TR63

7.8K 244 9
                                    

"Alia."

Alia memandang ke arah suara yang memanggilnya. Terus saja kakinya berjalan mendekati mama mertuanya, Puan Sri Kalsom.

"Kenapa, ma?" Tanya Alia. Hormat.

Puan Sri Kalsom tunduk. Hilang kata. Dia benar-benar kesal dengan layanan berbeza yang diberikan kepada kedua-dua menantunya. Alia dan Aznah. Hanya kerana, dia menyangka Aznah adalah menantu yang sama kepala dengannya.

Betul. Aznah sama kapal dengannya. Sama-sama tamakkan harta. Tapi, dia lebih kepada menjaga haknya supaya tidak terlepas kepada orang lain. Orang luar terutamanya. Beza dengan Aznah. Hanya mahukan harta untuk kesenangannya sendiri.

Hakikatnya, dua-dua pun sama saja. Harta yang ada ini, telah menjadikannya bongkok dan tamak. Boros dan lupa diri.

Tak semena, air matanya mengalir.

"Mama dari keluarga biasa-biasa je. Tak kaya sangat. Tak juga susah. Mewah tapi tak lah sampai serba serbi cukup. Lepas university, mama kahwin dengan papa kerana cinta. Bonus untuk mama sebab papa anak orang kaya. Pewaris harta keluarganya. Dan tambah bonus bila papa berjaya menaikkan lagi nama dan kekayaan keluarganya. Dianugeragkan dengan pangkat Tan Sri dan Puan Sri buat mama lupa, ianya hanya pinjaman sementara. Untuk menguji diri mama. Adakah akan menjadi semakin tunduk kepada-Nya atau menongkat langit. Ternyata, mama gagal dalam ujian ini. Mama lebih pilih dunia." Puan Sri Kalsom menundukkan kepalanya. Perasaan kesal terbit dalam dirinya

"Mama sedar, title puan sri ini, mama dapat sebab papa. Jadi mama takut. Apa-apa jadi pada papa, title ni turut akan hilang. Mama tak kisah hilang title ni. Tapi, mama tak nak hilang pengaruh dan kawan-kawan mama. Mama jadi takut kehilangan semua ni terutama bila mama dapat tahu isi kandungan wasiat papa. Semuanya akan diserahkan kepada Iman untuk diuruskan. Dan Alia adalah sebagai nama kedua. Nama mama, langsung tak disebut dalam wasiat tu." Sambung Puan Sri Kalsom.

Alia tekun mendengar. Belajar dari Iman. Memberi ruang untuk orang yang bercakap meluahkan semuanya. Menjadi seorang pendengar sebelum menyampuk atau memberi nasihat.

"Sebenarnya, mama bukan kisah kalau kawan-kawan mama hilang. Tapi mama akan sunyi kalau mama tak ada pengaruh dan kawan-kawan. Anak-anak semua ada kehidupan masing-masing. Somehow, mama jealous dengan Alia. Mama nak jadi macam Alia. Macam mana sibuk pun Iman, dia tetap ada masa untuk Alia. Pada mama, semua sebab Alia. Benda yang mama nak tapi mama tak dapat. Tumpuan suami. Alia dapat semua tu. Padahal, keadaan kita sama. Suami kita peneraju syarikat. Iman dan papa. Sama-sama sibuk. Malahan, mama rasa, Iman lebih sibuk dari papa. Tapi, Iman masih boleh berikan priority pada keluarga." Sambung Puan Sri Kalsom.

"Sebab Alia selalu ingatkan Iman. Keluarga dulu. Lagipun, Alia dah delegate setiap pekerja dengan kerja masing-masing. Jadi, tak timbul soal kerja banyak. Sebab, semua orang akan ada kerja yang sama banyak. Family first. Lagipun, apa guna Iman hire ramai pekerja kalau dia tak boleh ada masa dengan keluarga?" Balas Alia.

"Mama tahu. Kalaulah mama ada kemampuan dan kebijaksanaan macam apa yang Alia buat, pasti papa akan ada masa untuk mama. Mama takkan asyik dengan kawan-kawan mama. Mama takkan lebihkan harta dari keluarga sendiri." Semakin kendur suara Puan Sri Kalsom.

"Som?"

Alia memandang Tan Sri Ilyas yang sudah berdiri dibelakang Puan Sri Kalsom. Dia senyum. Dan kemudian, terus berlalu meninggalkan mertuanya.

Puan Sri Kalsom membeku. Terutama bila ada tangan yang melingkari pinggangnya.

"I tak pernah cuba nak faham you. Alia betul. You just need me. If and only I faham apa yang Alia nak sampaikan. If and only, I percaya apa yang Alia cakap pasal you just need me. I rasa, semua ni takkan terjadi. I minta maaf, sayang." Kata Tan Sri Ilyas.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now