"Mika, bonda cakap banyak kali. Hormat Mak Long. Hormat semua orang walau apa pun orang tu buat kat kita. Kan?" Tegur Alia bila Aznah mengadu tentang kebiadapan Mikail.
"Mika...." Dia diam bila melihat Iman memandangnya. Tak berani nak jawab. Buka takut bapa dan bondanya marah tapi Mikail tak mampu melihat kedua orang tuanya sedih dan kecewa.
"Mika minta maaf, Mak Long." Kata Mikail tanpa disuruh.
Alia senyum dan menggosok kepala Mikail. Dia memuji Mikail kerana sanggup mengalah.
Alia sedar dan tahu. Mikail tak akan bertindak melampaui batasan jika tidak diprovok. Pasti ada sesuatu yang buatkan Mikail lancang saja mulutnya.
"Kak Na pun, kena minta maaf dengan Mika. Alia dengar, Kak Na berapa kali cubit Mika masa Alia tak ada. Alia dan Iman tak pernah jentik anak kami. Tak pernah tinggikan suara pada mereka. Jadi, Kak Na kena minta maaf kat Mika sebab gunakan kekasaran." Tegas Alia memandang Aznah.
"Sebab tu budak ni kurang ajar. Sebab tak pernah ditangan. Tak pernah dimarah. Dah korang didik anak pun tak betul, biar aku betulkan anak-anak kau." Dan tangan Aznah panjang saja mahu melepuk Mikail.
Alia menarik Mikail ke belakangnya. Mempertahankan anaknya dari dipukul.
"Jangan sentuh anak saya!" Tegas Alia. Dia memandang tajam ke arah Aznah.
"Biar aku ajar budak tu. Biar jadi manusia." Aznah menolak Alia ke tepi dan cuba untuk menarik Mikail.
Alia yang bersedia dengan tindakan Aznah segera menepis tolakan Aznah. Dan akhirnya, Aznah terjatuh.
"Selama ni, saya diam dengan perangai Kak Na sebab saya hormat Aidil. Saya tak nak Aidil makin marahkan Kak Na. Saya nak Aidil nampak Kak Na seorang ibu yang baik. Tapi, Kak Na pijak saya. Kak Na buat anak-anak saya macam musuh. Kak Na dah sangat melampau. Kenapa Kak Na? Sebab saya uruskan rumah ni? Kak Na nak ke uruskan rumah ni sangat? Boleh. Saya boleh bagi. Uruskanlah. Minta papa kebenaran untuk uruskan rumah ni. Saya tak ada masalah. Saya pun dah penat nak layan perangai Kak Na. Ni. Kunci rumah." Alia meletakkan segugus kunci di atas meja.
"Ini, saya dah buat. Manual untuk Kak Na uruskan rumah ni." Alia mengambil fail yang dibawanya tadi. Dan diletakkan kembali bersama dengan gugusan kunci tadi.
"Dan yang ni, lajer untuk perbelanjaan rumah." Dan Alia meletak sebuah lagi fail diatas fail tadi.
"Uruskanlah sendiri." Alia berlalu menarik Mikail bersamanya.
"Password and username akaun bank mana?" Tanya Aznah.
Alia berhenti.
"Pergi minta kebenaran papa. Tak pe. Alia sendiri akan cakap dengan papa benda ni. Uruskan rumab ni semua dulu. Alia bagi Kak Na tempoh setengah tahun. Dalam tempoh tu, jangan minta tolong Alia langsung. Sama macam Kak Na tak pernah tolong Alia. Dan jangan tanya Alia apa-apa. Alia tak sudi nak jawab apa-apa." Balas Alia.
Iman hanya memandang. Alia sudah berinya amaran. Dari dulu. Sekiranya Alia menegur sesiapa pun dalam rumah ini, Imnan tak boleh masuk campur. Bak kata Alia, urusan dalam rumah ini adalah amanah. Dan dia hanya menjalankan amanah yang diberi dengan baik.
Lagipun, Iman setuju dengan tindakan Alia. Dia pun dah lama bersabar dengan penindasan Aznah kepada keluarganya.
Iman berlari anak mengejar Alia. Sampai saja dipintu rumah, Alia berhenti.
"Kita pindah. Hari ni." Kata Alia.
Iman termangu. Terkejut dengan keputusan drastik Alia. Otaknya tak mampu berfikir.
"Rumah yang Iman beli untuk Indah tu, kosong. Kan? Kita pindah situ." Putus Alia.
"Kenapa yang sampai nak pindah?" Tanya Iman.
"Selagi kita ada kat sini, selagi tu depa duk depend kat kita." Jawab Alia.
"Bonda, kita stay sini. Kita balas balik apa yang mak long buat." Sampuk Mikail.
Alia memandang Iman sambil menunjukkan jarinya pada Mikail. Dia harap Iman faham.
"Okey. Kita pindah. Kemas kain baju semua. Ambil apa yang perlu je. Rumah tu, dah ada perabot. Tak payah nak bawa semua ni." Putus Iman.
Dia faham. Alia cuma nak jauhkan anak-anak mereka dari Aznah. Alia tak mahu anak-anak mereka menanam kebencian kepada Aznah. Yang paling penting, dia tak mahu anak-anak mereka menganggap Aznah musuh.
"Tapi, ni rumah kita." Protes Mikail.
"Sementara. Supaya Mika jadi anak yang baik." Kata Alia.
Mikail terpampam. Tak sangka bondanya akan berkata begitu.
"Alia..." Tegur Iman.
"Mika, bonda tak maksud Mika jahat tapi bonda nak Mika faham. Sabar tanpa batas. Sayang walaupun kepada orang yang benci kita. Rasulullah s.a.w. sebagai contoh. Walau dikeji, dihina, baginda tetap sayangkan kaum quraisy. Tetap mengasihi dan menghormati. Tetap sebarkan dakwahnya dengan lemah lembut dan berhemah. Mika dah belajarkan sejarah Rasulullah s.a.w.. Bonda nak Mika jadi seperti Rasulullah s.a.w." Lembut Alia menegur Mikail. Sengaja menyebut nama Rasulullah s.a.w agar Mikail turut sama berselawat. Dia berpuas hati bila Mikail turut menyambut selawatnya.
"Kadang-kadang Mika, kita kena jarakkan diri kita dari seseorang yang buatkan kita marah, sedih dan menjatuhkan kita. Bukan buang mereka tapi beri ruang kepada diri kita untuk bermuhasabah. Untuk kita terus melangkah jadi lebih baik." Kata Iman. Memeluk Mikail.
Mikail angguk dan membalas pelukan bapanya. Dia sedikit faham walaupun tak berapa nak faham. Tapi, dia faham apa yang bapa dan bondanya inginkan.
Menjadi anak yang soleh. Manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain. Dan saling sayang menyayangi sesama manusia. Terutamanya keluarga.
Kerana itu yang selalu bapa dan bondanya katakan kepada mereka adik-beradik. Setiap hari.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...