Azwa memandang keintiman Iman dan Alia. Dimana ada Alia, disitu pasti ada Iman. Iman sedikit pun tak berenggang dengan Alia.
Dia juga membenarkan cerita Dahlia. Iman seorang yang peramah. Bukan pendiam seperti bila mereka bersama. Nampak yang Iman sangat mesra dengan sesiapa pun walaupun yang baru diperkenalkan oleh Alia.
"Azwa." Tegur Alia.
Azwa senyum. Ditambah manis bila dia membalas senyuman Iman.
"Dah makan?" Tanya Alia.
"Dah. Sedap semua makanan." Puji Azwa.
"Catering papa Alia. Nanti kalau Azwa nak buat majlis, bolehlah contact Alia. Alia boleh bagi discount." Balas Alia.
"Tak habis lagi dia promote." Usik Iman sambil menyocok pinggang Alia.
Alia ketawa sambil cuba mengelak untuk cocokan kali kedua. Dia memegang tangan Iman dan digenggamnya.
Iman menarik Alia rapat dengannya. Pinggan Alia dipeluk.
Azwa pandang ke arah lain. Dia cemburu tapi ditutup dengan senyuman.
"Minta maaflah Azwa. Iman memang macam ni. Tak malu. Nak halang pun tak mampu. Milik halal." Balas Alia sambil mencium pipi Iman.
Iman ketawa. Dia membalas ciuman itu didahi Alia.
"Tak apalah. Romantik." Balas Azwa cuba menahan getar suara cemburunya.
Alia dan Iman sama-sama ketawa halus. Saling berpandangan memberi salam cinta.
"Alia, boleh pinjam toilet kejap tak? Yang bersihlah. Tak selesalah toilet yang instant tu?" Pinta Azwa.
"Boleh. Jom, Alia tunjukkan." Alia mengajak Azwa masuk ke dalam rumah induk. Dia turut sama menarik Iman.
"Alia, meh sini kejap." Panggil Puan Sri Kalsom.
"Iman tunjukkan toilet untuk Azwa. Alia pergi kat mama kejap." Arah Alia.
"Mika, tolong tunjukkan toilet untuk Cikgu Azwa. Bapa dan bonda nak jumpa Tok Ma kejap." Arah Iman bila saja dia nampak Mikail melaluinya bila saja Alia pergi darinya.
Tak betah untuknya dekat dengan Azwa. Dia tak mahu memberi ruang untuknya dan Azwa berdua. Dia takut dibuai perasaan.
"You temankan I kejap. Boleh, kan?" Pujuk Alia.
Iman senyum senget dan terus berlalu. Mendekati Alia.
"Cikgu tak yah buat muka. Bapa dan bonda memang macam tu. Hari-hari." Pujuk Mikail.
"Tak, sayang. Cikgu okey je. Ada budak handsome temankan cikgu ni." Balas Alia.
Mikail senyum. Seronok bila dipuji.
"Cikgu ni macam bonda. Suka puji Mika." Kata Mikail.
"So, Mika kenalah sayang cikgu macam Mika sayang bonda. Sebab cikgu dan bonda sama." Balas Azwa.
Mikail senyum. Tapi kemudian dia geleng.
"Bonda dan bapa ada tempat special. Cannot be replace by anyone. Even they are more then everything. Because, they are my parents." Tegas saja ayat yang dikeluarkan oleh Mikail.
Kemudian, Mikail terus meninggalkan Azwa setelah menunjukkan arah ke tandas. Dia mula tak sukakan Azwa. Kerana dia rasa, Azwa cuba untuk mengambil tempat bondanya.
Mikail kemudian keluar mencari Dahlia. Dia membisikkan ke telinga Dahlia apa yang dia rasa ketika ini.
"Don't worry, Mika. Bapa is so faithful and he also love bonda so much. You see there." Balas Dahlia.
"But, your teacher is so pretty. Even me, I got attract to her. How come bapa not." Mikail membidas kata-kata Dahlia.
Dahlia diam.
"I'll talk to bapa. So, don't worry. Okey?" Pujuk Dahlia.
Mikail angguk.
"Why?" Tanya Tan Sri Ilyas bila melihat wajah cucu-cucunya yang risaukan sesuatu.
"Mika risaukan bapa dan Cikgu Azwa." Kata Dahlia.
"Why?" Sekali lagi Tan Sri Ilyas bertanya.
"Mika kata, dia tertarik dengan Cikgu Azwa. So, dia rasa, bapa pun sama. Dan dia rasa, Cikgu Azwa pun suka bapa dan try to replace bonda." Cerita Dahlia.
Tan Sri Ilyas diam.
Dia pun rasa perkara yang sama. Terutama malam ini. Dia nampak, pandangan mata Azwa tertumpu hanya pada Iman. Bila Iman dan Alia mendekatinya, dia nampak Azwa asyik membetulkan dress longgar pendek tanpa lengannya itu. Seolah-olah ingin menarik perhatian Iman untuk memandangnya.
Dia nampak semua itu.
Namun, dia juga bersyukur kerana Iman mengelak dari Azwa. Dia nampak kesungguhan Iman untuk tidak mesra dengan Azwa.
Dia berharap agar, perkara ini berterusan. Dia tak mahu cucu-cucunya hidup berpisah ibu bapa. Dia mahu cucu-cucunya mendapat tumpuan dan perhatian dari Iman dan Alia sepenuhnya.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...