Alia pandang kereta Iman yang terparkir dihalaman rumah. Dia hanya mengintai dari balik langsir bilik tidurnya.
Lama Iman dalam kereta. Tak keluar.
Bila dia keluar, tidak terus masuk ke rumah. Dia berjalan ke rumah induk. Dimana persiapan majlis untuk esok hari sedang dilakukan.
Sudah 2 hari Iman hilang. Tiada siapa dapat mengesannya. Tan Sri Ilyas sendiri buntu. Selepas perbualan mereka tempoh hari, Iman terus hilang. Disangkakan Iman balik ke rumah. Berbaik dengan Alia. Rupanya tidak. Dan dia terus hilang. Telefonnya tutup.
"Pa. Iman dah balik." Alia menelefon Tan Sri Ilyas memaklumkan hal tersebut.
"Alia dah jumpa dia?" Tanya Tan Sri Ilyas.
Alia geleng.
"Tak. Dia pergi rumah papa." Jawab Alia bila sedar dia sedang bercakap didalam telefon.
"Ya lah." Terus saja Tan Sri Ilyas menamatkan panggilan telefob tersebut.
Tak sanggup hati tuanya mendengar esakan Alia. Hatinya sedih.
"Pa. Can we talk." Tanya Iman yang berada dimuka pintu biliknya.
"Pergi panggil Alia." Arah Tan Sri Ilyas.
"I just wanna talk with you. Alone." Pinta Iman.
"Panggil Alia, Iman." Arah Tan Sri Ilyas.
"Please, pa." Rayu Iman.
"Listen, Iman. Iman marah Alia berahsia dengan Iman. Tapi bila Iman nak berahsia dengan Alia, tak ke sama Iman dan Alia? Macam tu, patut tak Alia marah pada Iman juga?" Tanya Tan Sri Ilyas.
Iman tunduk.
"I told ya. Kepimpinan melalui tauladan. Iman larikan diri. Iman pergi tanpa sepatah perkataan. Bayangkan kalau Alia buat macam tu. Salah Alia cuma rahsiakan hal company tu pada Iman. Salah Iman dulu? Menduakan cinta Alia. Mana lagi sakit? Tapi, apa yang Alia buat? Ada dia lari dari Iman? Ada dia abaikan Iman?" Lembut saja Tan Sri Ilyas membasuh Iman.
Iman geleng.
"Pergi panggil Alia." Tan Sri Ilyas memberi arahan yang sama tapi lebih tegas.
Iman keluar dan berjalan ke rumahnya.
"Iman." Sapa Puan Sri Kalsom.
"Ma."
"Meh teman mama minum kejap. Mama ada hal nak cakap dengan Iman." Ajak Puan Sri Kalsom.
Iman mengikut langkah mamanya ke dapur. Menunggu hidangan minuman yang dipinta oleh mamanya.
"Iman ada masalah ke? Mama tengok, Iman tak terurus sekarang ni." Tanya Puan Sri Kalsom.
Iman tunduk dan geleng.
"Iman, mama tak suka Iman jadi macam ni. Mama nak Iman happy." Kata Puan Sri Kalsom sambil mengelus tangan Iman.
"Cerita dengan mama, sayang." Pujuk Puan Sri Kalsom.
Iman geleng.
"Iman. Kalau Iman tak happy, buat something yang boleh buat Iman happy. Buang apa yang buat Iman tak happy." Nasihat Puan Sri Kalsom lagi.
Dia memang mahu Iman buang Alia. Alia punca Iman murung. Maka, Alia patut dibuang. Jauh dari keluarganya.
"Jangan sampai Iman dah luka. Parah. Baru Iman nak sedar. Jangan terlalu lama buat keputusan. Lagi cepat Iman buang toksik dalam hidup Iman. Lebih cepat Iman bahagia." Sambung Puan Sri Kalsom.
Iman angguk.
"Terima kasih, mama." Ucap Iman dan terus berlalu.
Dia masih berbolak-balik dengan keputusannya tadi. Selepas mendengar kata-kata mamanya, dia yakin. Bertambah yakin. Itu yang terbaik buatnya.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...