TR50

5.6K 193 12
                                    

Iman bangun. Cuba bertenang bila orang yang ditunggunya masih belum muncul. Sudah lewat 10 minit. Dia ke arah meja yang terhidang pelbagai jenis juadah minum petang. Diambil beberapa kuih melayu, dan dibawa ke mejanya kembali. Dikunyah perlahan.

"Sorry, Iman. Baru habis meeting. Nak cakap apa ni? Kalau pasal Intan, it's over. No more talk." Kata Hafiz yang tergesa-gesa duduk didepan Iman.

Iman diam. Sikit pun tak berkutik. Masih leka menjamu selera.

"Iman, don't waste my time." Gesa Hafiz lagi.

Iman buat tak tahu. Dia bangun semula. Mengambil lagi makanan yang ada. Nama buffet, takkan makan sikit saja. Kena makan sampai kenyang. Baru sesuai dengan harga.

Hafiz mengeluh. Dia turut bangun. Mengambil makanan dan minuman. Bukan tak tahu perangai bekas adik iparnya. Kalau bincang kena bertenang. Bukan tergesa-gesa.

Dia dan Iman makan dengan senyap. Tak seorang pun berbunyi.

"First, Iman minta maaf. Kami sekeluarga tak pernah kisah pasal Hafiz. Not even Intan. Bukan tak kisah tapi kami rasa, Hafiz boleh bentuk dan bimbing Intan. Sebab memang dalam Islam, bila lafaz nikah disebut, bermakna menyerahkan tanggungjawab seorang bapa keatas anak perempuannya kepada seorang lelaki lain yang bergelar suami. Sebab tu, papa memang tak benarkan kami untuk masuk campur dalam hal rumahtangga Intan." Iman memulakan mukadimahnya.

Hafiz diam.

"Memang Iman nak jumpa Hafiz sebab Intan. Tapi bukan nak minta Hafiz terima Intan semula." Sambung Iman.

"Dah tu?" Potong Hafiz.

"Nak ucap terima kasih sebab pulangkan semula Intan kepada kami. Honestly, Iman tak suka cara Hafiz jaga Intan. Tak pernah tegur Intan. Tak pernah pedulikan Intan. Hafiz biar saja Intan macam tu. Berapa lama dah korang nikah? 10 tahun? Ke lebih? Apa pun tak berubah pada diri Intan. So, terima kasih pulangkan dia kembali kepada kami. Maknanya, kami bertanggungjawab keatas Intan semula. Insya Allah, kami akan bentuk dia jadi Intan yang baru. Jadi, tolong percepatkan urusan dengan pejabat agama." Jawab Iman. Tenang.

Dia sendiri tak tahu kenapa ayat itu yang keluar dari mulutnya sedangkan pelbagai soalan sebenarnya yang dia ingin tanyakan kepada Hafiz.

"Don't worry. I will. I pun nak nikah baru. Tak tahanlah hidup dalam keluarga korang. Semua benda nak ikut papa you. Semua pun papa you. Intan tu. Tak habis-habis nak ugut I dengan harta papa you. Ingat I kemaruk sangat ke dengan harta Tan Sri Ilyas?" Balas Hafiz.

"Tak ke? Dah tu? Kenapa setiap kali nak project baru untuk capai kpi, Hafiz guna Intan untuk dapatkan project dari Berwaja Holdings? Kenapa setiap bulan, Intan selalu minta duit dari Alia. Dahlah papa bagi elaun kat dia. Still tak cukup. Husband dia tak bagi dia duit ke?" Sinis sekali soalan Iman.

"Buat apa nak bagi dia duit? Dia anak orang kaya. Harta berlambak. Duit berkepok. Tak cukup, papa dia ada. Kenapa pula nak minta pada I yang kerja makan gaji ni?" Balas Hafiz dengan suara sikit tinggi.

Iman angguk beberapa kali sambil mencebik.

"Macam tu rupanya cara Hafiz jalankan tanggungjawab sebagai suami." Meleret dan rendah saja suara Iman.

"Jangan nak ajar I, Iman. I know how to handle my family." Hafiz memberi amaran.

Iman mencebik. Mengangkat bahunya.

"Then, ajar Iman. Macam mana nak jadi suami yang baik. Apa yang Hafiz bagi pada Intan? Duit tak. Rumah tak. Makan dan pakai pun papa tanggung. Kasih sayang?" Tanya Iman.

"Tak cukup ke? I nikah dengan dia pun dah cukup baik. Dengan perangai boros Intan tu, pemalas. Lelaki mana yang nak? I je bodoh terima dia dulu." Jawab Hafiz.

Iman diam.

Rasa kasihan dengan nasib kakaknya. Tak sangka. Dia fikir semuanya baik dalam hubungan Intan dan Hafiz. Bila Intan bercerita hakikat sebenar rumahtangganya, dia jadi marah. Tapi, dia mahu dengar dari pihak Hafiz. Ternyata. Apa yang Intan cerita, semuanya benar.

"Nak nikah baru, kan? Take my advices." Kata Iman. Berhenti seketika.

"Kalau isteri malas, didik dia. Bentuk dia supaya dia jadi rajin. Sebagai suami, kasih sayang, tempat tinggal, makan pakai, didikan dan perhatian. Semuanya kita yang kena buat. Bukan lepas tangan. Kaji diri dari kesilapan lepas. Sebenarnya, kenapa Intan jadi macam tu? Betul ke salah Intan atau sebenarnya salah Hafiz. Sebab kegagalan Hafiz dalam mendidik isteri. Kita ni suami. Kalau bukan kita yang bentuk isteri kita, siapa lagi? Takkan dah nikah pun masih nak harapkan mak bapa dia." Nasihat Iman.

"Parents you yang salah didik anak. Biarkan saja semua. Bebaskan sangat. Tu yang anak jadi macam tu." Sangkal Hafiz. Masih tidak mahu mengakui kesalahannya.

"Betul. Jadi sebagai suami? Biarkan saja? 10 tahun, takkan tak mampu nak betulkan apa yang salah. Ke Hafiz tak pernah tegur? Belajar dulu tentang agama. Baru nikah baru." Kata Iman dan terus bangun.

Tak guna bercakap dengan Hafiz tika ini. Dia tak akan dengar. Cakap banyak pun, pasti hanya akan mengundang lebih banyak aib. Jadi, biarlah.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now