call Dahlia. Minta location." Kata Iman dan terus mematikan talin telefon.

Dia menghantar mesej kepada Dahlia. Tak mahu mengganggu Dahlia yang mungkin sedang berlatih. Lagipun, menurut Alia, studio tu tak jauh dari rumah mereka. Maknanya, tak jauh dari pejabatnya juga.

10 minit kemudian, barulah Dahlia membalasnya dengan pesanan 'jangan lambat'. Iman geleng. Sama saja anak dan bondanya. Tak boleh lambat. Semua nak on time.

Dia segera keluar dari pejabatnya selepas mengemas ala kadar mejanya. Sebaik masuk ke dalam kereta dan Menghidupkan enjin, dia memasang waze mengikut lokasi yang diberikan Dahlia.

Waze kata, 10 minit lagi bapa sampai.

Sebaik menghantar pesanan itu, dia segera memandu keretanya. Tak mahu anak daranya itu menunggunya lama. Pasti akan muncung sedepa. Payah nak pujuk.

Sampai saja ditempat yang ditunjukkan Waze, dia nampak kelibat Dahlia dengan seorang perempuan muda. Sedang bersembang mesra. Dia mendekati.

"Bapa, ini cikgu dancing Dahlia. Cikgu Azwa. Cikgu, ni bapa saya." Dahlia memperkenalkan Iman dengan Azwa.

Iman membalas senyuman Azwa.

"Terima kasih, cikgu." Itu saja kata Iman. Sekadar berbasa basi.

"Tak payah panggil saya cikgu. Panggil saja Azwa." Balas Azwa.

Iman angguk. Matanya hanya pada Dahlia.

"Jom? Bonda tak ada. Kita pergi mana-mana dulu, nak?" Tanya Iman.

"Pergi makan Tutti Fruity boleh, bapa?" Tanya Dahlia.

Iman angguk.

"Boleh tak bawa cikgu sekali? Cikgu pun tak ada buat apa-apa, kan? Bolehlah bapa?" Pujuk Dahlia.

"Kena tanya cikgu. Bapa tak kisah." Balas Iman.

"Sure." Balas Azwa tanpa ditanya. Teruja rasanya.

Siapa tak teruja nak keluar makan aiskrim dengan seorang CEO muda. Sudahlah kacak. Kaya pula tu. Muda lagi. Semua orang pasti akan rasa teruja.

"Azwa naik kereta sendiri ke?" Tanya Iman.

"Tak. Saya tak ada kereta. Baru habis belajar. Tak kerja pun lagi. Dancing ni, minat saja. Kebetulan masih mengganggur. Ada tawaran kerja ni, saya grab je la. Mana tau, boleh jadi kerjaya." Jawab Azwa.

"Cikgu naik dengan kami lah. Boleh kan, bapa?" Ajak Dahlia.

Iman angguk dan terus memimpin Dahlia ke kereta. Azwa mengikutnya dari belakang. Dia membuka pintu tempat duduk dihadapan untuk Dahlia tapi Dahlia menyuruh Azwa yang duduk di depan. Dia mahu duduk di belakang. Tempatnya.

Dari studio ke Tutti Fruity tidak jauh. Hanya 5 minit perjalanan. Dan didalam kereta hanya suara Dahlia yang bercakap. Macam-macam. Iman dan Azwa hanya senyum mendengar cerita Dahlia.

Sesampai saja di kedai menjual aiskrim yogurt itu, Dahlia menarik Azwa.

"Cikgu, bapa memang macam tu kalau dengan orang yang dia tak kenal. Sebab tu, bapa perlukan bonda. Bonda peramah dan mudah mesra. Nanti, kalau cikgu jumpa bapa dan bonda, baru cikgu tau. Bapa tu sebenarnya banyak cakap." Kata Dahlia.

Azwa ketawa sambil anggukkan kepalanya.

Tak sabar nak tengok karekter sebenar lelaki yang sudah masuk ke dalam kedai aiskrim itu. Dia rasa, Iman mystery. Dan dia nak sangat tahu apa sebenarnya ada dalam fikiran dan hati lelaki tersebut.

"Bapa tu, kalau tak ada bonda, tak tahu apa nak buat. Hidup dia, asyik bonda saja. Semua pun bonda." Sambung Dahlia.

Azwa senyum.

Sukar nak percaya. Lelaki sekacak dan sehebat ini hanya pandang seorang perempuan? Dan hidupnya bergantung pada seorang perempuan?

Tak mungkin.

"Bonda nak pergi bercuti pun, bapa tak bagi. Bonda keluar dengan Tok Pa pun, bapa jealous. Bonda kata, bapa tu cemburu tak bertempat. Tapi sebab tu, bonda sayang bapa." Sambung Dahlia lagi.

Dia bangga ada bapa dan bonda seperti Iman dan Alia. Dan dia sangat menyangjungi Alia. Padanya, bondanya adalah wanita paling hebat. Dan bonda sangat terhormat.

Walaupun Pak long dan Mak long selalu mencari salah bonda, namun, apa saja keputusan bonda, mereka akan ikut. Begitu juga dengan mak ngah dan pak ngah. Ketegasan bonda paling dia kagumi. Dan dia sangat nak jadi seperti bonda.

Tahu bila perlu berlembut dan bila harus bertegas. Sentiasa tahu apa yang perlu dibuat dan tak pernah takut nak cuba sesuatu yang baru.

"Dahlia sayang bonda, lebih dari semuanya didunia. Kalau bonda disakiti, Dahlia tak akab maafkan orang yang sakitkan bonda." Tegas kata Dahlia itu.

"Dahlia, nak sembang dekat luar saja ke? Bapa dah siap ambil bapa punya aiskrim. Lambat sangat, bayar sendiri." Jerit Iman dari pintu kedai.

"Itu perangai Tok Pa la tu." Ejek Dahlia dan terus menarik Azwa masuk ke dalam kedai.

Azwa ketawa.

Banyak maklumat yang dia dapat pasal keluarga ini. Terutama Iman.

Dia senyum.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now