TR62

7.5K 240 14
                                    

"Iman bukan marah sebab Alia rahsiakan hal ni dari Iman. Tapi Iman tak nak Alia jadi macam perempuan lain kat luar tu. Yang selalu fikir for their security if something happen to their marriage life. Itu macam mendoakan hubungan kita akan jadi sesuatu." Kata Iman sebaik saja Alia menyalami tangannya selepas solat subuh berjemaah.

"Tapi..."

Kata-kata Alia mati bila Iman mengangkat tangan. Menyuruh Alia berhenti.

"Bagi Iman habis cakap." Kata Iman. Tangan Alia masih belum dilepaskan.

"Iman faham kalau Iman hanya bagi Alia nafkah cukup-cukup makan je. Dan kalau Iman tak ada future planning for you. Iman faham kalau dalam keadaan tu, Alia rasa you need something secure. Tapi, tak. Iman bagi Alia nafkah. Iman sediakan Alia saving. Asing dari anak-anak. Imam dah prepared semuanya untuk Alia dan anak-anak kita if something happen to me. Kalau Iman mati, Alia dan anak-anak takkan susah sangat. Alia sendiri tahu hal tu. We work together for your future. For our kids future." Sambung Iman.

"I know." Kendur saja suara Alia. Entah kenapa air matanya bertakung.

"Iman minta maaf. Iman abaikan Alia dan anak-anak beberapa minggu ni. Tapi, Iman nak Alia faham. Kalau Iman tak ada, hidup Alia masih senang. Tak susah pun." Kata Iman. Dia menarik Alia yang berada didepannya.

Melihat air mata Alia, hatinya sendiri rasa tak tenang. Hatinya sendiri mahu menangis. Macam mana dia akan sanggup tinggalkan Alia untuk perkara sekecil ini. Walaupun ianya telah memberi impak yang sangat besar dalam hubungan mereka.

"Alia bukan sengaja. Alia cuma tak nak Iman bantu Alia bangunkan company tu. Bukan sebab Alia nak berdiri sendiri. Bukan sebab Alia rasa Alia hebat. Tapi, company tu Alia bangunkan untuk cabar diri Alia. Knowing you, Alia tahu, Iman akan tolong Alia juga. Directly or indirectly. Lagipun, Alia tak nak ada conflict of interest. Nanti orang kata, sebab Berwaja Holding milik suami Alia, so, all the event will be handle by Falia Event &Co. Then, how I'm gonna prove to myself. Alia boleh buat sesuatu untuk diri Alia. I'm better. Alia cuma nak buktikan yang Alia mampu. And it was for me. For my confidence. Tanpa company tu, Iman takkan jumpa Alia yang ni. Alia yang ni tercipta sekarang ni, sebab Falia. Without Falia, Alia ni lemah. Rasa rendah diri. Rasa tak guna." Terang Alia.

Air matanya mengalir didada Iman. Dilapnya dengan baju Iman. Dia mengemaskan pelukannya. Dia rindukan pelukan ini. Pelukan yang sentiasa memujuknya. Yang sentiasa buat dia rasa selamat. Dan haruman dari tubuh Iman, sentiasa buat dia rasa tenang.

"Iman tahu. At first. Yes. Iman marah sebab Alia rahsiakan hal ni dari Iman. Terlalu lama pula tu. I felt betrayed. I felt dishonour. Tapi, Iman sedar. Benda tu kecil saja. But I can't control my emotions when thinking that, Alia tak percaya Iman. That's hurt me a lot more actually."

"Iman tau, kan? Alia sentiasa percaya pada Iman. Orang kata, jangan letakkan sepenuh kepercayaan kepada suami. Tapi, Alia tak boleh kawal. Alia memang letak 100% kepercayaan kepada Iman." Balas Alia.

Iman angguk dan mencium ubun Alia.

"Iman nak Alia tahu. Iman tak marahkan Alia sebab rahsiakan. Tapi Iman marah kalau Alia rahsiakan sebab perasaan insecure. Perasaan tu, boleh buat rumahtangga kita jadi macam-macam. Dari situ, akan ada pelbagai doa tanpa sedar. Alia sendiri selalu cakap. Apa yang kita fikir, cakap, buat. Semua doa." Iman menegaskan sekali lagi punca kemarahannya.

"Iman sayang Alia. Iman cintakan Alia. Doa Iman, Iman, Alia dan anak-anak bahagia sampai ke syurga. Bersama selamanya. Jangan pernah terlintas pun difikiran Alia, Iman akan tinggalkan Alia. Jangan pernah rasa, cinta Iman akan beralih arah. Iman hanyalah tiang dalam keluarga kita. Alia adalah pelengkap semuanya. Alia bumbung, dinding, lantai. Semua." Luah Iman.

"Tanpa tiang, rumah tak mampu berdiri." Sambung Alia.

"Tanpa Alia, rumah tak akan lengkap. Ingat tu." Sambung Iman pula.

Alia senyum.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now