"Can you keep this as a secret?" Tanya Iman.
Aza memandang Iman. Berkerut.
"I know, you rapat gila dengan Alia. But, I need your help. But, keep it as a secret from anyone. Especially Alia." Tanya Iman sekali lagi.
Aza diam.
"Please Aza." Rayu Iman.
"Bos, cakap pun tak lagi. Apa benda?" Balas Aza.
"Promise first." Pinta Iman.
"Weh. Takut la bos. Tau dak janji ni benda berat. Tak boleh nak main janji ja. Kalau tak mampu buat, mau jatuh munafik." Balas Aza.
"Especially bila melibatkan Alia. You know, I tak boleh nak berahsia dengan Alia. I rasa bersalah." Sambung Aza.
Iman menghembuskan nafas panjang. Menundukkan pandangannya ke bawah. Kepalanya turut sama jatuh ke bawah.
"But, I need your help." Sayu saja suara Iman.
"Bos, toksah buat suara macam tu. Bos habaq dulu apa yang bos nak. Nanti I decide." Pujuk Aza.
Dia mengalah. Tak mampu melihat riak kecewa Iman. Suara kecewa Iman. Dia kalah. Bukan kerana perasaan yang masih ada untuk Iman tapi kerana dia tak suka mengecewakan sesiapa pun.
Rasa bersalah.
Iman senyum sebelum mengangkat wajahnya. Matanya kembali berseri. Dia memandang Aza.
"I need your help untuk jaga anak anak-anak kami. I nak bawa Alia p honeymoon. Seminggu. I can't trust anyone accept you. But, I nak buat surprise untuk Alia. Right after her birthday party. I nak celebrate dekat rumah papa Alia. Buat kenduri kesyukuran ja. Flight will be at 9.45 p.m. So, kenduri will be held after zohor. It was Sunday anyway. Lepas je baca doa selamat semua, I akan bawa Alia lari." Iman menceritakan plannya untuk Alia.
Dia sudah meminta keizinan dari Tan Sri Ilyas untuk cuti selama 3 minggu. Dia mahu membawa Alia pusing-pusing Europah. Itu impian Alia selama ini.
"Jaga anak bos which mean I duduk rumah bos or just pantau dari jauh?" Tanya Aza.
"You jaga macam jaga anak-anak you." Jawab Iman.
"Okey. Berapa hari?" Tanya Aza.
"Sebulan."
"What?" Separa menjerit Aza membalas.
Sebulan? Jaga anak orang? Dia mula mempertimbangkan permintaan Iman. Kalau Dahlia dan Mikail, dia okey lagi. Indah? Mak!!! Tak sanggup. Budak tu meragam. Dia punya melalak. Tak sanggup.
"No, bos. No. Lama sangat. Dahlia dan Mika, I okey. Indah? Tak mau, bos. Budak kecik tu asyik nak berkepit dengan Alia ja. Kalau kena dia meraung, bingit bos. Bingit." Tolak Aza.
"Please Aza. You je yang I boleh percaya." Rayu Iman.
"No, bos." Kata Aza dan terus bangun. Dia berjalan keluar dari bilik Iman.
"Aza.... Please... Bukan you jaga sorang. Kak Lin ada. Papa I pun boleh tolong. Mak Da, Mak Yah. Semua pun ada nak tolong you jagakan Indah." Pujuk Iman. Dia mengikut Aza keluar.
Aza duduk ditempatnya. Tangan digelengkan. Kepalanya turut sama. Dia memang tak sanggup.
"Bolehlah Aza." Rayu Iman lagi. Dia berdiri didepan Aza.
"Tak bolehlah bos. I tak sanggup la. Kalau bos bawa dia pun, bolehkan? Bawa je semua. Lagi senang. Ni pun dah cuti sekolah. P la satu family." Cadang Aza menolak permintaan Iman sekali lagi.
"Tolonglah Aza. You je boleh tolong I ni. Tak kesian ke kat I?" Rayu Iman.
"Bos tak kesian ke kat I? Cheq ni single. Tak pernah suka budak. That's why I tak mau nikah. I tak suka budak." Balas Aza.
"Ala... Bolehlah Aza. Please. I rayu sangat-sangat ni. Tolonglah I." Rayu Iman sekali lagi.
"You nak minta Aza buat apa? I boleh tolong." Suara Azwa yang tiba-tiba muncul membuatkan dua pasang mata memandang kearahnya.
Azwa mendekati Iman dan berdiri betul-betul dihadapan Iman. Dia senyum manis.
Iman memandang Aza. Dan pandangan mereka saling bertemu.
"You know, I sanggup buat apa saja untuk you. Just name it. I'll do." Kata Azwa dan cuba untuk meraih tangan Iman.
Aza dengan pantas meraih tangan Azwa dan menariknya jauh sedikit dari Iman. Dia kemudian membuat muka tegas dan berpandangan dengan Azwa yang sudah menarik muncung.
"Anything I can help you, Cik Azwa?" Tanya Aza.
"I nak serahkan documents ni untuk Imn sign. Encik Haris suruh." Kata Azwa.
"Give it to me. I'll pass it to bos. And you may go." Kata Aza sambil menadah tangannya dihadapan Azwa.
Azwa jeling dan terus berjalan mendekati Iman semula. Dia menghulurkan dokumen itu kepada Iman.
Iman menyambut dokumen yang diberikan. Dia selak satu persatu sebelum menurunkan tandatangannya.
Azwa hanya memerhatikan tindakan Iman. Hatinya makin terpaut. Dia rasa Iman sangat menarik saat fokus begitu. Seksi.
Iman menyerahkan semula dokumen tadi kepada Azwa. Dia kembali memberi fokus kepada Aza. Dia mahu perkara ini selesai hari ni supaya dia boleh buat perkara seterusnya.
"You tak nak bagitau I apa yang I boleh tolong you?" Tanya Azwa. Manja.
"Cik Azwa, dah selesaikan? Silalah balik ke bilik Cik Azwa semula." Kata Aza.
Azwa buat tak tahu. Dia masih memandang Iman. Masih mahu menolong Iman. Padanya, itu mungkin boleh jadi langkah pertama untuk rapat dengan Iman.
Iman memandang Aza. Tak ada riak yang Aza bakal menukar fikirannya. Lantas dia memandang Azwa. Yang penting, anaknya ada orang jaga. Lagipun, dia pernah nampak Azwa jaga Indah. Walaupun seketika tapi Indah kelihatan selesa dengan Azwa.
"I..."
"Okey, bos. I'll help you." Potong Aza.
"Serious?" Tanya Iman kembali memandang Aza. Dia inginkan kepastian.
Dia lebih selesa dengan Aza. Biar Aza menjaga anak-anaknya. Tak mahu memberi Azwa apa-apa harapan. Tak mahu, anak-anaknya dipengaruhi oleh Azwa juga. Lagipun, Mikail tak suka Azwa. Dahlia tak menunjukkan dia tak suka Azwa tapi pasti Dahlia akan tersepit antara Mikail dan Azwa.
Persetujuan Aza betul-betul melegakan hatinya.
"Ala... Biarlah I tolong you." Azwa memprotes.
"I'll help you. I promise." Kata Aza.
Iman terus masuk ke bilik.
"Iman..." Panggil Azwa. Dia menurut langkah Iman tapi ditahan oleh Aza.
"Silalah balik. Jangan kacau bos. Ini pejabat. Buat perangai macam dekat pejabat." Kata Aza. Tegas.
Azwa menjeling Aza dan menghentak kakinya sebelum berlalu.
"Ini, hang punya pasailan. Tak pasai aku duk tempah bala. Mampuih aku." Rungut Aza dan terus duduk ditempatnya kembali.
Dia mengeluh.
YOU ARE READING
Takkanku Rayu
RandomAlia dan Iman. Pasangan suami isteri yang telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Azwa. Guru tarian anak sulung mereka, Dahlia. Pertama kali jumpa, Iman dan Azwa saling tertarik antara satu sama lain. Dan pertemuan pertama membawa kepada pertemuan se...