22

4.3K 162 24
                                    

Azwa tenang saja melihat Alia dan Iman sedang bermesra bersama pekerja mereka. Dia perlu belajar dari Alia, bagaimana mahu bergaul dengan pekerja disini. Agar dia mudah untuk mengendalikan syarikat bila dia dan Iman sudah menikah.

"Jangan berangan jauh sangat." Satu suara yang datang dari belakang separa berbisik.

"Az." Nama itu keluar dari mulut Azwa bila figura Aznah muncul didepannya.

Aznah ketawa.

"Berangan apa? Dah sampai kahwin dengan Iman? Jadi isteri CEO?" Usik Aznah.

Azwa pula ketawa. Bergabung dengan ketawa Aznah.

"Kena belajar dari sekarang. Nampak macam senang tapi, nak handle event ni pun, rasa penat sangat. Ini belum majlis lagi. Baru preparation. Bila majlis start next week, tak tahulah macam mana." Kata Azwa.

"Don't worry. You can do it." Balas Aznah.

Azwa angguk. Dia yakin yang dia boleh handle semua ini.

"Any progress your relationship with Iman?" Tanya Aznah. Berbisik.

Azwa geleng.

"Alia tu, always with him. Tak ada ruang langsung I nak dekat dan berdua dengan Iman. The day yang you and Puan Sri keluar after kenalkan I dengan Iman, Alia nampak I rapat dengan Iman. I tarik tali leher Iman. Tapi, dorang okey je lepas tu. Makin rapat lagi, adalah." Cerita Azwa.

"You ni, gelojoh. Kan Puan Sri dah cakap. Buat kerja you. Bagi Iman percaya yang you memang nak sangat kerja disini. And don't show your true feelings. Then, Iman boleh dekat dengan you. You ni, kalau Puan Sri tau. Mesti dia marah." Balas Aznah.

"I geram lah. I ajak bincang, dia pas I kat orang lain. Sakit hati I." Azwa mempertahankan dirinya.

Dia juga tak mahu Puan Sri Kalsom marahkannya. Dia dah dapat kepercayaan Puan Sri Kalsom. Dia tak mahu merosakkan peluangnya.

Bak kata Asnah, Iman seorang anak yang taat. Dia kahwin dengan Alia pun, sebab taat pada permintaan Tan Sri Ilyas. Jadi, dia pasti, Iman dan Alia hubungan itu hanya atas dasar tanggungjawab. Bukan cinta seperti yang dia rasa.

Bila dia tahu cerita ini, dia sangat pasti, Iman kahwin dengan Alia bukan atas dasar cinta. Tak mungkin kerana cinta. Dan dia yakin, Iman cintakannya. Jadi, dia mesti cari jalan untuk buat Iman sedar dan akui perasaannya.

"I nak Iman. I know he loves me. And me too. I need to wake him up dari rasa tanggungjawab yang bodoh tu. Dia kena jadi milik I, untuk dia rasa bahagia." Kata Azwa.

"Exactly. I tak suka perempuan tu kawal hidup anak I. Kesian kat Iman." Puan Sri Kalsom yang baru tiba, menyokong kata-kata Azwa.

Dia sebenarnya tak sukakan Alia sejak pertama kali diperkenalkan kepadanya. Rasa cemburunya melihat kemesraan suaminya dan Alia. Kerana itu, dia menuduh suminya ada hubungan sulit. Akhirnya, suminya meminta Iman untuk menikahi Alia. Untuk mengelak fitnah.

Dan suaminya terlampau percayakan Alia. Alia diberi segalanya. Dari rumah, duit, saham. Semuanya. Alia lebih berkuasa dari dirinya, isteri Tan Sri Ilyas.

Tapi dia diamkan kerana Tan Sri Ilyas sudah memberinya amaran. Sekiranya dia mengganggu Alia dan Iman, Tan Sri Ilyas akan sekat perbelanjaannya. Dari kad kredit tanpa limit kepada hanya RM1000 sebulan. Sangat mustahil untuknya hidup dengan hanya jumlah itu. Bag tangannya saja dah bernilai puluhan ribu ringgit.

"I mesti kena selamatkan Iman dari terus dipergunakan oleh Alia. I percaya dengan kuasa cinta I. Pasti akan buat Iman sedar semua tu." Kata Azwa.

Puan Sri Kalsom dan Aznah berpandangan satu sama lain. Mereka senyum.

Bukan mereka tak tahu. Iman memang mencintai Alia. Alia adalah segalanya untuk Iman. Tapi, mereka tetap mahu memecah belahkan keluarga Alia. Hati mereka sakit melihat Alia ada semuanya.

Menghancurkan kebahagiaan Alia adalah misi mereka. Bila mereka tahu yang Azwa mencintai Iman. Makin lebar akal mereka. Makin terbuka laluan mereka untuk membinasakan Alia.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now