Aza ketawa setelah menceritakan kepada Alia apa yang terjadi di pejabat siang tadi. Tak sangka Iman akan bertegas sebegitu sekali.
Selama ini, hatinya sesekali menyalahkan Iman kerana tak pernah bertegas dengan Azwa dan biarkan Azwa buat sewenang-wenangnya. Biarkan Puan Sri Kalsom masuk campur dalam urusan rumahtangganya. Tapi, bila mendengar kata-kata Iman siang tadi, dia yakin. Iman mampu menjaga Alia dengan baik. Itu yang diharapkannya.
"Takkanlah." Balas Alia setelah lama termenung. Menghadam cerita Aza.
"Takkan apa?" Tanya Aza.
Alia geleng.
Aza keluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka rakaman video yang diambil dari bilik Iman. Camera itu memang dia yang sorokkan. Dia juga yang pasang tanpa pengetahuan sesiapa pun. Alia juga tak tahu. Ianya sebagai bukti sekiranya Azwa atau mana-mana perempuan cuba untuk menggoda Iman. Supaya Iman ada bukti bahawa dia tidak bersalah. Dan kamera itu dipasang pada dua penjuru. Belakang Iman dan di atas pintu bilik Iman.
Camera kecil. Mudah untuk disorokkan. Dan setiap hari, sebaik saja Iman dah pulang, dia akan ambil dan cas. Dan akan pasang semula sebaik sampai ke pejabat keesokan harinya.
"Tengok ni."
"Mana ampa dapat video ni?" Tanya Alia.
Aza diam. Seketika.
"Aku rasa, tugas aku dah selesai. Aku nak balik uruskan business ang. Tak mau lah jadi PA laki ang. Tak best. Tak mencabar lansung." Kata Aza tanpa menjawab soalan Alia.
"Tapi..."
Alia memikirkan ayat yang sesuai. Misinya belum selesai. Bukan Azwa lawannya tapi Puan Sri Kalsom.
"Aku tau, mak mertua ang. Tapi, aku tak boleh nak buat apa-apa bila masuk bab mak mertua ang. Hat tu, aku memang tak mampu nak tolong. Itu antara ang dan dia. Aku minta maaf. Hat tu, memang aku tak mampu nak tolong." Tolak Aza.
Alia diam.
"Kalau ampa dah kata lagu tu, kami terima. Ampa dah banyak sangat tolong kami. Terlalu banyak. Terima kasih." Putus Alia. Dia memeluk Aza.
Aza membalas. Dia lega bila Alia melepaskannya. Lega kerana dia boleh berjauhan dari Iman semula.
Macam mana dia cuba menolak, berada disamping Iman sedikit sebanyak mengoyak luka lama. Mencambah rasa yang telah dikuburkan. Walaupun dia cuba mengawal.
"Aku doa, ang happy dengan family ang. Aku tak mau ang sedih. Aku nak ang always happy. Sebab itu Alia yang aku kenai." Kata Aza.
Alia angguk. Mengaminkan doa Aza.
"Kami doa yang sama untuk ampa. Kami minta maaf minta tolong ampa. Kami tau, ampa terseksa. Tapi, ampa ja yang kami percaya." Balas Alia.
Aza senyum kelak. Alia sentiasa tahu apa yang ada didalam hatinya. Dia sedaya upaya menyembunyika. Perasaannya tapi Alia tetap tahu.
Tapi, tidaklah sampai dia tergamak nak mencaras Iman dari Alia. Lagipun, dengan apa yang Iman katakan kepada Azwa. Kata-kata itu juga terasa diberikan kepadanya.
Tiada ruang untuknya dihati Iman. Dari dulu hingga kini.
Jadi, dia tak mahu mengharap pada yang tak sudi. Biarlah...
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...