TR48

4.7K 179 2
                                    

"You tu yang tak pandai nak uruskan rumahtangga. Ada hati nk uruskan rumah ni. Mujur orang gaji dah memang terlatih. Kalau tak, rasanya rumah ni dah jadi kapal karam." Balas Saleh bila Aznah merungut penat dan pelbagai rungutan lagi.

"Dah elok-elok Alia uruskan semua, you nak menyusahkan diri you. Nak sangat kuasa. Nak sangat. Kan? Hadaplah." Sambung Saleh.

"You. Kalau tak compare kan I dengan Alia tak boleh ke? You dengan papa you, sama saja. Semua I buat, semua tak betul." Bentak Aznah.

Sakit hatinya bila dibandingkan dengan Alia. Terutamanya bila ayat tu keluar dari seorang lelaki bernama suami.

Bukannya dia minta apa-apa dari Saleh. Cuma minta dengar saja rungutannya. Lagipun, apa yang Saleh boleh tolong? Saleh? Apa pun tak reti. Yang dia tahu, semua ada. Semua dah terletak.

"I dan papa takkan compare kan you dengan Alia or even sesiapa pun kalau you tu bagus. Bukan minta lebih bagus dari Alia. Just do your work elok-elok lah. Ini? Kalau tak kerja, tidur sampai siang. Matahari dah naik ke kepala, baru nak bangun. Tu pun, bangun melalak. Minta tu ini. Hey! Alia suruh you buat kerja. Bukan jadi permaisuri dalam rumah ni." Balas Saleh.

"You pun tau I kerja. Balik kerja dah penat. Apa yang I boleh buat? Alia tu lain lah. Fully housewife." Aznah mencebik.

Dia selalu bangga dengan dirinya bila dibandingkan dengan Alia. Dia seorang pensyarah. Ada kerja dan kerjaya. Dibandingkan dengan Alia yang hanya duduk dirumah. Tak ada masa depan. Seandainya Iman menceraikannya, terkapai-kapailah Alia.

'Sebab tu Alia tak boleh nak lepaskan Iman. Mujur ada anak-anak. Yang menyelamatkan rumahtangga dorang. Kalau tak ada anak, pasti Iman dah kahwin dengan Azwa.

Lain macam aku, kalau Saleh lepaskan aku pun, aku boleh hidup. Saleh pun bukan buat apa pun. Duit belanja semua papa yang bagi. Harapkan Saleh? Silap-silap, aku yang sara hidup dia. Tak guna punya laki. Nasib baik ada bapa mertua yang kaya raya. Kalau tak, boleh blah lah.' Bisik hati Aznah.

"You lupa kot. Alia tu lagi banyak kerja dia. Dengan rumah, syarikat, persatuan. Tu belum lagi kerja-kerja sukarelawan dia. You? Pergi kerja, balik kerja. Bila teman papa, merungut je banyak. Sebab tu papa tak suka you. Tak reti nak bersyukur." Tempik Saleh.

"I tak bersyukur? You tu? Bersyukur sangat ke? Sebab tu yang duduk je kat rumah. Satu kerja pun tak buat. Sepatutnya, you tolong I. Bukannya you merungut macam ni." Makin tinggi suara Aznah membalas.

Saleh geleng. Dia sedikit terguris dengan kata-kata Aznah. Memang dia tak bekerja. Bukan dia tak nak tapi dia tak tahu apa kelebihan yang dia ada. Sewaktu dia bekerja dengan papanya, dia sendiri tak tahu mahu mengemudi arah tuju syarikat ke mana. Minatnya bukan dalam bidang itu.

Paling teruk, dia sendiri tak tahu apa minatnya. Apa yang dia boleh buat. Apa yang dia mampu buat. Dia tak tahu. Sampai sekarang. Kerana itu, dia hanya bersetuju bila Tan Sri Ilyas melantik Iman sebagai CEO syarikat dan meletakkannya hanya sebagai pemegang saham tanpa apa-apa jawatan dalam syarikat.

Dia juga bukan macam Aznah yang mahukan semua harta papanya. Dia dah sangat bersyukur dengan apa yang ada. Hidupnya senang dan tenang. Tak perlu fikir apa-apa.

Salahnya kerana tak pernah halang Aznah untuk simpan cita-cita menguasai rumah ini. Salahnya kerana fikir, suami perlu sokong apa saja cita-cita isterinya walaupun dia sedar cita-cita Aznah itu sangat melampau.

Kalau tak kerana Alia dan Iman sudah keluar dari rumah ini, dia tak akan sedar silapnya. Baru dia nampak, Aznah tak mampu untuk menguruskan rumah ini. Apatah lagi harta papa. Baru dia nampak, kenapa Aidil lebih rapat dengan Alia berbanding Aznah. Dan dia tak marahkan Aidil bila balik sekolah terus ke rumah Iman.

Semuanya salahnya sebagai ketua dalam rumahtangganya. Tapi, dia tak tahu apa yang perlu dia buat selain...

"Kalau you rasa penat. Cari Alia. Pujuk dia balik sini. Serahkan balik tugas dia. Kerja dia. You pun tak penat. I pun tak rimas. Hari-hari nak dengar you bebel. Itu tak kena. Ini tak kena. Orang tu salah. Orang ni salah. Kalau you rasa you tu betul semua, buatlah. Tunjukkan cara betul you tu." Nasihat Saleh.

"You ni, asyik defence Alia je. Siapa sebenarnya isteri you? I ke dia? Ke you dah jatuh cinta kat Alia tu?" Aznah menebarkan serkap jarangnya.

Saleh geleng kepala. Pening dengan perangai isterinya yang seorang ini.

"Bercakap macam orang tak ada otak. Alia tu, adik ipar I. Isteri adik I. Iman. You ingat, I ni tak ada didikan agama ke? You ingat, I tak tau halal dan haram ke?" Marah Saleh.

"You solat pun tak. Kalau papa tak tanya tak buat." Cebik Aznah.

"I tak solat, tak bermakna I ni bodoh pasal agama. Bukan makna I tak tau apa halal dan haram. Kalau I tak kisah halal haram, dah ramai dah anak haram I. Agaknya kalau I buat macam tu, meroyan you ni. I ingat." Balas Saleh. Saja mahu menyakitkan hati Aznah.

Tak mungkin dia mahu buat begitu. Selama ini pun, dia tak pernah terniat pun nak main perempuan lain. Padanya, perempuan hanya yang halal. Dan dia sudah punya seorang isteri. Tak perlu nak tambah bebanan.

"Kalau you buat macam tu, I akan tinggalkan you. Dan akan bawa Aidil dengan I." Balas Aznah pula.

Saleh ketawa.

"You tinggalkan I?" Kata Saleh dan ketawa lebih kuat.

"You tak akan tinggalkan I. Sebab you suka duit. Kalau harapkan gaji you sebagai pensyarah tu, tak ke mana pun you tu. Tak adalah you boleh nak bermewah. Makan di restoran-restoran mahal. Beli baju branded. Pergi melancong oversea." Sinis sekali Saleh membalas.

"And pergi tanya Aidil. Dia nak ke ikut you? Orang yang paling dia benci dalam dunia ni." Sambung Saleh bersama tawanya. Dan dia kemudian keluar dari bilik mereka.

Asnah benggang.

Semua yang dikatakan Saleh itu adalah benar. Dia tahu, Aidil tak akan ikutnya. Aidil lebih sayangkan Alia dan Iman berbanding dia dan Saleh.

Saleh juga betul. Dia masih bertahan dengan Saleh kerana duit elaun yang diterimanya setiap bulan dari Tan Sri Ilyas.

Kalau tak, pergi mampuslah Saleh.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now